Syukur sangat-sangat sebab dibukakan pintu hati untuk menyusukan Syazwan sepenuhnya pada kali ni. Sofea dulu cuma sempat sebulan sahaja sebab masa tu cetek ilmu penyususan, awal-awal lagi dah campur FM. Syameel pula berjaya sehingga 8 bulan walaupun hujung-hujung tu memang dah campur susu FM.
Saya bukanlah orang yang mempunyai susu yang meriah setiap kali mengepam. Tapi walau dapat sedikit pun saya rasa amat-amat bersyukur. Pengalaman kali ini sangat berharga dan saya akan usahakan sedaya upaya saya dengan izin-Nya.
Sejak dari dalam pantang saya dah mula mengepam susu. Walau 1oz, saya kumpulkan untuk buat stok. Target saya sekurang2nya 3 oz sehari. Masa tu ada 2 bulan lagi sebelum naik kerja. Jadi nanti dapatlah saya kumpul sekurang-kurangnya 50 ke 60 botol x 3oz.
Alhamdulillah sekarang satu sesi saya boleh dapat 4-5oz. Dapatlah bekalkan keperluan Syazwan esok hari dan buat rotation stok yang lama.Tapi saya selalu lebihkan susu disejukkan daripada dibekukan buat stok sebab saya takut tak dapat memenuhi target untuk esok.
Depan dalam botol tu susu bulan Oktober...Ada dalam 20 x 3oz, belakang tu guna bekas dadih perahan bulan November dan botol kanan dan plastik tu bulan Disember.
Close up sket
EBM untuk bekalan Syazwan dan EBM kecemasan di sebelah kiri. Pum manual dan corong pum elektrik pun duk dalam ni jugak sebab malas nak basuh banyak kali.
Beg hitam isi cooler box ke pejabat dan beg untuk bekalan Syazwan ke taska.
Bekalan Syazwan
Minggu pertama hantar Syazwan saya bekalkan 3oz setiap botol. Minggu ke dua Syazwan terkena jangkitan selesema dari ayahnya diikuti batuk dan demam. Pengasuh kata dia taknak minum sangat, jadi saya kurangkan 2-2.5oz setiap botol. Minggu ketiga ni saya isi semua 2.5oz. Dah 2 hari ni pengasuh tak kata tak cukup, jadi saya maintain dulu macam tu.
Buat masa ni jadual mengepam di pejabat 3 kali sehari, jam 10pg, 1.30tgh dan 4ptg. Kalau ubby hantar ke pejabat, petang jam 6 pun sempat pum dalam kereta lepas ambil Syazwan. Di rumah, saya akan tandem pum masa Syazwan menyusu dalam jam 9 lebih mlm atau 10mlm, kalau sempat jam 12mlm double pum dan jam 3 atau 4 sekali lagi double pum.
Pam yang saya guna sekarang. Pam manual dari Syameel lagi. Dan dapat satu lagi pam manual dari adik ipar, so boleh rotate guna sebab part dia sama.
Semoga saya bejaya meneruskan perjalanan BF kali ini.AMIN....