Alhamdulillah, Tuhan panjangkan umurku sehingga menjejak 30 tahun. Syukur Ya Alllah... Bertambah-tambah syukur, Tuhan kurniakan lagi dengan zuriat di dalam kandungan ini. Hambamu ini hanya mampu bersyukur dan memanjatkan doa semoga amanah ini dapat dilahirkan dengan selamat, sihat dan sempurna.
Gambar pagi ni sebelum keluar rumah gi keje. =) @ 26 weeks
Sampai ofis dapat birthday present dari Kakak 1,2,3 dan tunang Kakak 2.
Last week
Jumaat lepas, pagi ada meeting di HQ, balik ofis tak tahu nak ke mana, Ajaklah mak Yong satu lagi gi makan dan berborak2. Dekat jek, kat kafe bawah ofis je. Tangan gatal nak snap gambar. Abaikan persekitaran, dalam toilet tu...hehehehe. Due date dia dekat2 ngan saya. Jantina baby tak tahu lah sama ke tak...
Weekend mak ayah datang hari Sabtu hantar anak-anak. Tapi tak tdo pun. Ayah ada kerja kat kampung hari Ahad. Reda jek lah sambil muncung berjengkal-jengkal. Si adik bongsu pun bukan nak datang umah saya dulu, terus jek duk umah abang dia. Kita ni siaplah beli durian bagai nak makan sama-sama. Menahan sabar bau durian menusuk hidung. Tengok-tengok tak datang. Terus kopek makan sendiri!
p/s: simpan dalam hati, telan sendiri-sendiri..6#^/< ,=%6 H6?69 3#7H 0124 76/%