Tahun ni umur saya bakal mencecah angka 30. Dan Januari lepas saya dapat tahu saya mengandung. Alhamdulillah, walau tidak dirancang dalam waktu terdekat ini, saya percaya ini adalah rezeki dari Allah untuk kami sekeluarga.
Trimester pertama dah berlalu dengan loya, muntah, perut kembung, malas, tak larat, malam jek bateri dah kosong....
Trimester Kedua baru bermula. Kadang-kadang ok, kadang-kadang boleh sakit kepala sehari suntuk. Makan dah ok sekarang. Cuma sarapan jek kadang-kadang main telan jek tanpa nafsu. Janji ada makanan masuk dalam perut waktu pagi.
Dah buat buku pink, dan dah lepas checkup 2 kali. Air gula pun dah minum. Semua berjaya tanpa gagal. Setakat ni takde merah lagi dalam buku pink saya. Bacaan Hb pun dalam 13 mcm tu. Berat masih terkawal. Nurse dah siap pesan, boleh naik 2kg je ye puan setiap bulan.
InsyaAllah, bulan depan baru nak pergi scan tengok nampak ke tidak jantinanya.Saya tak kisah, janji si kecil ni lahir sihat, sempurna fizikal dan mental.
Doakan saya harungi alam kehamilan kali ini dengan tabahnya...=)