Wednesday, June 29, 2011

Lagu Syameel

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu...



Sejak dua menjak dah kurang orang sayang nih elok lah kita mengahalakan emosi kita ke tempat lain. Daripada dipikir tak sudah-sudah kan.

Jadi sekarang saya sedang berjinak-jinak dengan sukan ini. Mana boleh tahan tengok anak dara meluncur dengan seronoknya. Say pun mahu jugak!

Walaupun belum pandai lagi, saya tetap beli jugak kasut utk saya. Kasut sewa tak best sangat, takde feel...
Semalam walaupun beberapa kali jatuh, saya dah mula dapat sesuaikan diri dengan cara nak main sukan ni. Alhamdulillah...tak sabarnya nak terer...hahahaha...


p/s: ubby, sakit badan!

Friday, June 24, 2011







Tiba-tiba rasa macam tak de perasaan. Takde sebarang rasa, cuma pikir nak 'follow the flow'

Thursday, June 16, 2011

Projek 3 - Blended Orange Cake

Petang semalam try buat kek ni, sangat mudah campak je dalam blender, gaul2 then bakar.

Resepi amik dari internet, meh nak share

Bahan-bahan:
  • 1 bji buah limau
  • 1 cawan minyak
  • 2 cawan gula halus
  • 4 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 sudu besar baking powder* ( *diayak bersama )

Cara-cara

  1. Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
  2. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
  3. Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
  4. Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak
Makan suam-suam. Syameel bukan main suka lagi. Tapi kek ni sedikit manis. Kena kurangkan gula n maybe leh adjust tambah jus limau bagi masam sket. Limau semalam guna memang limau yang manis.

p/s ; gambar guna kamera hp jek.., terus update kat fb semalam.

Tuesday, June 14, 2011

Ubby belikan hadiah ni. Seronoknya...... Jadi Ahad nan indah kuatkan diri n buat 2 projek.



Projek 1, Cheese Cake



Projek 2, Biskut German

Dan petang Ahad tu jugak start takleh nak bangun dah. Badan dah sakit-sakit n seram sejuk tak tentu rasa.
Maka Isnin pergi klinik amik ubat n MC, dan berdebum tdo sepanjang hari penangan ubat selesema.

p/s: kalau baby tukar bulan, demam. Ni orang tua tukar tahun kot...hehehhe

Saturday, June 11, 2011

i'm 29

Happy birthday to meeee (ala-ala usop wheelchair)....

Hari ni genap usia saya 29 tahun, tahun terakhir bagi 2 series....pasni masuk 3 series pulak.

Alhamdulillah saya mempunyai keluarga yang bahagia, kerjaya yang tetap, rakan-rakan sekeliling yang baik dan tubuh badan yang sihat.

Anak dara saya sibuk berskating saya nak jugak satu boleh tak, ubby???






Nak yang ni.....                                                    


p/s : ewah...tetiba demand hadiah...

Thursday, June 09, 2011

Hati tak senang. Setiap kali call macam ada gap pulak dan lepas tu mesti rasa kecik hati. Saya doakan semoga Allah sembuhkan beliau seperti sediakala.

AMIN.

Wednesday, June 08, 2011




Susah kan kalau orang tu kita dah ajak berbincang secara terbuka tapi susah sangat nak cakap, dan kita sendiri boleh simpulkan yang dia masih tak berterus-terang ngan kita. Dan kesudahannya kita masih lagi tak puas hati dengan dia dan masih ada saki baki sakit hati juga.

Balik-balik nak kata kita menang, dia kalah. Tak paham bahasa agaknya orang kata ni bukan pasal sape nak menang atau kalah. Ni semata-mata nak jernihkan dan bersihkan apa-apa yang terbuku dan tak puas di hati. At last, apa yang diharapkan tak tercapai.



 Agak-agak kalau u all baca pantun ni. rasa tak sindirannya???

Buah pelaga makan dikikir   
    Dibawa orang dari hulu   
Sebarang kerja hendak difikir         
   Supaya jangan mendapat malu

Padi muda jangan dilurut   
    Kalau dilurut pecah batang
Hati muda jangan diturut   
    Kalau diturut salah datang

Cuaca gelap semakin redup           
   Masakan boleh kembali terang
Budi bahasa amalan hidup             
   Barulah kekal dihormati orang

Wednesday, June 01, 2011

ME

Saya perlu turunkan 10-15kg untuk kurus. Rasa, berangan macam mudah nak capai. Tapi anak tekak ni semacam jek nak makan. Bila nak pakai baju atau tengok cermin mulalah emo sendiri padahal mulut mengunyah tak benti-benti.

Ubby kata okay dah, tengok gambar dari belakang mak ai...besaunya! Nak mulakan memanglah susah...tabik spring kat akak-akak yang berjaya menahan nafsu makan. Saya mesti mulakan. MESTI,MESTI,MESTI!!!!!

 Dulu
Sekarang...membesar dengan jayanya!


Ubby...help me!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...