Monday, August 23, 2010

Tq ubby!


I love u lah! Syukur kepada-Nya kerana menjodohkan saya dgn lelaki ini... Semoga rumah tangga kita kekal manis dan bahagia hingga ke hujung nyawa....

Friday, August 20, 2010


6 Ramadhan 
Berbuka di rumah, kemudian ke kedai mamak pekena nan tandoori.....

7 Ramadhan
Sahur dengan lauk masak lemak cili api udang, tapi dijamin kurang pedas...kalau tak mau ler ke tandas jer kan, goreng kicap sayur buncis dan telur dadar....Sofea ok jek saya suapkan nasi, kemudian sambung tidur.
Berbuka pula berdua jek dengan Sofea sebab ubby tetap dengan aktiviti badminton dia setiap petang Selasa. Senang jek, turun ofis, seberang jalan terus tapau ayam golek separuh, murtabak daging satu dan donut 2 biji.
Selesai puasa hari ke 7.

Saya tengok dagu Sofea dah tirus sket....punggung dia pun dah kurang gebu...hehehe...kesian anak ibu, takpe melentur buluh biar dari rebungnya.....

8 Ramadhan

Rasa badan telalu letih dan tak berapa sihat, tak bangun sahur pun kami. Sofea pun sama. Nasib baik dia tak meragam. Cergas jek sebab dah lali agaknya, kami yang lemah lutut....Mana taknya semalam buka bukan makan berat pun.
 Nasib ada gambar ni, baru teringat....rilek jek orang tak sahur ni...Puding karamel tu saya buat sendiri tau!.
Berbuka apa eh? tu ler selalu sangat buat entry basi, abis sume benda lupa. Oh...beli sate dan hati,pedal ngan tongkeng percik. Kuih dua jenis....
9 Ramadhan

Sahur ringkas jek, nasi goreng kacang buncis dan telur mata kerbau. Dan tak semena-mena, perut meragam masa nak pergi kerja. 2 kali masuk toilet masih tak ok jugak, sampai ke ofis pun sambung lagi......Meragam perut sampai ke petang, lemah lutut den.....

Berbuka pula, mula-mula ingat nak buka di Mines je sebab nak cari modem stick kat situ. Rupanya sekejap jek, terus balik singgah beli ayam golek separuh, murtabak daging, kuih sket dan air jagung di area ofis saya, sebelah Wisma Minlon. Sampai umah, siapkan meja ngam-ngam jek buka...

10 Ramadhan

Sahur menghabiskan kuah masak lemak udang, cuma tambah telur mata kerbau siram bawang kicap. Mangga muda buat ulam.

Ada program Penetapan SKT pertengahan tahun di Awana, Genting. Saya bawak satu family....Dah lama tak keluar outstation, takleh berenggang pulak..

So, malam ni buka di sini saja la...Maybe esok malam kalau program habis awal, boleh la ke atas melayan anak2.....

Selamat berhujung minggu semua. Masak sedap-sedap k....saya masak di awan biru jek la nampaknya.


Monday, August 16, 2010

Alhamdulillah...

Hari ni dah masuk hari ke 6 kita berpuasa. Alhamdulillah...Sofea belum ada yang lopong lagi.

3 Ramadhan

Sahur macam biasa, siap makan ice-cream lagi. Tapi layankan jek lah sebab nak suh dia makan nasi. Konon-konon nak makan nan tandoori malam lepas buka, jadi beli kuih muih sikit di pasar ramadhan. Dan Sofea nak air oren, belikan lah jugak.

Lepas berbuka, terus ke Giant sebab sibuk nau nak main kat playground dalam Giant tuh. Sebab nak makan nan tandoori kononnya, lepas beli barang sket kat Giant, baru sedar pampers Syameel dah penuh dan tak bawak extra. Try gak cari dalam Giant kalau-kalau ada yang jual sikit tu kan, takde lah pulak. Maka, terbatallah hasrat nak makan nan tandoori......terus jek balik umah.

4 Ramadhan

Cabaran mengejut sahur dan menyuapkan nasi tu memang ada. Kali ni pujuk pulak, kalau dah makan nasi boleh makan Super Ring satu (pek kecil - nenek bekalkan satu pek besar sebelum puasa haritu, tpi saya sorokkan) . Berjaya lah sahur pagi tuh. Cabaran tak sekolah ni lain pulak. Nasib ada kelas KUMON pagi tu, dan balik jek dah dekat kul 12tgh hari. Apa lagi, dari asyik ler cakap sakit perut la, haus la.....perintah berkurung - tidur dijalankan. Selamat ke petang. Bangun jek, ajak gi jalan2 ke Mydin Kota Seriemas, dan beli makan di pasar ramadhan.
Selamat....4 hari berpuasa.....

5 Ramadhan

Pagi ni takde masalah bersahur, suapkan nasi dan lepas tu gosok gigi terus masuk tidur. Siang hari macam biasa lah, dengan terliur tengok Syameel makan dan minum....saya sabarkan jek la dia. Petang, ajak sama-sama buat kuih onde-onde. Lekakan dengan tengok cd lah, mewarna lah, buat keje KUMON la......
dan lepas lah puasa hari ke 5 dengan jayanya.....Buka makan murtabak segera dengan onde-onde.....Sofea makan nasi dengan kuah sayur sebab pg tu terliur tengok Syameel makan. hehehehe...kelakar pun ada....

6 Ramadhan

Pagi ni sahur sekali lagi umpan dengan ice-cream lagi. Tapi bukan beria nak pun, makan separuh jek, separuh lagi saya suh dia makan buka nanti.....ice-cream apa? MAGNUM okeh! Maunya tak muak  nak habiskan semua....hehehehe....

Semoga dipermudahkan Sofea berpuasa hari ni. Pagi ni dah ler masing-masing mengamuk nak masuk pintu taska. Mau taknya, dah tidur dalam kereta, dikejutkan marah.....Syameel tengok kakak dia menangis, dia pun buat perangai jugak. sabar....sabar.....

Friday, August 13, 2010

Ramadhan Tiba Lagi!

Alhamdulillah...panjang umur berjumpa lagi Ramadahn pada kali ini. Misi pertama Ramadhan kali ni, nak latih Sofea berpuasa juga. Ntah tahan ke tidak, tapi belum cuba belum tahu kan....

1 Ramadhan

Sahur cuma masak sambal telur, goreng sayur kobis+sawi dan goreng drumet ayam bersalut pedas. Alhamdulillah, Sofea bangun juga makan sahur walaupun cuma 5 suap nasi. Saya suapkan sambil pujuk dengan kata-kata manis.....

Tengah hari, check dengan teacher di taska - masih berpuasa lagi walaupun ada jugak minta air, tapi teacher sangat membantu...ingatkan Sofea yang dia sedang berpuasa.

Petang, mintak air lagi dari saya, dia kat haus sangat....Saya tabahkan hati, bawak pergi Bazar Ramadhan di Putrajaya. Jalan-jalan sambil menjamu mata. Ubby beli nasi tomato dengan ayam percik, saya beli akok RM2, dan Sofea nak air jagung dan nugget. Terbeli jugak asam pedas ikan mayong, boleh buat lauk sahur nanti.

Paling sadis saya tengok dia lap2 plastik air jagung yang sejuk tuh, dan sapu ke muka dia....Aduhaiiii....anak.... Sebelum sampai rumah, singgah di 7E belikan Slurpee pulak. Sampai rumah dalam 7.10 ptg. Saya siap2kan meja dah dekat jam 7.20ptg. Semua duduk di meja dan bagi semangat sambil buat kira-kira jam dengan Sofea. Alhamdulillah...lepas juga satu hari!

2 Ramadhan

Sahur dengan lauk asam pedas mayong, sayur kobis goreng kicap dan telur dadar. Sofea pun makan laju jek, sebab saya letak Slurpee beku depan dia. Sambil tunggu cair kena makan nasi dulu. Tu yang laju jek dia makan.

Petang, masih cergas tapi mintak juga air. Ubby ajak cari cadar di Subang Parade, sebab dia ternampak cadar Barbie dan Toy Story kat Parkson sana. Sebab nak lekakan Sofea, ubby drive lambat-lambat. Jalan pulak tak berapa jammed.....Cepat jugak sampai. Sampai jek terus ajak tengok-tengok cadar.....Nasib ada, tapi kopak ler poket ibu dengan ayah ni.....Boleh tahan jugak regenya...Pejam mata jek lah....Dalam pilih-pilih tu tengok2 jam dah kul 7.20 ptg.

Terus ke McD, nasib orang tak ramai. Lengang jek. Agaknya sume masak di rumah kot...Saya jek yang masih tak pass nak masak utk berbuka. hehehehe.....weekend nanti lah yer....Dalam pada haus tu, Sofea ni nampak tempat permainan kat McD, terus lupa hausnya....berkejar-kejar dengan Syameel macam tak puasa pulak. Tadi macam tak larat sangat kan....

Alhamdulillah, lepas 2 hari anak dara saya berpuasa. Semoga saya dan ubby dapat cekalkan hati melayan karenah dia......

Hari ni dah mintak nak makan ais-krim masa beebuka nanti, sebab ubby dah beli 6 ke 7 batang ais-krim dari 7E balik dari Subang semalam.....

Thursday, August 05, 2010

Ntah apa-apa

T20 saya kena Parkinson....ntah kenapa kalau slide utk on kan camera, dia akan bergegar sampai takleh nak ambil gambar. Sabtu lepas kononnya bawa ke Sony Service Centre di depan Mid Valley..malangnya, tutup pulak. Ni, ubby bawak gi keje, kalau sempat nak hantar jumpa doktonya...

Weekend lepas, agenda full. Sabtu pagi, hantar 3 anak dara yang bermalam di rumah saya sebab malam sebelum tu kami makan-makan seafood di Bagan Lalang. Terus ke Mid valley, ada pulak eventpasal renovation rumah.....memang cari pasal la....

Lepas terbeli itu dan ini, dalam jam 5 petang baru balik rumah.

Ahad pulak menghadiri majlis hari Keluarga Smart Reader Kids di Taman Warisan. Tak masuk explorace pun mendaki bukit macam nak apa. Malamnya, betis sudah sakit dan tegang.

Dan Isnin pulak takleh bangun.....Cuti sakit lah saya selepas 2 bulan tidak bercuti sakit. Nasib ubby gi keje lewat. Boleh ler melayan bini dia ni....Anak-anak pun selesema dan batuk, lepas bagi makan ubat, anak2 dengan ibu dia sekali membutakan mata....heheheheh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...