Monday, July 26, 2010

Balik kampung

Terpaksa post entry basi ini kerana tidak berkesempatan nak menjengah ke blog.

Weekend lepas kami pulang ke kampung. Sabtu balik Melaka sebab mak ajak gi rumah kenduri kahwin anak Pak Lang yang last sekali di Semabok. Ingat nak ke rumah Maz tengok baby, tapi tak sempat.....

Ahad pulak tdo umah PIL, dan pagi-pagi lagi kami sudah mengekor ke kebun abah. Saja-saja buat meramaikan majlis....

  MIL buka pintu kebun...nama jek ada pintu, tapi durian sume abis kena curi!

 Anak-anak yang tak sabar sangat nak turun dari kereta...

warm up dulu...


meh kita tengok ada durian tak...nenek jadi ketua.


hampa...durian yellek!


Apa yang diorang tengok ni???


Tengok atok tengah tebang pokok pakai chain saw....

round satu kebun sampai melecet kaki

penat dah...atok tebang pokok kelapa, dapat lah minum air kelapa muda!


sluuurrrppppppp!

sampai tak nampak hidung!



sambil-sambil tuh posing ler....

durian atas pokok....ni kalau jatuh...si penyangak ler amik...siap di sabitnya buah durian dari atas pokok...manggis pun tinggal kulit jek....dapat jumpa dan makan sebijik je masa tu, pun rebut2 anak beranak sampai nangis2 Syameel tak cukup!

rajinnya cucu-cucu atok...

anak daraku bukan main suka lagi dapat panjat pokok, tapi.....

dak bujang nih...penakut!

Sampai tengah hari di kebun....balik, masing-masing kepenatan. Tapi atuk masak sup tulang yang bestttt dengan dan nenek rebus ubi kayu cicah kuah sardin utk minum petang..... Jam 9 malam baru kami gerak balik dari kampung ke BBST.

Thursday, July 22, 2010


Sedapnya ice-cream ni....

Sekat

Sekarang ni boleh baca blog waktu rehat saja. Lain waktu memang kena sekt. FB pun kena sekat tapi masih boleh bukak dengan cara rahsia...hahahah...patah kaki sket nak update blog...Saje je ni nak suh beli laptop.... Uish.....Jadi, tak dapatlah nak melompat-lompat dengan gembiranya ke blog kawan-kawan.....Sedih....sedih....

Penang again....

Empat hari 3 malam kami berada di Penang atas urusan kerja ubby, tapi sambil menyelam minum air. Penginapan 1st class di Apartment sebelah Tol Juru ( hehehe umah SIL). kami bertolak dari KL hari Rabu lepas maghrib, sebab Sofea ada kelas KUMON dan saya tak habis pack baju lagi. Sampai Juru dalam kul 2 pagi......

Khamis

Seawal pagi kami dah bersiap, ubby ke site dan saya, SIL dan anak-anak akan melepak di McD sebelah site tempat ubby kerja. Kebetulan ada McD kat situ, sementara ubby siapkan kerja kami melepak lah melayan anak2 bermain. 

Ubby dapat settlekan kerja awal dan kami terus ke Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya. Dekat jek - sebab anak2 dah tak sabar nak gi masuk dalam kurungan. Kurungan apa? Tu tengok lah gambar tuh.....Letih melayan...Masing-masing tak ingat balik...


Ceria jek muka kalau berjalan

Main...jangan tak main!


Ni lah penangan budak 3 orang nih. Main sampai berjam-jam...ayah dia sampai tak larat, tapi diorang....


Malam, lepas maghrib merayap lagi ke Restoran Kapitan pulak. Semata-mata nak makan roti nan dengan ayam tandoori....Masyyuuukkkk....

Nan cheese set satu!!!!


Jumaat

Pagi tak ke mana-mana.....MAsak-masak kat rumah, lepas solat Jumaat baru keluar ke Pulau. Tujuan utama nak makan durian Balik Pulau, nak berendam kat laut dan nak ke Padang Kota makan Pasembor....tak lupa gak manisan.....laddu...oh laddu....


Tak sangka Syameel hantu durian jugak...ibu dia laju jek ngap, dia pulak cam anak burung, nak,nak.....

Dah panas makan durian, berendam jap kat Batu Ferringgi...


Layan...kerang rebus, pasembor, sotong kangkung, laddu...roti nan set dan durian Balik Pulau.


Sabtu

Masing-masing bangun lewat...kepenatan....Lunch di kedai makan bawah pokok di permatang Pauh yang semtiasa penuh dengan orang....Nak parking punya lah seksa...tapi pilihan lauk sangat banyak.

"Dekat sini, air kosong, nasi tambah tak payah bayaq na...." kata abang cashier tu masa ubby nak bayar.

Kenyang perut, merayap pulak ke Queensbay Mall. Jalan-jalan cuci mata jek.

Dalam kul 10 malam, jalan-jalan lagi ke Auto City. Ada jualan di gerai-gerai. Tapi banyak aksesori jek...pengunjung pun ramai cina. Terus kitorang ke warung sebelah Summit, pekena kuey teow kerang...BESAQ punya!!!! anak2 makan sate.....Dekat satu pagi jugak baru balik umah.....

Jalan, jalan jugak...homework kena buat jugak....

Bujangku layan blues....pasni Hana tinggal sorang la...takde kawan gaduh...


Kami balik Ahad pagi dan singgah ke rumah Kak Ummi, siap jamu lunch ngan laksa lagi......kamera bergegar...takpat amik gambar Syameel n Damya. Sofea main dengan Batrisyia tak ingat nak balik. Masa ajak balik tu sampai nangis2 lagi si Sofea. InsyaAllah ada rezeki kita datang lagi. Rumah kak Oren dengan kak Luna tak sempat nak pergi....next time gi Penang lagi kami mai na....


Tuesday, July 13, 2010

Penang

Pening sudah...kejap buat transport, kejap buat restoran, kejap buat pendidikan, jap lagi tengok kesihatan pulak. naik miong otak saya men'tune'....letih rasanya.

Khamis ni nak cuti, ikut ubby ke Penang. Alang-alang dah ke sana, apa lagi....huhahuha ler....

Keje bertimbun, ada hati nak beronok-ronok! Pedulikan dia....janji kita enjoy!!!

Monday, July 12, 2010

Sabtu

Dapat jemputan sambutan harijadi anak2 Tini di McD Bangi. Tema pun jungle kan, jadi anak2 pun pakai lah baju2 yang ada unsur2 animals n kaler coklat. Ingat nak cari kostum, tapi masa tak mengizinkan pulak....

Comel tak saya?


budak ni memang kaki posing....



Sebelum tetamu lain datang...pose la apa yang patut


Seronok sangat budak2 ni. Dengan gelagat masing-masing yang keletah. Syameel pun join gak main game rebut kerusi. Tapi, rugi tak dapat gambar banyak2 sebab bateri kamera sempat cas sekejap jek sebab terlupa nak cas awal-awal.....

Ni lah budak keletihan bermain....

So, Hanah ngan Hariz, Happy Birthday!!! enjoy tau dengan present dari acik Shida ni....dah terbayang dah korang berendam nanti....

Friday, July 09, 2010

Jumaat

Hooray!!! Sudah Jumaat. Seronoknya....esok lusa cuti. Macam-macam benda nak buat. Hari ni pun, otak dah start tak fokus buat keje...nak cuti lah katakan....Call MIL semalam, kat kampung, durian kebun dah gugur.....huhuhu....kot-kot terbalik kampung ke Ahad pagi...hahaha..semata-mata nak makan durian. 

Semalam,

Turun dari lobi, lambai kat akak dok kat kerusi tunggu suami dia , pastu lambai pulak pak guard yang baik hati, pastu lambai kawan lagi dari dalam kete pulak.

Pastu, ada pulak yang tegur,

" sayang ni macam YB pulak, turun-turun tangga jek dah lambai sana, lambai sini..."

Hahahahaha......

Cemburu ke ubby...kang sombong kang, takde kawan pulak....YB pun YB lah.....tapi ni YB = Yang Besau! hahahahaha

Wednesday, July 07, 2010

Alhamdulillah.


Kak zeaty a.k.a tulip telah selamat melahirkan bayi perempuan, 2.5kg secara ceasarian (betul ke ejaan ni?).
Alhamdulillah, dapat jugak sepasang cahaya mata. Dan baby ni merupakan cucu perempuan sulung bg keluarganya dan keluarga suaminya yg ramai lelaki.
Semoga jadi anak yang solehah, cerdik, cerdas dan cergas. Amin...
Nama, lum tau lagi...

Monday, July 05, 2010

Buah-buahan tempatan

Hari Sabtu, kami anak beranak bersantai-santai jek melayan DVD, tengah hari dah lapar baru sibuk nak ke kedai membeli lauk. Menu hari ini adalah sambal ikan bawal , tumis air kentang,suhun dan telur dan salad serta timun buat ulam.

Lepas asar, baru jalan-jalan mencari durian....Jalan dekat jek, sebab teringat kat area Salak Tinggi Lama pernah nampak orang jual. Cari tempat jual yang kecik2 jek sebab dah pasti durian dari area tu jugak.... Makan 3 biji jek tapi sangat puas sebab isinya cantik2.....Kami ni jenis malas nak bawa balik ke rumah. Bukan apa....nanti kalau busuk ke, mentah ke, kan rugi. Jadi baik terus makan jek kat situ. Syameel bukan main suka lagi, Sofea jek macam cepat muak tapi nak jugak la makan.

Lepas makan durian, konon-konon nak main2 bola/badminton/helikopter kat taman. Ubby ajak pegi padang area surau dekat dengan rumah. Lecak sedikit tapi ok la. Tapi yang tak tahannya...nyamuk banyak giler....dengan helikopternya yang taknak naik, dengan Syameel yang buat projek POO dia....aduhai....sekejap jek kitorang kat situ, terus balik. Anak-anak bintat-bintat kene gigit nyamuk.

Ahad

Petang semalam, Pak Ngah ubby dari Batu Pahat call. Dia kata dia kat umah anak lelaki dia di Kelana Jaya. Nak jemput datang sebab ada buat makan-makan akikah cucu baru dia. Disebabkan Pak Ngah yang called, nak taknak kena la pegi jugak kan. Dia jemput makan pagi. Jadi awal pagi dah bangun, siap-siap dan terus keluar ke sana. Dalam kul 10pg jugak la baru sampai. Kami ingat ada kenduri ke apa, rupanya hanya jemput kaum kerabat datang makan jek. Makanan pun cuma roti, roti jala dan pulut di cicah dengan kuah kari kambing. Bagi yang tak makan kambing ada jugak kerutuk ayam.

Kami tunggu-tunggu jugak, sebab masa ni la nak jumpa sedara mara. Tapi tengok-tengok yang ramai belah keluarga isteri sepupu ubby tu jek datang, kami pun beredar lah. Dah pukul 11 lebih masa tu. Ubby ajak ke Wangsa Walk sebab saya belum pernah ke sana. Jalan-jalan cuci mata. Ok jugak tempatnya...santai jek.....

Balik dari Wangsa Walk ajak jalan-jalan ke Ulu Langat, sebab Jumaat lepas saya pergi melawat kawan bersalin kat Batu.18, tengok bukan main banyak gerai durian. Saya taknak makan durian sebab Isnin nak puasa, tujuan utama cuma nak cari mata kucing kampung yang kecil-kecil dan manis walaupun isinya nipis......macam dlm gambar tu (credit to mr.G). Puas meronda, tak jumpa pun gerai yang jual mata kucing, ada lah satu gerai ni masa nak pergi sebelah kiri, jadi bila patah balik kena lah lintas jalan. Saya gagahkan diri jugaklah melintas walaupun kete banyank, almaklumlah jalan area tuh memang kete tak putus-putus. Sampai-sampai jek, tengok macam longan biasa jek, tapi sebab dah bersusah payah, beli lah jugak 2 kg.......Ikut hati nak jek makan durian lagi....hehehe....

Sampai rumah dekat pukul 5.30ptg. Mandi2, solat asar dan terus lepak melayan DVD lagi. Cuti dua hari rasa macam tak cukup....adoyai....esok nak kerja.....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...