Monday, November 24, 2014

SEKOLAH ANAK

Alhamdulillah, Sofea menunjukkan kecenderungan dalam bidang agama. Mengaji lancar, tulisan jawi cantik. Mak-mak memang suka puji anak sendiri...=p

Khamis lepas ada penyampaian hari Anugerah Cemerlang KAFA di sekolah. Dua tahun Sofea maintain tempat ke empat dan terima anugerah sekolah pagi. Alhamdulillah tahun ni berjaya menempatkan diri di tangga 3 terbaik.
 
 Ibu dan ayah
 
Syameel, semoga mengikut jejak langkah kakak ye.

Ustaz kelas Sofea tahun ni.

Persembahan Nasyid




Beratur untuk pusingan pertama - Kedudukan di kelas



Pusingan ke dua - terbaik bagi seluruh aliran Tahun 3.


Persembahan Nasyid




 Pusingan ke tiga - matapelajaran terbaik Al-Quran




Syukur Alhamdulillah. semoga menjadi anak yang solehah anakku!








p/s: sedang gigih melatih Syameel mengaji dan belajar Jawai. Anak perempuan dan lelaki lain pendekatannya..

Thursday, November 20, 2014

Oh OMMA!



Keputusan echocardiogram mak semalam tak berapa cantik. Doktor sarankan supaya mak lalui sekali lagi ujian Angiogram supaya doktor boleh kenalpasti samada ada arteri tersumbat atau tidak. Prosedur ditetapkan pada Jun 2015. Dalam tempoh 6 bulan ini, doktor minta mak turunkan paras gula dalam darah. Keputusannya mesti 5.6 kebawah selepas berpuasa dari malam hari.

Mak memang trauma selepas keluar dari Hospital Putra kerana sembab air (jantung yang lemah tidak dapat mengepam darah dengan betul). Mak berehat beberapa bulan di rumah saya selepas berada seminggu di dalam wad.

Dari pemerhatian saya, mak risau dengan keadaan dia sekarang. Tapi pada saya keadaan mak adalah lebih baik berbanding semasa beru keluar wad dulu. Mak kata trauma duduk rumah saya sebab teringat masa sakit 2012 yang lalu.

Macam mana nak buat hati mak tenang, gembira dan tak memikirkan perkara-perkara yang bukan-bukan?
Ayah yang terbaik, setia melayan mak walau apapun.

Esok mak balik bawas sekali Sofea dan anak abang. Semoga cucu-cucu besar ni membantu menceriakan hari-hari nenek sepanjang cuti persekolahan ini.



p/s: Mak, i love U!

Muka Cuka

Saya bekerja di sektor kerajaan.
Saya juga berurusan dengan kakitangan kerajaan yang lain seperti jabatan-jabatan lain, hospital dan sebagainya.

Tapi,

Ada satu benda yang begitu menghairankan saya. Mungkin saya kurang berjumpa/berhadapan dengan pelanggan/orang luar.

Tapi,

Susah sangat ke nak bermanis muka, bercakap baik pada pelanggan anda????
Sedangkan pekerjaan itu yang anda pilih?
Berjumpa/melayan pelanggan?

Cuba perkara tu terjadi pada diri anda dan keluarga anda??

Thursday, November 13, 2014

2014 hampir ke penghujung.....

Setiap kali nak tulis dalam blog mesti hilang idea. Bila tak buka depan mata, macam-macam dah karang dalam kepala. Ni dah depan PC, semua jadi blurrr....mungkin banyak sangat perkara nak cerita.

Baiklah, kita cerita ikut urutan lah macam ni...

SOFEA NAFEESA

Keputusan peperiksaan sekolah kebangsaan Sofea Nafeesa dah keluar. Alhamdulillah, semua ok kecuali Matematik dan Dunia Seni Visual dapat B. Bila dapat kertas peperiksaan tengok dia banyak salah di tempat menyelesaikan masalah. Soalan yang guna ayat tu.Dah nampak di mana kelemahan dia. markah kat soalan macam tu je dah 5 markah, campur sub soalan lagi...dah dekat 15 markah kat situ. Sayang betul.
Tahun depan akan tukar sekolah, sebab nak samakan dengan Syameel. Dah tiup2kan semangat azam baru di sekolah baru tahun depan. Saya pun berazam nak masakkan bekal untuk sarapan dan makan tengah hari di sekolah nanti. Berbaloi nak masak sebab untuk 2 orang, saya dengan ubby pun boleh lah tumpang sekali.

Sekarang ni tengah tunggu keputusan sekolah agama KAFA, setakat beberapa kertas peperiksaan yang dah dapat semula Alhamdulillah, markah semua bagus-bagus.

SYAMEEL NUQMAN

Minggu depan giliran Syameel pula menghadapi peperiksaan di Smart Reader Kids. Minggu ni dah mula minggu ulangkaji. Saya tengok anak yang sorang ni tak kisah je, dalam pada tu dia ni seorang yang sangat prihatin. Contohnya kalau adik dia main mainan yang ada bucu tajam sikit, mesti dia dah bagitahu pada saya, "Ibu, jangan bagi adik main tu, bahaya..."

Anak yang nak hadapi peperiksaan, saya yang rasa bimbang. Haisshhhh..... Nanti nak tengok kemajuan jumpa cikgu lagi satu hal seram sejuknya.

Anak lelaki ni lain macam sikit, mungkin sebab sepanjang menjaga Sofea, tak banyak karenah pelik-pelik yang dia buat. Jadi sekarang ni kena ready mental dan fizikal je nak menangani perangai-perangai pelik yang terlebih aktif dan pintar tu. Bersangka baik pada anak-anak.

SEMALAM

Dapat berita gembira, kawan di pejabat yang kehilangan suami....pernah saya ceritakan di sini, telah selamat melahirkan anak kembar. Dua-dua lelaki, semangat pulak tu. Sorang 2.7 kg, sorang lagi 3.2kg. Mak dia punyalah comel kecik je. Kawan ni sebelum bersalin, selain kehilangan suami, juga kehilangan ayah kerana sakit buah pinggang dan kencing manis. Allah Maha Adil dan Penyayang, kehilangan tersebut digantikan pula dengan 2 orang anak lelaki. Semoga anak-anak ini menjadi anak yang soleh sebagai penguat semangat ibu dan kakak-kakaknya...Amin....


KEHIDUPAN

Hidup ini ibarat roda kadang-kadang di atas, kadang-kadang di bawah, lagi kita inginkan kebaikan, lagi kita akan diberi ujian. Ujian yang membuatkan kita lebih bersabar, redha dan menerima qada' dan qadar dari-Nya.

Kadang-kadang rasa macam nak duk diam-diam di rumah, matikan telefon dan putuskan hubungan dengan dunia luar.

Kadang-kadang rasa macam nak naik kereta dan jalan sahaja tanpa hala tuju.

Kadang-kadang rasa nak tidur sepanjang hari sebab rasa macam tak cukup rehat.

Kadang-kadang rasa macam tak percaya saya sudah berkahwin, menjadi isteri dan ibu kepada 3 orang anak.

Kadang-kadang nak rasa nak kata LANTAKLAh KORANG, buatpe nak jaga hati orang tapi hati sendiri merana.

Hidup tak selalunya indah seperti dalam novel ciptaan.

Semoga saya sentiasa menjadi insan solehah yang menyenangkan orang lain, mendidik anak-anak dengan kejayaan dan bahagia hingga ke hujung nyawa.

AMIN....
 




Friday, October 31, 2014

Semalam

 Semalam, on the spot ambil cuti, anak-anak pun tak ke sekolah. Nasib peperiksaan semua dah selesai. Tu yang berani nak buat kerja gila macam ni. Ikut ubby gi kerja luar.

 Nak juga makan sendiri, kakak yang korban aiskrim dia...


 Sila memandu dengan berhemah ok!

 
 Gambar tuan tanah kedaung...hehehe


 Singgah AEON jap...






 Ok, jom balik!



Sekian, cerita semalam.
Ok bai!




Tuesday, October 07, 2014

AidilAdha 2014


Bila hari raya Aidilfitri di rumah suami, maka hari raya Aidiladha di rumah saya. Begitu juga sebaliknya. Setiap tahun Kumpulan Yasin ayah saya akan buat korban yang dikelolakan oleh kumpulan. 

Jadi tahun ni ada 4 ekor lembu. Janji penghantaran adalah malam sebelum raya, entah macam mana ditukar pula ke selepas solat hari raya. Tunggu punya tunggu....akhirnya lepas zohor baru tiba 4 ekor lembu.

Kawasan rumah saya sebagai tempat untuk melakukan ibadah ini. Seronok bila ramai orang. Meriah sangat.

 
 Ayah, tanggungjawab sebagai tukang sembelih


  Ni orang kuat juga, pakcik Saleh. Tukang masak juga. =)

 Anak-anak suka sangat dapat main kat luar.


 Menantu Hj. Nasiron...=)

Anak Lelaki Hj. Nasiron

Anak perempuan Hj. Nasiron

Semua ada tugas masing-masing, kerja cepat siap.





 Pandangan dari depan rumah


 Penat mengadap lembu kena sembelih, mari kita pau maksu beli aiskrim!!!

 Nyum, nyum!!
 Khusyuk ko...makan sorang atas buaian!!


Dan balik kali ni berangkut oven dan mixer, sebab dah lama teringin nak makan pavlova. Alang-alang ramai orang kat rumah berbaloi nak buat kan. Pavlova jadi, tapi pukul whipping cream tak kental2. Guna jenama ni lah.....2 kali beli...Guna jenama Anchor tu menjadi. Sekali lagi, buat dah malas nak pukul dah. Beli yang spray je. Sumber terhad jadi beli lah apa yang ada, yang penting ada tanda halal.


Jadi, inilah hasilnya!!!


Balik ke BBST, sangkut jalan jammed!!! dari 3.30ptg sampai 10.00 malam!!! Nasiblah kenangkan anak nak sekolah. Ikut hati nak pontengkan je masing-masing. =p





p/s: *_*  sakit mata tapi apakan daya!

Monday, September 29, 2014

AKTIVITI MINGGU INI


Minggu ni tak ke mana-mana. Jumaat malam dah ke Dataran Putrajaya ambil basikal untuk Syameel, beli dari bff masa UiTM dulu. Budak-budak sempat lah 'pau' ayah dia main rollerblade sebab tak bawa sendiri punya. Main bubble la, makan ais krim la... balik rumah terbongkang!

Sabtu - Masak sup tulang, basuh baju putih sekolah Sofea, basuh baju, sental bilik air, lipat baju. Petang tu konon nak main basikal kat Dataran Nilai, dah berangkut semua tapi hujan lebatnya...Syukur Alhamadulillah. Sejuk tidur malam. Terus ke tesco beli barang dapur......

 Ahad - Sofea request labu masak lemak. Lepas Zuhur di buat loomband, dah terkial-kial panggillah ibu dia ni tolong. Akhirnya siaplah gelang ni dan easter egg.

 

Tangan kita kan besar, punya lah nak adjust tapak dia ni sampai terpatah. Nasib dah siap, pasni gunalah tapak yang lama. Tapak yang lama tu tertinggal kat kampung masa cuti sekolah haritu. Raya ni lah baru ambil.

Petang tu bagilah diorang main-main kat luar rumah, main badminton dengan ayah dia. Seronok lah diorang dapat main-main kat luar, kalau tak memerap je dalam rumah. Kalau tiap-tiap minggu dapat buat aktiviti macam ni kan bagus. Sihat sikit anak-anak...=)    


p/s: bukan taknak bagi main kat luar, masing-masing malas nak jaga lebih-lebih lagi dak kecik tuh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...