Showing posts with label Syameel. Show all posts
Showing posts with label Syameel. Show all posts

Thursday, February 11, 2016

FEBUARI 2016


Rasa baru je menjejak ke tahun 2016. Dah habis sebulan dan masuk bulan ke dua. Alhamdulillah, perjalanan persekolahan anak-anak berjalan lancar. Syazwan pun dah semakin seronok berada di alam persekolahan tadika. Rajin nak membaca, nak suruh ajarkan.

Rutin harian masih sama pada tahun ini, cuma selepas maghrib semua kena mengaji Al-Quran/ Muqaddam kecuali hari Isnin dan Rabu. Lepas solat Isyak baru buat homework dan ulangkaji.

Sehingga awal April, rutin setiap pagi Sabtu kena ke Putrajaya, saya mengikuti kursus Haji sebagai persediaan kerana membuat rayuan untuk turut sama menyertai ibu dan ayah yang mendapat tawaran mengerjakan haji pada tahun ini. In sha Allah, jika ada rezeki.

Sofea pula, pertengahan Februari ni mula menyertai kelas malam anjuran sekolah setiap Selasa dan Khamis. Ubby lah yang akan bertapa di Putrajaya sambil menunggu anak dara habis kelas. Selagi ada upaya kami usahakan supaya anak-anak tahu bahawa kami, ibu bapa sentiasa ada bersama-sama mereka memberi sokongan penuh untuk menuntut ilmu.






Tuesday, November 24, 2015

CERITA AKHIR TAHUN - SEKOLAH ANAK

Lama benar tidak mencoretkan apa-apa di sini. Ketandusan idea walaupun banyak perkara nak diceritakan. Jadi sebelum masuk tahun yang baru, marilah kita update apa yang patut. Seperti biasa mak-mak mestilah nak cerita perihal anak-anak kan.

Alhamdulillah, sesi persekolahan 2015 telah melabuhkan tirai. Ibu pun dapat cuti memasak seawal pagi untuk bekalan anak-anak. Peperiksaan yang penuh cabaran kerana terpaksa ditunda disebabkan oleh cuaca yang berjerebu. 

SOFEA NAFEESA

Suka duka Sofea membiasakan diri di sekolah baru, akhirnya berakhir. Tahun depan dengan semangat baru dah jadi orang lama, dilantik memegang tanggungjawab sebagai pengawas sekolah pula. Semoga lebih berdisiplin dalam memegang amanah yang dipertanggungjawabkan dan tidak terleka dalam menumpukan perhatian terhadap pelajaran. 
 

 Kelas 4 Genius -2015
Tahun 2016 di kelas baru dan kawan-kawan baru. Semoga berjaya di dunia dan di akhirat anak-anakku! 

 Anugerah tempat ke3 kelas KAFA 4 Imam As-Shafie

MUHAMMAD SYAMEEL NUQMAN

Syameel juga berjaya mengharungi pengalaman tahun pertama persekolahan dengan cemerlang di mata saya. Keputusan sekolah pagi dan sekolah KAFA, Alhamdulillah sangat memberangsangkan walaupun tidak ke pentas menerima anugerah.

 
 Kelas 1 Brilliant - 2015
 
=) 
KAFA 2015 - Kelas 1 Ibnu Rusyd

Persediaan 2016

Cuti sekolah macam biasa memang anak-anak SEMUA berkampung kat rumah atuk & nenek.

Apa? Malas jaga anak?

Bukan, masa ni lah nak duk kampung puas-puas. Atuk&nenek pun memang tak sabar nak rumah diorang bising-bising dengan cucu. Sofea dan Syameel dah besar, dah boleh urus diri dan boleh bantu atuk & nenek sedikit sebanyak. Alhamdulillah, keluarga saya dan mertua pun dekat-dekat dan kedua-dua belah pun masih sihat walafiat.

Ikutkan hati memang lah nak cuti bersama-sama anak-anak dan keluarga, tapi apakan daya....hujung tahun, cuti pun makin nipis. Jadi kita cuti yang patut-patut lah ya.

Awal Disember ni dah mula nak persiapkan segala keperluan sekolah. Perancangannya keperluan seperti ini;

SOFEA
Baju kemeja biru muda - 1 helai
Kain A lipat belakang - 1 helai
Vest biru tua - 1 helai
Tali leher biru tua - 1 helai
Tudung biru muda - 4 helai
Baju kurung biru muda - 4 helai
Kain biasa susun tepi biru tua - 1 helai (ada baki 4 helai tahun ni masih elok)
Kasut hitam - 2 pasang
Stokin hitam - 5 pasang

SYAMEEL
Baju kemeja putih - 3 helai
Seluar biru tua - 3 pasang
Seluar track - 1 pasang
Kaut putih - 3 pasang
Stokin - 3 pasang

Kelengkapan lebih kepada pakaian, sebab buku-buku akan beli di koperasi. Alatulis masih elok dan banyak dapat hadiah dari dulu pun tak habis guna lagi. Beg sekolah pun tengok keperluan.

SYAZWAN NASREE

Asyik cerita pasal abang dan kakak je. Syazwan? In sha Allah, Syazwan akan mula masuk tadika tahun depan. Masih di bawah tempat asuhan yang sama.

4 tahun? Masuk tadika?

Bukan nak suruh belajar sungguh-sungguh macam orang besar. Cuma nak bagi dia persekitaran baru. Banyak aktiviti yang boleh buat bukan hanya bertumpu kepada bidang akademik sahaja. Selagi mampu saya akan berikan yang terbaik untuk amanah yang telah diberikan. Wang ringgit boleh dicari tapi pengalaman..... sangat berharga. Kelas cuma di sebelah pagi, sebelah petang transit di tempat yang sama. Semoga anak-anak kita dapat berdikari dan mengenal erti kehidupan di persekitaran yang sihat dan ceria.




Monday, March 30, 2015

Hujung minggu ke 13 / 2015 - Hari Sukan Sekolah

Dalam mengharapkan berehat-rehat di hujung minggu di rumah, ada hari sukan sekolah pula. Seminggu anak-anak berlatih, marilah kita sama-sama memberi sokongan.

Seawal 7.30pagi dah berada di sekolah. Syameel ada sukaneka Tahun1, Sofea pula ambil bahagian dalam tarik tali Tahun 4 - dapat juara. Manakala sukan lontar peluru tidak mendapat tempat. =)


Alas perut makan roti dan minum air kotak

Syameel rumah RUBY - Merah


Sofea pula rumah SAPPHIRE - Biru

Persembahan dimulakan dengan Pertandingan Senamrobik antara rumah sukan,

Ruby
Topaz
Emerald

Sapphire



Acara perbarisan dimulakan ,



Sofea sertai acara perbarisan ni


Perasmian Hari Sukan oleh YDP PIBG

Acara Sukaneka Prasekolah dan Tahap 1

Syameel kepit bola celah kaki


Alhamdulillah, dapat tempat ketiga. Mak dia jadi pom-pom girl beria nau!



Tak ketinggalan ada acara untuk anak-anak 5 tahun ke bawah dan ibu bapa juga.

budak kecik ni sibuk menyapu guna bunga manggar!

Rebut gula-gula atas tikar

Hasil rebutan disimpan kemas.

Acara untuk kaum bapa, kaum ibu pun sama. Semua 20 peserta dapat hadiah. =D


Dah penat berpanas, marilah kita duduk di kantin sementara menunggu acara penyampaian hadiah dan sebagainya di padang tu. Tak larat nau dah nak berjemur di bawah nun.


Apa sajalah yang digelakkan dua beranak nih!

Dapatlah medal sukaneka dan acara tarik tali.



Dah penat bersukan, berpanas, mehlah kita sejukkan badan ke kolam ye anak-anak. Ajak Kakak 2 join sama. 3 jam berendam sekejap je rasa.




Syazwan Nasree dan Hariz Faiq

Syameel Nuqman dan adik-adik

Mahal oo nak sewa benda ni, kita amik gambar jekla...


Hasilnya, Syameel demam. Mujur sekolah ambil cuti peristiwa hari Isnin. Bolehlah anak-anak berehat di ofis ibu.

Badan minta nyawa dah ni, non stop 2 minggu tak dapat rehat secukupnya weekend. =(



p/s: IloveU

Monday, January 05, 2015

2015 - Muhammad Syameel Nuqman

Alhamdulillah, dipanjangkan umur untuk meneruskan kehidupan di tahun baru, tahun 2015. Selamat Tahun Baru semua pembaca blog ini, semoga segala azam dan impian kita dapat dilaksankan dengan izinNya.

Syameel melangkah kaki ke alam persekolahan sebenar tahun ini. Persediaan persekolahan saya buat dari awal lagi. Syukur sangat Syameel tak banyak karenah dan kebanyakkan barang yang saya beli dia memang menurut sahaja. 

Cuma kerisauan saya, sekolah ni adalah tempat baru juga bagi Sofea. Dalam proses nak bantu saya uruskan adik dia, dia juga perlu menyesuaikan diri dengan keadaan dan kawan-kawan baru di sekolah ini. Saya terpaksa tukarkan sekolah Sofea sebab Syameel tak dapat penempatan di sekolah lama Sofea. Alasannya, terlalu ramai yang beratur untuk masuk ke sekolah tersebut. Memang berat hati saya, namun terpaksa keluar dari zon selesa bagi menempatkan kedua-dua mereka di sekolah yang sama.

Tragedi di pagi hari, Forte buat perangai. Memang dah bagi amaran dah dari Rabu lepas....tapi rancangnya nak hantar ke Sevice Centre lepas Syameel Orientasi.Betul-betul sampai dekat dengan Stesen Petronas P16, ada keluar warning kat tempat meter tu dan berkelip2 dah....Nasib dah dekat...Ubby terus parking depan bengkel di Petronas tu. Ngam-ngam mekanik datang nak tengok enjin pun mati. 

Saya terus bawa Syameel dan Sofea jalan kaki ke sekolah. Mujur dekat.....Ubby la yang uruskan pasal kereta. Terbarai lah juga poket tengah sesak-sesak belanja anak sekolah semua....

Ok, habis bab tragedi. Jom sambung orientasi Tahun 1 sekolah. Sampai di sekolah, semak nama di papan ni untuk tahu kena beratur di kelas mana. Lepas tu terus ke kaunter kelas yang dah dikhaskan dan ambil fail yang ada segala maknenek brang untuk diisi dan bayar RM11 untuk tanda nama.



 Nama Syameel di Kelas 1

 Masuk dalam kumpulan Kelas 1.

 Ibu bapa dengar taklimat di sini dan anak-anak di urus sepenuhnya oleh pihak sekolah ke kelas dan sesi pengenalan. Tapi ada juga ibu bapa yang turut ke kelas. Cikgu ada tegur juga semasa ucapan untuk biar anak-anak berdikari dan percaya pada pihak sekolah supaya anak-anak boleh fokus kepada guru di hadapan daripada melambai ibu bapa di tepi tingkap. Tapi, keterujaan ibu bapa tu lah kot...hehehehe


 Suami, sila isi borang-borang ye...


 Pengagihan beg sekolah sumbangan Parlimen Putrajaya.


 
 1 Malaysia!!!


Terima kasih kawan-kawan ofis yang sudi menjemput ubby di service centre dan bawakan ke sini untuk solat Jumaat dan jumpa isteri dia ni sementara menunggu kereta dibaiki. Sementara ubby solat, kami sempat makan-makan sama-sama.
Seharian Syameel berbaju sekolah


 p/s: poket rabak....beg sekolah delayed ye anak-anak. Lagipun ada lagi seminggu sebelum sekolah kan....

Thursday, December 18, 2014

Alhamdulillah....Anak Bujang


Assalamualaikum semua!

Alhamdulillah, selesai sudah satu lagi tanggungjawab dalam membesarkan dan mendidik amanah yang diberikan kepada kami. 13 Disember 2014, Muhammad Syameel Nuqman selamat dikhatankan di Segamat oleh doktor yang pernah mengkhatankan Pak Long Syameel 23 tahun yang lalu.

Memang risau juga nak menghadapi apa akan terjadi lepas proses berkhatan tu, tapi kuatkan hati juga. Kalau tidak, ayah dia lagi lah tak berani. Bab-bab luka berdarah ni memang ubby seriau sikit.


 Jumaat sebelum tu bawa ke ofis, siap main kereta control lagi satu ofis..

8.00 pagi : 13 Disember 2014 mencatat sejarah......

 
 Mula-mula, selawat, baca Al-Fatihah dan syahadah.

 Doktor Neng, pengamal perubatan homeopati

 Atas katil rawatan, periksa apa yang patut dulu.

 Masa ni Syameel masih bertenang lagi...=)

 Masa disuntik ubat bius tu memang meraung la....sampai atuk kena pegang kaki juga.

 Masa proses berkhatan dijalankan dah tak rasa apa-apa dah. Masa ni dah bertenang.... Syukur sangat!

 Bergambar kenangan sebelum balik. Dr.Neng kata Syameel untung, ibu, ayah dan datuk datang temankan.

 Atuk hantar cucu kesayangan naik kereta.

Sebelum bius menghilangkan kesannya, boleh peace bagai....


Lepas je bius habis, menangis juga sakit beberapa kali. Bagi makan ubat yang dibekalkan, Syameel bertenang sekejap. Lepas tu menangis lagi, sampai lah dekat jam 12tgh baru bertenang. 

Makan minum semua Alhamdulillah takde masalah. Cuma petang juga baru nak buang air kecil. Masa ni saya pun cuak. Alamak, sakit ke dia nanti? Tapi, jangan risau ye ibu-ibu di luar sana, takde masalah pun. Buang air kecil macam biasa cuma masa nak lapkan tu dia ngeri sikit orang usik 'bebird' dia.
Dua hari juga guna playgym sebagai khemah. Hari ketiga, saya dah gunakan bakul sayur ni buat perisai. masukkan tali celah lubang tu dan ikat di pinggang. Lepas tu pakai kain. Mudah bergerak, tak payah pegang kain. Hehehehehe


Ubby terpaksa balik ke KL hari Isnin pagi, saya tinggal lagi di kampung sampai hari Rabu. Petang Rabu baru saya balik ke KL naik bas. Terpaksa balik sebab cuti memang paras hidung saja. Petang ni selepas habis kerja baru balik semula ke kampung.

Cuti sekolah kali ni rasa cepat betul. Banyak benda nak buat, anak sekolah dah 2 orang, lagi bertambah persediaannya. dalam kepala ni dah beratur dah keje nak buat. Nak cuci baju baru, nak kapur kasut baru, nak kemas dan balut lagi buku-buku teks dan buku latihan. Fuuuuhhhhhh!!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...