Alhamdulillah, semalam Syameel dapat puasa penuh. Nampak lebih bersabar sebab mungkin dah bertambah usia dah faham macam mana puasa tu. Hari ni pujuk untuk puasa lagi.
Semalam layankan dia n Sofea nak Slurpee. Buka makan nasi dagang saya suapkan dua-dua orang sekali, saya dan ubby makan nasi lemak sorang sebungkus dengan apam Malaysia sorang sebiji. Ada juga beli donut dan rebus mini sosej. Tambah dengan air ribena sejuk. Saya minum air kurma merah segera tu. Buat suam-suam.
Masak malam tadi dah pukul 10mlm, garam pulak lupa nak beli. Ubby pulak dah tidur sebab macam tak berapa nak larat. Nak tak nak terpaksalah jugak suh dia beli garam. Kalau tak, sama ada tak masak atau masak tanpa garam.
Menu sahur pagi ni kentang+suhun+carrot+telur tumis air. Sambal cili padi+ikan bilis dan ikan jaket goreng. Suapkan Sofea n Syameel bukan main berselera lagi. Saya cuma makan lauk dan minum ESP je pagi ni. Tak rasa nak makan nasi.
Syazwan pun sibuk bangun jugak. Aduhai...kalau bangun tu nak main-main sendiri takpe, ni dok la nak melekap ngan kita. Keje sikit jadi banyak....Haru-biru jugak la...
Perihal BF
Sekarang ni memang bekalkan fresh EBM 16oz ke taska. Sehari dapat pam kat ofis paling banyak 12oz, paling sikit 10oz. Nak cukupkan demand, kat rumah akan tandem pam lagi 2 kali sampai cukup 16oz atau lebih.
Stok susu ada dalam 80oz++ awal minggu ni. Tapi, sampai hari ni dah curi 4oz sebanyak 2 kali nak cukupkan bekalan ke taska. Selalu turunkan 12oz, dan naikkan yang baru 8oz. Jadi walaupun curi stok, dapat jugak rotate stok baru. Pam pagi dan pp tgh hari selalunya dapat lah 4 oz, kalau nasib baik dapat lebih.. Petang meang akan dapat dalam 2 -3 oz je. Tapi saya pasrah je, malas nak stress sgt.
Dah dapat exclusive bf 6 bulan dah bersyukur sangat. Lagipun sekarang dah makan macam-macam, jadi kalau sehari campur sebotol ngan susu formula ok je. Badan sendiri nak kena jaga jugak, kang nak kejar semua yang dikendong berciciran pulak. Pada saya, selagi saya dapat kekalkan menyusu badan walaupun campur dengan susu formula dah sangat bersyukur. Saya masih pam 3-4 kali di ofis, balik pun pam jugak dan kalau cuti hujung minggu pun memang kerap bagi susu dan tandem pam lagi.
p/s: macam-macam dugaan bulan puasa ni, semoga saya dapat hadapi dengan sabar....
Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts
Thursday, July 11, 2013
Friday, April 26, 2013
Rutin Sekarang
Sejak Syazwan dah mula makan ni, rutin bangun pagi dah berubah.Saya bangun jam 5.45pagi atau lebih awal. Selagi mampu ingat nak masak jugak. Selain tu berazam jugak nak sediakan makanan pagi untuk Sofea dan Syameel.
Masak bubur Syazwan senang je sebab saya dah blend siap-siap beras yang dah dibasuh dan dikeringkan. Masukkan air, letak serbuk beras tu dalam 2 sudu pastu biar dia masak. Dah kembang baru masukkan puree lobak merah atau brokoli dan kentang. Kadang-kadang saya masukkan juga serbuk ikan bilis dari ikan bilis yang dah dibasuh, dikeringkan dan dikisar.
Minggu depan baru nak cuba letak ayam dan ikan selain sayur-sayuran. Labu dan kledek pun saya belum cuba lagi.
Guna periuk kecil turun temurun dari mak saya
Puree yang dah buat awal-awal dan bekukan. (kentang/lobak merah dan brokoli)
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Dan yang akhir sekali tengoklah peti sejuk beku saya yang lengang....Baru dapat kumpul 5 pek x 6oz. Sekarang ni perah hari ni, minum esok. masih maintain bekalkan 6 botol x 3oz. Selalunya habis, kadang-kadang je baki satu botol.
Budak gonek yang dah cecah umur 7 bulan Sabtu lepas. Alhamdulillah....
Selamat berhujung minggu semua!!!!
p/s: selesai satu masalah, datang pula masalah lain. Lumrah kehidupan, tak lekang dari cabaran...=)
Wednesday, April 17, 2013
Bukan rezeki
Saya baru saja update entry berkaitan dengan stok susu untuk Syazwan. Bukan rezeki Syazwan bilamana semua stok ebm yang saya simpan cair.
Tragedi yang sangat tragis ni berlaku pada 12 April 2013/ Jumaat lepas. Selalunya sebelum keluar pergi kerja, saya akan periksa semua suis dan peti sejuk. Pagi tu entah macam mana saya cuma tengok dari pintu depan rumah, tak periksa dalam rumah pun. Hari tu juga saya tertinggal hp di rumah.
Petang, macam biasa ubby ambil saya. Dengan tenang dia beritahu yang BIL ada telefon beritahu yang peti sejuk sebelah atas tak tutup rapat. Masa tu memang saya panik sungguh. Terus telefon BIL tanya apa yang berlaku sebenarnya. Dia kata peti sejuk dah berbunyi kuat jugak masa dia balik pukul 4ptg, ada air mengalir kat bawah peti sejuk dan dia dah mopkan. Bila tanya bab susu, dia kata semua cair...... MasyaAllah....luruh semangat saya dengarkan. Tapi saya diam je.
Dalam perjalanan balik memang saya diam je. Kalau boleh nak 'orb' ke rumah je. Sampai rumah, tarik nafas dalam-dalam dan buka peti. Memang berpeluh habis dalam peti, puree Syazwan pun dah bercampur dalam bekas. Susu masih sejuk tapi memang 70% cair. Saya tenangkan diri, ambil gambar, update status dalam fb sambil duduk di kerusi tepi peti sejuk. Peti tu macam tak panas, selalu kan rasa tepi dia macam panas sikit. Saya dah risau takut rosak je. Nasib baik peti bawah tak effect apa-apa, masih sejuk seperti biasa.
Saya keluarkan isi dalam peti atas tu semua, saya lap air yang bertakung dan yang berpeluh tu, dan saya tutup pintunya. Saya off dan on semula suis peti sejuk dan saya duduk semula tepi peti sejuk. Baru macam ada bunyi enjin dan makin lama rasa suam-suam tepi badan peti sejuk. Syukur peti sejuk tak meragam.
Semoga Allah murahkan rezeki Muhammad Syazwan Nasree dan izinkan saya teruskan perjuangan menyusukan dia sampai umur 2 tahun. Amin...
p/s : Sekarang kena bangun malam pam susu jugak nak cukupkan demand Syazwan ke taska. Nasib baik kena hujung minggu, kalau tidak memang kelam kabutlah saya. Tengok, Allah nak uji pun bagi diskaun lagi masa yang sesuai. Saya 'follow the flow' dan teruskan berusaha dengan izinNya. =)
Tragedi yang sangat tragis ni berlaku pada 12 April 2013/ Jumaat lepas. Selalunya sebelum keluar pergi kerja, saya akan periksa semua suis dan peti sejuk. Pagi tu entah macam mana saya cuma tengok dari pintu depan rumah, tak periksa dalam rumah pun. Hari tu juga saya tertinggal hp di rumah.
Petang, macam biasa ubby ambil saya. Dengan tenang dia beritahu yang BIL ada telefon beritahu yang peti sejuk sebelah atas tak tutup rapat. Masa tu memang saya panik sungguh. Terus telefon BIL tanya apa yang berlaku sebenarnya. Dia kata peti sejuk dah berbunyi kuat jugak masa dia balik pukul 4ptg, ada air mengalir kat bawah peti sejuk dan dia dah mopkan. Bila tanya bab susu, dia kata semua cair...... MasyaAllah....luruh semangat saya dengarkan. Tapi saya diam je.
Dalam perjalanan balik memang saya diam je. Kalau boleh nak 'orb' ke rumah je. Sampai rumah, tarik nafas dalam-dalam dan buka peti. Memang berpeluh habis dalam peti, puree Syazwan pun dah bercampur dalam bekas. Susu masih sejuk tapi memang 70% cair. Saya tenangkan diri, ambil gambar, update status dalam fb sambil duduk di kerusi tepi peti sejuk. Peti tu macam tak panas, selalu kan rasa tepi dia macam panas sikit. Saya dah risau takut rosak je. Nasib baik peti bawah tak effect apa-apa, masih sejuk seperti biasa.
Saya keluarkan isi dalam peti atas tu semua, saya lap air yang bertakung dan yang berpeluh tu, dan saya tutup pintunya. Saya off dan on semula suis peti sejuk dan saya duduk semula tepi peti sejuk. Baru macam ada bunyi enjin dan makin lama rasa suam-suam tepi badan peti sejuk. Syukur peti sejuk tak meragam.
Ni semua stok beku ebm Syazwan. Saya kira ada 24 pek x 9oz. Yang dalam bekas tu puree dan bubur beku.
Setelah dikeluarkan dari storage bag.
Ubby yang siram kat pokok-pokok depan rumah malam tu. Sofea temankan dia, saya memang tak sanggup nak tengok. Ada hikmah di sebaliknya, saya positif saja. Taknak fikir-fikir sebab saya ada misi yang perlu diteruskan. Jadi minda dan fizikal kena gembira tak boleh sedih-sedih.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Gambar ni diambil di pagi Sabtu selepas kejadian tragis tu. Depan SOGO dengan maksu (adik saya) dan bakal suami dia.
Ya, adik saya akan bernikah (nikah khitbah/gantung) pada hujung minggu ini. Jadi, sedih tak sedih saya kena bantu dia beli barang-barang hantaran dan persiapan untuk majlis nanti. Adik saya sudah mendapat penempatan sebagai Jururawat di HKL dan akan melapor diri dalam waktu terdekat. Sebab tu bakal suami dia bercadang untuk bernikah lebih awal walaupun terpaksa menjadi pasangan jarak jauh. Tapi, bagi saya baguslah sebab nanti dah halal nak datang pun ibu bapa saya dah tak risau2 lagi.
Monday, April 01, 2013
Update Stok
Gambar diambil malam tadi. Stok EBM aras bawah adalah bulan Februari 2013 punya. Sebelah atas bulan Mac 2013. Dalam tempat ais tu adalah puree brokoli dan sweet peas untuk Syazwan. Epal pun ada 3 ketul kiub dalam bekas depan tu.
EBM Februari - 6 plastik x 6oz = 36oz
- 11plastik x 9oz = 99oz
- JUMLAH = 135 oz
EBM Februari - 14 plastik x 9oz = 126oz
- 1 plastik x 10oz = 10oz
- 1 botol x 5oz = 5oz
- JUMLAH = 141 oz
Alhamdulillah, masih diberi peluang menyusukan anak kali ini secara eksklusif sehingga 6 bulan dan sekarang dah campur dengan makanan pelengkap.
p/s: seronok, kalaulah dapat buat macam ni dari anak pertama lagi.Rezeki anak lain-lain kan....
Thursday, March 14, 2013
Perihal Susu Ibu
Dari petang semalam hasil perahan selalunya 4 ke 5 oz, tapi sentap sket sebab hasil jadi 2oz je. Perah dalam kereta on the way dari ofis ke taska anak-anak, dalam hujan ribut tapi ubby yang drive. Stress kah???
Pagi ni, pam pada waktu biasa juga hasilnya 2 setengah oz. Takpe, jam 11pg saya pam lagi dapat almost 4oz. Maka hari ni saya berazam untuk pam 2 jam sekali setiap sesi 20 minit. Tgh hari nanti nak buat 'pam berkuasa'
Saya redha dan tawakkal. Semoga susu untuk Syazwan cukup sehingga 2 tahun nanti...=)
Monday, March 11, 2013
Akikah
Nak cerita pasal akikah Syazwan, tapi sebelum tu...
Nak jimat masa kononnya. Masa ni kena drive sendiri gi kerja sebab ubby nak Work From Home katanya...Jadi, saya kena hantar anak-anak ke sekolah dan taska/tadika. Malam pulak Syazwan menyusu sebelah jek, maka cik B sebelah rasa berat je. Tak boleh jadi ni, lepas hantar Syameel di SRK, saya terus pasang pam dan drive ke ofis. Dapatlah sebotol 5oz , campur dua-dua belah....=)
AKIKAH MUHAMMAD SYAZWAN NASREE
1 ekor kambing untuk bayi perempuan
JANGAN TIRU AKSI INI!!! (baca ala-ala Abg Aaron di Fear Factor)
Seat belt pakai tau...kalau ada polis tinggal tarik ke dada je...
Pandu dengan berhati-hati...=)
AKIKAH MUHAMMAD SYAZWAN NASREE
Pengertian
Akikah
Menyembelih binatang
ternakan yang dilakukan ketika mencukur rambut bayi yang lahir sebagai tanda
kesyukuran kepada Allah
Hukumnya sunat
muakkad dan wajib jika bernazar
Sebaik-Baik
Akikah:
2 ekor kambing untuk
bayi lelaki1 ekor kambing untuk bayi perempuan
Akikah afdal
dilakukan pada hari ke 7 tapi boleh dikemudiankan asalkan belum baligh. Jika
sudah baligh boleh melakukan akikah untuk diri sendiri
Syarat-Syarat
Akikah
- niat akikah ketika
menyembelih
- menyembelih binatang
ternakan yang halal dan tidak cacat
- menyembelih binatang
yang cukup umur
- memenuhi
syarat-syarat sembelihan
Daging
Sembelihan Akikah
- tidak wajib
disedekahkan kepada fakir miskin
- sunat dimasak manis
dan dibuat jamuan
- sunat tidak
mematah-matahkan tulang akikah
- mencukur rambut bayi
selepas penyembelihan binatang akikah
- dilakukan hari ke7
kelahiran bayi
Hikmah Akikah
-
tanda kesyukuran
kepada Allah atas kurniaan zuriat
- mengeratkan
silaturahim di kalangan masyarakat
- mendekatkan bayi
yang baru lahir dengan penghayatan Islam
- menghebahkan kepada
anggota masyarakat tentang anugerah yang dikurniakan Allah
Alhamdulillah, rezeki anak-anak. Semua telah dapat di akikahkan masa bayi lagi. Semuanya juga menumpang Majlis Maulud Nabi yang setiap tahun di adakan bersebelahan halaman rumah saya sebab ayah saya orang kuat dalam Kumpulan Yassin kampung. Jadi 2 in 1, tak payah nak jemput2 orang lagi, memang ramai orang kampung dah hadir. Cuma tak buat bercukur je sebab rambut Syazwan memang sikit sangat.
Kambing ni tunggu giliran..
Atuk yang sembelih.
Beramah mesra...ni lah kawan-kawan saya =)
Selingan
Gotong royong bermula
Anak-anak dara/bujang seronok tolong basuh pinggan
Makan tengah hari lepas siap gotong royong. Lauk ayam goreng dan sayur kampung
Makan malam sebelum ceramah. Masa ni baru makan lauk akikah dan nasi beriani.
Mak makan kat dapur je...SIL temankan.
Berbaju Melayu Abang Syameel punya...=) Gigih maksu belikan walker murah nak suh Syazwan naik.
Atuk bagi ucapan aluan dan lepas tu ceramah pun bermula.
p/s: seronok duduk kat kampung. Ada gotong royong, masak ramai-ramai.... sehati-sejiwa je...=)
Thursday, January 17, 2013
Syukur !
p/s: nak kongsi kegembiraan ngan rakan maya, bukan nak menunjuk tau. =)
Monday, January 07, 2013
Update Stok!
Nak cerita lagi pasal stok EBM untuk kenangan di masa akan datang... Masa tulis post yang lepas, masih belum kira jumlah sebenar amaun EBM yang ada. Semalam berkesempatan, maka dapatlah kira ada berapa jumlah Oz sebenar.
Oktober : 6 oz (pagi ni dah turunkan maka habislah stok Oktober)
November : 47 x 3 oz (+-) = 141 oz
Disember :23 x 3 oz = 69 oz
7 x 6 oz = 42 oz
6 x 5 oz = 30 oz
2 x 7 oz = 14 oz
= 155 oz
Januari : 8 x 6 oz = 48 oz
JUMLAH semua sehingga semalam adalah : 350 oz
Syukur Alhamdulillah....Manalah tahu kalau-kalau saya terpaksa berkursus atau terlibat dengan kerja luar, sekurang2nya dah ada stok untuk meneruskan misi Exclusive BF ni...
Gambar stok akhir Disember 2012
Stok EBM sehingga semalam
Total stok sehingga semalam adalah:Oktober : 6 oz (pagi ni dah turunkan maka habislah stok Oktober)
November : 47 x 3 oz (+-) = 141 oz
Disember :23 x 3 oz = 69 oz
7 x 6 oz = 42 oz
6 x 5 oz = 30 oz
2 x 7 oz = 14 oz
= 155 oz
Januari : 8 x 6 oz = 48 oz
JUMLAH semua sehingga semalam adalah : 350 oz
Syukur Alhamdulillah....Manalah tahu kalau-kalau saya terpaksa berkursus atau terlibat dengan kerja luar, sekurang2nya dah ada stok untuk meneruskan misi Exclusive BF ni...
Friday, January 04, 2013
Rutin 2013
Anak ketiga ni rasanya dah puas mendalami ilmu penyusuan. Ilmu diperoleh melalui pembacaan blog ibu-ibu yang menyusukan memang sangat mudah untuk diaplikasikan. Jadi saya bertekad dari masa mengandung lagi nak menyusukan anak kali ini dengan susu ibu sepenuhnya sekurang-kurangnya 6 bulan dan jika di permudahkan olehNya sehingga 2 tahun. Dengan sokongan suami dan keluarga, gajet penyusuan yang lengkap, dan ilmu yang diperolehi, Alhamdulillah...setakat hari ini bermula dari 20/9/2012 saya berjaya menyusukan Muhammad Syazwan Nasree dengan jayanya.
Saya ingin berkongsi sebagai kenangan di blog ini rutin mengepam di ofis. Masa mula-mula tu gigih juga ke surau. Tapi lepas tu, tengok macam line clear je, saya pam di meja je.
Kalau dah berselubung ni maknanya....
Operasi sedang dijalankan
Close up pam yang berjasa...di ofis saya guna bateri.
Masih bawa pam manual in case apa-apa yang tak diduga berlaku...Dari kiri ponco, botol-botol, corong pum, milk collector dan dalam beg polkadot tu, pam elektrik/bateri.
Hasil tuaian 3 kali pam.paling banyak 6 oz, paling sikit 3.5oz.
p/s: sekadar perkongsian dan kenangan....
Thursday, December 20, 2012
20.12.2012
1st time hari ni bawa kereta sambil mengepam dari HQ, Putrajaya ke Seri Kembangan. Nak jimat masa kononnya....Nasib baik takde road block ke apa.
Dah pikir in advanced nak buat kerja ni selalu masa hantar Syameel tahun depan. Dapat pam 4 kali sehari kat ofis. Huhuhu..gila tegar!
Dah pikir in advanced nak buat kerja ni selalu masa hantar Syameel tahun depan. Dapat pam 4 kali sehari kat ofis. Huhuhu..gila tegar!
Tuesday, December 18, 2012
Perihal Ibu Tenusu
Syukur sangat-sangat sebab dibukakan pintu hati untuk menyusukan Syazwan sepenuhnya pada kali ni. Sofea dulu cuma sempat sebulan sahaja sebab masa tu cetek ilmu penyususan, awal-awal lagi dah campur FM. Syameel pula berjaya sehingga 8 bulan walaupun hujung-hujung tu memang dah campur susu FM.
Saya bukanlah orang yang mempunyai susu yang meriah setiap kali mengepam. Tapi walau dapat sedikit pun saya rasa amat-amat bersyukur. Pengalaman kali ini sangat berharga dan saya akan usahakan sedaya upaya saya dengan izin-Nya.
Sejak dari dalam pantang saya dah mula mengepam susu. Walau 1oz, saya kumpulkan untuk buat stok. Target saya sekurang2nya 3 oz sehari. Masa tu ada 2 bulan lagi sebelum naik kerja. Jadi nanti dapatlah saya kumpul sekurang-kurangnya 50 ke 60 botol x 3oz.
Alhamdulillah sekarang satu sesi saya boleh dapat 4-5oz. Dapatlah bekalkan keperluan Syazwan esok hari dan buat rotation stok yang lama.Tapi saya selalu lebihkan susu disejukkan daripada dibekukan buat stok sebab saya takut tak dapat memenuhi target untuk esok.
Depan dalam botol tu susu bulan Oktober...Ada dalam 20 x 3oz, belakang tu guna bekas dadih perahan bulan November dan botol kanan dan plastik tu bulan Disember.
Close up sket
EBM untuk bekalan Syazwan dan EBM kecemasan di sebelah kiri. Pum manual dan corong pum elektrik pun duk dalam ni jugak sebab malas nak basuh banyak kali.
Beg hitam isi cooler box ke pejabat dan beg untuk bekalan Syazwan ke taska.
Bekalan Syazwan
Minggu pertama hantar Syazwan saya bekalkan 3oz setiap botol. Minggu ke dua Syazwan terkena jangkitan selesema dari ayahnya diikuti batuk dan demam. Pengasuh kata dia taknak minum sangat, jadi saya kurangkan 2-2.5oz setiap botol. Minggu ketiga ni saya isi semua 2.5oz. Dah 2 hari ni pengasuh tak kata tak cukup, jadi saya maintain dulu macam tu.
Buat masa ni jadual mengepam di pejabat 3 kali sehari, jam 10pg, 1.30tgh dan 4ptg. Kalau ubby hantar ke pejabat, petang jam 6 pun sempat pum dalam kereta lepas ambil Syazwan. Di rumah, saya akan tandem pum masa Syazwan menyusu dalam jam 9 lebih mlm atau 10mlm, kalau sempat jam 12mlm double pum dan jam 3 atau 4 sekali lagi double pum.
Pam yang saya guna sekarang. Pam manual dari Syameel lagi. Dan dapat satu lagi pam manual dari adik ipar, so boleh rotate guna sebab part dia sama.
Semoga saya bejaya meneruskan perjalanan BF kali ini.AMIN....
Subscribe to:
Posts (Atom)






