Tuesday, December 02, 2014

MAHA, Family-In-law

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!!!!

Minggu ni rumah penuh. PIL n SIL datang hari Sabtu. Datang menghantar anak dara dia nak balik duk ngan nenek cuti sekolah ni. Dan sekali lah tu nak menjengah ke MAHA 2014.

Masing-masing sampai Sabtu petang. Saya masak simple je. Ikan siakap balut daun kunyit bakar dalam pemanggang ajaib cicah kicap (cili, bawang, limau), kailan masak lemak dan sambal tumis. Hujan lebat sangat petang Sabtu tu sampai terlepas simpang ke Nilai mertua saya.

 Lepas je mertua sampai, terus minum petang dan sambut harijadi Farhana, anak SIL yang memang jatuh hari Sabtu tu. Sambut sekali harijadi nenek 12 November lepas.

 Pak Long baca doa selamat.
 

 Nak juga hidupkan lilin dan nyanyi Allah selamatkan kamu....

 Nenek tolong tiup dari jauh je..
 Hadiah untuk Farhana, ----> nampak tak orang bawa beg biru tu kena jadi pakcik Claus!

 Hadiah untuk Syahmi, belated birthday.
 
 
  Hadiah untuk SIL, belated birthday.

 
 Dan hadiah untuk mak pakcik Claus!!! sampai goyang gambar camerawoman tak terlatih ni kan..heheheh



MAHA 2014


Gigih berjalan semua...Masa ni jam 10.45 pagi. Pun dah nampak mendung-mendung

 Syahmi dan pak ngah

Sampai ikut Pintu 2, naik bas ke Dewan Utama. Sampai kawasan dewan kita isi perut dulu. Oblong sorang satu dengan KopiSatu...



 Seronok sangat berkepit dengan atuk n nenek


 Buah apa ni ayah....Cuba teka?

 Syazwan pun sibuk nak pegang

 Buah apa eh? Bau dia dah pernah bau.....dan akhirnya budak cerdik ni pergi tengok di papan tanda sebelah dia...hahahahah

 Abah, anak abah, anak ayah

 Ouch!

 Opss...termenguap pulak!

 Awww!

Sebelum balik, meh pekena Musang King dulu....

Seksa nak makan sambil menggendong anak tidur....

 Ni hantu durian!!!

 Rosak diet ai!!!

 Beratur ye cucu-cucu nenek....

 Peace yo! 7tahun, 6 tahun, 3 tahun dan 2 tahun. Kakak Popea mana???


Keluar dari MAHA dalam jam 2.30 ptg juga. dah gelap dan hujan rintik-rintik masa tu. Dah alang-alang keluar tu singgah sekejap di IoI Putrajaya. Ramainya orang...nak makan pun beratur. Sempat makan, solat dan cuci-cuci mata di IndexLivivngMall. Jam 6.30ptg dah sampai rumah....

 Macam comel je...macam comel je!


 Berangan masing-masing!


 p/s: Anak-anak sedang membesar....sungguh mencabar bila semua benda nak cuba buat sendiri....

Monday, November 24, 2014

SEKOLAH ANAK

Alhamdulillah, Sofea menunjukkan kecenderungan dalam bidang agama. Mengaji lancar, tulisan jawi cantik. Mak-mak memang suka puji anak sendiri...=p

Khamis lepas ada penyampaian hari Anugerah Cemerlang KAFA di sekolah. Dua tahun Sofea maintain tempat ke empat dan terima anugerah sekolah pagi. Alhamdulillah tahun ni berjaya menempatkan diri di tangga 3 terbaik.
 
 Ibu dan ayah
 
Syameel, semoga mengikut jejak langkah kakak ye.

Ustaz kelas Sofea tahun ni.

Persembahan Nasyid




Beratur untuk pusingan pertama - Kedudukan di kelas



Pusingan ke dua - terbaik bagi seluruh aliran Tahun 3.


Persembahan Nasyid




 Pusingan ke tiga - matapelajaran terbaik Al-Quran




Syukur Alhamdulillah. semoga menjadi anak yang solehah anakku!








p/s: sedang gigih melatih Syameel mengaji dan belajar Jawai. Anak perempuan dan lelaki lain pendekatannya..

Thursday, November 20, 2014

Oh OMMA!



Keputusan echocardiogram mak semalam tak berapa cantik. Doktor sarankan supaya mak lalui sekali lagi ujian Angiogram supaya doktor boleh kenalpasti samada ada arteri tersumbat atau tidak. Prosedur ditetapkan pada Jun 2015. Dalam tempoh 6 bulan ini, doktor minta mak turunkan paras gula dalam darah. Keputusannya mesti 5.6 kebawah selepas berpuasa dari malam hari.

Mak memang trauma selepas keluar dari Hospital Putra kerana sembab air (jantung yang lemah tidak dapat mengepam darah dengan betul). Mak berehat beberapa bulan di rumah saya selepas berada seminggu di dalam wad.

Dari pemerhatian saya, mak risau dengan keadaan dia sekarang. Tapi pada saya keadaan mak adalah lebih baik berbanding semasa beru keluar wad dulu. Mak kata trauma duduk rumah saya sebab teringat masa sakit 2012 yang lalu.

Macam mana nak buat hati mak tenang, gembira dan tak memikirkan perkara-perkara yang bukan-bukan?
Ayah yang terbaik, setia melayan mak walau apapun.

Esok mak balik bawas sekali Sofea dan anak abang. Semoga cucu-cucu besar ni membantu menceriakan hari-hari nenek sepanjang cuti persekolahan ini.



p/s: Mak, i love U!

Muka Cuka

Saya bekerja di sektor kerajaan.
Saya juga berurusan dengan kakitangan kerajaan yang lain seperti jabatan-jabatan lain, hospital dan sebagainya.

Tapi,

Ada satu benda yang begitu menghairankan saya. Mungkin saya kurang berjumpa/berhadapan dengan pelanggan/orang luar.

Tapi,

Susah sangat ke nak bermanis muka, bercakap baik pada pelanggan anda????
Sedangkan pekerjaan itu yang anda pilih?
Berjumpa/melayan pelanggan?

Cuba perkara tu terjadi pada diri anda dan keluarga anda??

Thursday, November 13, 2014

2014 hampir ke penghujung.....

Setiap kali nak tulis dalam blog mesti hilang idea. Bila tak buka depan mata, macam-macam dah karang dalam kepala. Ni dah depan PC, semua jadi blurrr....mungkin banyak sangat perkara nak cerita.

Baiklah, kita cerita ikut urutan lah macam ni...

SOFEA NAFEESA

Keputusan peperiksaan sekolah kebangsaan Sofea Nafeesa dah keluar. Alhamdulillah, semua ok kecuali Matematik dan Dunia Seni Visual dapat B. Bila dapat kertas peperiksaan tengok dia banyak salah di tempat menyelesaikan masalah. Soalan yang guna ayat tu.Dah nampak di mana kelemahan dia. markah kat soalan macam tu je dah 5 markah, campur sub soalan lagi...dah dekat 15 markah kat situ. Sayang betul.
Tahun depan akan tukar sekolah, sebab nak samakan dengan Syameel. Dah tiup2kan semangat azam baru di sekolah baru tahun depan. Saya pun berazam nak masakkan bekal untuk sarapan dan makan tengah hari di sekolah nanti. Berbaloi nak masak sebab untuk 2 orang, saya dengan ubby pun boleh lah tumpang sekali.

Sekarang ni tengah tunggu keputusan sekolah agama KAFA, setakat beberapa kertas peperiksaan yang dah dapat semula Alhamdulillah, markah semua bagus-bagus.

SYAMEEL NUQMAN

Minggu depan giliran Syameel pula menghadapi peperiksaan di Smart Reader Kids. Minggu ni dah mula minggu ulangkaji. Saya tengok anak yang sorang ni tak kisah je, dalam pada tu dia ni seorang yang sangat prihatin. Contohnya kalau adik dia main mainan yang ada bucu tajam sikit, mesti dia dah bagitahu pada saya, "Ibu, jangan bagi adik main tu, bahaya..."

Anak yang nak hadapi peperiksaan, saya yang rasa bimbang. Haisshhhh..... Nanti nak tengok kemajuan jumpa cikgu lagi satu hal seram sejuknya.

Anak lelaki ni lain macam sikit, mungkin sebab sepanjang menjaga Sofea, tak banyak karenah pelik-pelik yang dia buat. Jadi sekarang ni kena ready mental dan fizikal je nak menangani perangai-perangai pelik yang terlebih aktif dan pintar tu. Bersangka baik pada anak-anak.

SEMALAM

Dapat berita gembira, kawan di pejabat yang kehilangan suami....pernah saya ceritakan di sini, telah selamat melahirkan anak kembar. Dua-dua lelaki, semangat pulak tu. Sorang 2.7 kg, sorang lagi 3.2kg. Mak dia punyalah comel kecik je. Kawan ni sebelum bersalin, selain kehilangan suami, juga kehilangan ayah kerana sakit buah pinggang dan kencing manis. Allah Maha Adil dan Penyayang, kehilangan tersebut digantikan pula dengan 2 orang anak lelaki. Semoga anak-anak ini menjadi anak yang soleh sebagai penguat semangat ibu dan kakak-kakaknya...Amin....


KEHIDUPAN

Hidup ini ibarat roda kadang-kadang di atas, kadang-kadang di bawah, lagi kita inginkan kebaikan, lagi kita akan diberi ujian. Ujian yang membuatkan kita lebih bersabar, redha dan menerima qada' dan qadar dari-Nya.

Kadang-kadang rasa macam nak duk diam-diam di rumah, matikan telefon dan putuskan hubungan dengan dunia luar.

Kadang-kadang rasa macam nak naik kereta dan jalan sahaja tanpa hala tuju.

Kadang-kadang rasa nak tidur sepanjang hari sebab rasa macam tak cukup rehat.

Kadang-kadang rasa macam tak percaya saya sudah berkahwin, menjadi isteri dan ibu kepada 3 orang anak.

Kadang-kadang nak rasa nak kata LANTAKLAh KORANG, buatpe nak jaga hati orang tapi hati sendiri merana.

Hidup tak selalunya indah seperti dalam novel ciptaan.

Semoga saya sentiasa menjadi insan solehah yang menyenangkan orang lain, mendidik anak-anak dengan kejayaan dan bahagia hingga ke hujung nyawa.

AMIN....
 




Friday, October 31, 2014

Semalam

 Semalam, on the spot ambil cuti, anak-anak pun tak ke sekolah. Nasib peperiksaan semua dah selesai. Tu yang berani nak buat kerja gila macam ni. Ikut ubby gi kerja luar.

 Nak juga makan sendiri, kakak yang korban aiskrim dia...


 Sila memandu dengan berhemah ok!

 
 Gambar tuan tanah kedaung...hehehe


 Singgah AEON jap...






 Ok, jom balik!



Sekian, cerita semalam.
Ok bai!




Tuesday, October 07, 2014

AidilAdha 2014


Bila hari raya Aidilfitri di rumah suami, maka hari raya Aidiladha di rumah saya. Begitu juga sebaliknya. Setiap tahun Kumpulan Yasin ayah saya akan buat korban yang dikelolakan oleh kumpulan. 

Jadi tahun ni ada 4 ekor lembu. Janji penghantaran adalah malam sebelum raya, entah macam mana ditukar pula ke selepas solat hari raya. Tunggu punya tunggu....akhirnya lepas zohor baru tiba 4 ekor lembu.

Kawasan rumah saya sebagai tempat untuk melakukan ibadah ini. Seronok bila ramai orang. Meriah sangat.

 
 Ayah, tanggungjawab sebagai tukang sembelih


  Ni orang kuat juga, pakcik Saleh. Tukang masak juga. =)

 Anak-anak suka sangat dapat main kat luar.


 Menantu Hj. Nasiron...=)

Anak Lelaki Hj. Nasiron

Anak perempuan Hj. Nasiron

Semua ada tugas masing-masing, kerja cepat siap.





 Pandangan dari depan rumah


 Penat mengadap lembu kena sembelih, mari kita pau maksu beli aiskrim!!!

 Nyum, nyum!!
 Khusyuk ko...makan sorang atas buaian!!


Dan balik kali ni berangkut oven dan mixer, sebab dah lama teringin nak makan pavlova. Alang-alang ramai orang kat rumah berbaloi nak buat kan. Pavlova jadi, tapi pukul whipping cream tak kental2. Guna jenama ni lah.....2 kali beli...Guna jenama Anchor tu menjadi. Sekali lagi, buat dah malas nak pukul dah. Beli yang spray je. Sumber terhad jadi beli lah apa yang ada, yang penting ada tanda halal.


Jadi, inilah hasilnya!!!


Balik ke BBST, sangkut jalan jammed!!! dari 3.30ptg sampai 10.00 malam!!! Nasiblah kenangkan anak nak sekolah. Ikut hati nak pontengkan je masing-masing. =p





p/s: *_*  sakit mata tapi apakan daya!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...