Tuesday, October 07, 2014

AidilAdha 2014


Bila hari raya Aidilfitri di rumah suami, maka hari raya Aidiladha di rumah saya. Begitu juga sebaliknya. Setiap tahun Kumpulan Yasin ayah saya akan buat korban yang dikelolakan oleh kumpulan. 

Jadi tahun ni ada 4 ekor lembu. Janji penghantaran adalah malam sebelum raya, entah macam mana ditukar pula ke selepas solat hari raya. Tunggu punya tunggu....akhirnya lepas zohor baru tiba 4 ekor lembu.

Kawasan rumah saya sebagai tempat untuk melakukan ibadah ini. Seronok bila ramai orang. Meriah sangat.

 
 Ayah, tanggungjawab sebagai tukang sembelih


  Ni orang kuat juga, pakcik Saleh. Tukang masak juga. =)

 Anak-anak suka sangat dapat main kat luar.


 Menantu Hj. Nasiron...=)

Anak Lelaki Hj. Nasiron

Anak perempuan Hj. Nasiron

Semua ada tugas masing-masing, kerja cepat siap.





 Pandangan dari depan rumah


 Penat mengadap lembu kena sembelih, mari kita pau maksu beli aiskrim!!!

 Nyum, nyum!!
 Khusyuk ko...makan sorang atas buaian!!


Dan balik kali ni berangkut oven dan mixer, sebab dah lama teringin nak makan pavlova. Alang-alang ramai orang kat rumah berbaloi nak buat kan. Pavlova jadi, tapi pukul whipping cream tak kental2. Guna jenama ni lah.....2 kali beli...Guna jenama Anchor tu menjadi. Sekali lagi, buat dah malas nak pukul dah. Beli yang spray je. Sumber terhad jadi beli lah apa yang ada, yang penting ada tanda halal.


Jadi, inilah hasilnya!!!


Balik ke BBST, sangkut jalan jammed!!! dari 3.30ptg sampai 10.00 malam!!! Nasiblah kenangkan anak nak sekolah. Ikut hati nak pontengkan je masing-masing. =p





p/s: *_*  sakit mata tapi apakan daya!

Monday, September 29, 2014

AKTIVITI MINGGU INI


Minggu ni tak ke mana-mana. Jumaat malam dah ke Dataran Putrajaya ambil basikal untuk Syameel, beli dari bff masa UiTM dulu. Budak-budak sempat lah 'pau' ayah dia main rollerblade sebab tak bawa sendiri punya. Main bubble la, makan ais krim la... balik rumah terbongkang!

Sabtu - Masak sup tulang, basuh baju putih sekolah Sofea, basuh baju, sental bilik air, lipat baju. Petang tu konon nak main basikal kat Dataran Nilai, dah berangkut semua tapi hujan lebatnya...Syukur Alhamadulillah. Sejuk tidur malam. Terus ke tesco beli barang dapur......

 Ahad - Sofea request labu masak lemak. Lepas Zuhur di buat loomband, dah terkial-kial panggillah ibu dia ni tolong. Akhirnya siaplah gelang ni dan easter egg.

 

Tangan kita kan besar, punya lah nak adjust tapak dia ni sampai terpatah. Nasib dah siap, pasni gunalah tapak yang lama. Tapak yang lama tu tertinggal kat kampung masa cuti sekolah haritu. Raya ni lah baru ambil.

Petang tu bagilah diorang main-main kat luar rumah, main badminton dengan ayah dia. Seronok lah diorang dapat main-main kat luar, kalau tak memerap je dalam rumah. Kalau tiap-tiap minggu dapat buat aktiviti macam ni kan bagus. Sihat sikit anak-anak...=)    


p/s: bukan taknak bagi main kat luar, masing-masing malas nak jaga lebih-lebih lagi dak kecik tuh...

Friday, September 26, 2014

MAKCIKS

Kenapa lah aku boleh terjebak dengan diorang ni semua!! Aku tak mau lah!!


Pergi jauh-jauh, jalan pun jangan pandang muka aku!

Setiap kali terpandang dah nampak kat dahi korang perkataan tu!!

Syoooohhhh!!!!!


p/s: Kalau orang nak beli, takyah promote pun orang carilah!

Thursday, September 25, 2014

Swing!!!



Kadang-kadang kita tak mengharapkan semua perkara sempurna seperti yang kita inginkan. Kita juga tak inginkan penghargaan yang tinggi atas apa yang telah kita lakukan.

Cukuplah sekadar berkongsi pendapat dan membuatkan diri ini rasa berkepentingan....


p/s: rambut sama hitam, hati lain-lain...eh!

Wednesday, September 24, 2014

Sambutan Harijadi Anjuran Taska VONAD

Pihak Taska ada juga buat sambutan harijadi kanak-kanak di sini. Semalam adalah sambutan bagi suku tahun ke tiga 2014 iaitu Julai, Ogos dan September.

Saya cuma bekalkan vitagen untuk semua kanak-kanak dan guru-guru, dan sebiji kek. Ibu bapa kanak-kanak yang terlibat dialu-alukan hadir. Saya singgah sekejap dengan Mama Hariz. Konon sekejap, nak setup ambil gambar je dah ambil masa...hehehe...kanak-kanak kecil kan...

Kakitangan taska tengah siapkan makanan


Syazwan n the gang berkumpul di sini sambil tengok video sambutan harijadi yang lepas

Ready, nak ke tempat sambutan


Behave betul kat taska...

Ni pengusaha taska, Tn.Haji Omar dan Hjh. Salimah



Dapat hadiah dari Taska.

Ni teacher kesayangan Syazwan yang jaga dari baby lagi...





Cake cutting!!!

Makanan yang Taska sediakan

Ni teacher yang jaga Syazwan sekarang



p/s: sekejap je dah 2 tahun...cepatnya masa berlalu!!

Monday, September 22, 2014

Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran Anakku!

Muhammmad Syazwan Nasree.

Sambutan bersama ahli keluarga di rumah mak ayah saya di kampung.

  Beli macam ni jimat, banyak perisa dapat rasa.

 Kurang satu family lagi, abang saya tak balik minggu ni.

 Ambil gambar masa Atuk tengah baca doa, semua tak sedia...hahaha

 Semoga menjadi anak yang soleh...Amin...

 
 Maksu tumpang sekaki sebab birthday bulan September juga..=)

 Mesti kena duduk di pangkuan Atuk kesayangan Syazwan tu...

Syukur Alhamdulillah, dapat pinjaman anak yang sihat dan comel dariNya berserta bonus keluarga bahagia. Syukur tak terhingga....


p/s: Belum tahu lagi nak demand birthday party kat sekolah lagi.....selamat poket.


Monday, September 08, 2014

Sepetang di Sungai Melaka, Kg.Hulu.

 Cerita dah lama, cuma suka tengok gambar-gambar ni.

 Mak dan ayah, bersama sebahagian pewaris keluarganya.
 
 Seronok menikmati angin petang.

 Masa baik, masa gaduh...boleh tahan juga. :-p

 Syazwan obses ngan Atuk


Atuk ngan cucu..s


Friday, September 05, 2014

Sesungguhnya....

Saya amat bersyukur...
Saya bahagia, walaupun istilah bahagia itu subjektif....

Saya punya ibu bapa yang baik,
Saya punya keluarga,
Saya punya suami yang baik,
Saya punya anak-anak yang bijak dan comel,
Saya dan suami mampu membayar rumah kecil setiap bulan,
Saya dan suami mampu membayar kereta kecil setiap bulan,
Saya dan suami mampu memberikan anak-anak pendidikan awal di tempat yang bagus,
Saya dan suami mampu menyediakan keperluan persekolahan anak-anak,

Nikmat apa lagi yang hendak saya dustakan?

Syukur Ya Allah....


p/s: Bandingkan diri selalu dengan orang lebih susah dari kita supaya kita sentiasa bersyukur, INSYA ALLAH...




Thursday, September 04, 2014

Cuti-cuti Merdeka!!

Jalan-jalan, makan-makan, sambil ziarah saudara....




Nanti update lagi!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...