Tuesday, March 10, 2015

Majlis Akikah Nafiz, Mesyuarat PIBG, Makan-makan

6 Mac 2015
Balik dari kerja terus ambil anak-anak di sekolah dan balik ke kampung. Majlis Akikah anak buah dan Sambutan MaulidurRasul Kumpulan yasin di kampung. Habis majlis dalam jam 11.30 malam balik semula ke KL sebab pagi Sabtu ada Mesyuarat PIBG sekolah. Memandangkan sekolah baru bagi Sofea dan Syameel, memang wajib hadir untuk mengetahui pergerakan PIBG di sekolah.

 Pak Ngah bacakan doa selamat.



  Alhamdulillah, Nafiz dah setahun. Dah pandai jalan, berjoget, banyak akal....Manja atuk nenek sangat nih!


7 Mac 2015 - Meyuarat PIBG sekolah.
 
 
Terima kasih tak terhingga pada Kakak 2 sebab sudi tumpangkan anak-anak semua semasa kami ke Mesyuarat PIBG.  Jadi petang tu, terus ajak diorang pergi makan-makan di Seoul garden, IoI Mall Putrajaya.




 monung nengok pinggan bertinkek-tingkek!

 Partner in crime!



Lepas perut kenyang apa lagi!!! Bersenam lah mengasah besi di ais ni.


Tuesday, March 03, 2015

Ladies Day Out - Seharian di Langkawi

Penutup FEBRUARI 2015 - Buat kerja gila. Jalan-jalan Langkawi dalam satu hari. Beli tiket flight awal pagi dan pulang semula malamnya. =)

  2 isteri orang dan seorang dara yang single n available. -=p

 Jam 8.30pagi dah sampai Pantai Cenang.

 Kakak 2

Jiran belakang partition ofis

 us!

 Mak-mak orang nih!

 Bawa melawat Makam Mahsuri, tapi tak masuk pun.


  Next time dah tahu jalan nak ke sini kan, kan...


 Singgah sebentar merasa Nasi Dagang Pak Malau. Alhamdulillah, sedap.


 Tak lupa juga Laksa ikan sekoq kat tepi pantai area Padang Matsirat


Wajib bergambar kat sini juga!!


Cuci mata di HIG Complex, Langkawi Saga, Wira Gaya,Coco Valley, Idaman Suri, Ramsdan deretan kedai di Pekan Kuah. 

Tapi, beli-belah di Cenang Mall sebab coklat lagi murah di sini. Dapatlah perfume, periuk Vision corak baru 3 beradik dan coklat-coklat buat ole-ole....

Kebetulan kami pergi malam minggu, ada pasar malam di Pekan Kuah. Sempatlah cuci mata dan isi perut sebelum bertolak ke lapangan terbang.


 Bihun sup utara dan ABC


Pulut ayam, nasi kerabu


Jam 8.30 malam kami dah pulangkan kereta sewa dan menunggu di lapangan terbang. Siap solat semua dan pulang dengan letih tapi gembira!

Masing-masing berjaya dapatkan apa yang dirancang dan bajet membeli-belah tidak melebihi RM700 berjaya dicapai!

Next plan!!! hehehehe



p/s: Perancangan mengejut, sepatutnya pergi berempat tapi last minit masa beli tiket sorang lagi tarik diri sebab tidak sihat. Seronok dan berbaloi walaupun cuma sehari.


Tuesday, February 17, 2015

Weekend again...

Sabtu lepas, pagi masuk melapor sekejap ke ofis. Siapkan kerja sehingga tengah hari. Dalam jam 2.30petang ubby dan anak-anak datang dan kami terus ke Shah Alam. Perancangan minggu ni, layan bola di stadium. PDRM vs JDT.

Sampai stadium, beli tiket dan terus ke Giant Shah Alam. Makan tengahhari dan jalan-jalan cuci mata. Terus ke Seksyen 7. Terjumpa lah kawasan yang dinamakan Laman Seni 7 ni. 




























Seronok sangat masing-masing posing termasuk si kecik. Selepas solat Asar dalam jam 6 lebih petang, kami terus ke stadium. Solat Maghrib di surau stadium. Surau perempuan selesa, sejuk. Surau lelaki je sesak sikit dan agak panas.











Keluar stadium dekat jam 11 lebih malam. Terus ke KL cari makanan sambil pusing-pusing jalan TAR tengok 'aweks'. Singgah di Kg.Baru, minum air buah gelas besar baru balik ke rumah. Esoknya masing-masing pengsan sampai jam 11pg!!!




p/s: Perancangan untuk penuhkan aktiviti hujung minggu bersama anak-anak setiap minggu tahun ni dan tahun-tahun seterusnya, In Sha Allah....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...