Wednesday, September 18, 2013

Kemaskini pantas.

Selalunya orang akan update blog kalau ada kejadian-kejadian penting yang mahu dikongsi, semasa sedih, marah, gembira atau dikelaskan sebagai perkara-pekara yang melibatkan emosi.

Tapi saya, update ikut mood dan kesempatan tu memang lumrah. Kalau rajin tu, habis cerita basi semua nak update. 

Buat masa ni sedang sibuk dengan kerja ofis yang tak habis-habis macam ko sorang je keje kan...sibuk nak buat majlis kenduri kahwin adik bongsu saya yang bernikah pada entry ini.

Sibuk dengan rutin harian yang sama. Harapnya selepas ini akan ada perkara-perkara lain yang akan mengubah rutin hidup kami sekeluarga.






p/s: anak itu AMANAH. Didiklah sebaik mungkin. =)

Tuesday, August 20, 2013

;p

 Hai lah anak, suka nau tidur macamni...

 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 Tahun lepas,
 Tahun ini,
 Semoga selamat semuanya!




Sunday, August 18, 2013

Sebelum, semasa dan selepas Raya

Sebelum Raya

Sempat ke Majlis Berbuka puasa dengan kawan-kawan seangkatan. Dah jadi macam acara tahunan. TQ Mummy Sue jadi organizer. 

 

 Kurang sorang lagi...


Persiapan mengemas beg nak balik kampung dan jalan-jalan cuci mata cari baju raya Ubby. Baru anak 3, bonet macam nak pecah.


 Baru pandai tunjuk dengan jari, asyik tunjuk sana-sini je.

 Cipta rekod berbuka di ofis siapkan kerja di temani si budak kecik ni. Masa ni dah minggu nak raya tu.

 Semasa Raya


  Kami, anak beranak.

 Anak-anak SN

 Anak sekarang, nampak telefon dah tahu nak letak kat mana..

 TQ Nenek As, bagi hadiah besday in advanced.

Cucu kesayangan Atok Ron. Kau ada?? =p



Selepas Raya

Keje banyak, rasa tak habis-habis. Rutin back to normal. Terkejar-kejar semula dengan kerja dan anak-anak.

Rasa macam robot!







p/s: Cerita raya biasa-biasa sahaja. Seronok sebab anak-anak dapat jumpa saudara mara.

Friday, August 16, 2013

HARI RAYA AIDILFITRI 1434H/ 2013

Alhamdulillah, selesai sudah menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Kita umat Islam meraikan pula hari kemenangan di bulan Syawal.

Sedikit sedih kerana Ramadhan tahun ini sedikit sangat amalan yang dapat dilakukan kerana kesibukan tugas duniawi sebagai hambaNya yang lemah. Semoga amalan yang sedikit itu diterima.

Tahun ni giliran beraya di rumah saya. Terus-terang saya memang takde nafsu nak beraya tahun ni. Mana taknya, bulan puasa yang dirasakan terlalu cepat berlalu, terkejar-kejar dengan urusan dunia, dapatkah saya sambut Ramadhan lagi pada lain kali??? Astagfirrullahhalazim... 

Sambutan secara bersederhana,bermaaf-maafan di pagi raya. Cuma abang saya saja yang beraya di rumah mertua. Memang selang seli macam ni supaya mak ada pembantu di pagi raya. Saya dan adik bongsu takpe, umah mertua dekat sekangkang kera je.

Ada orang tanya kenapa mesti isteri letak tangan atas perut suami, dan rata-rata memang saya nampak gambar macam ni....kebetulan kot..hehehe

Sofea belum cakap apa-apa lagi dah mengalir air mata...huhuhu

Giliran Syameel pula.

Syameel minta maaf, kakak..


Ibu jangan garang-garang lagi yer...hahaha

9 tahun beraya bersama baru kali ni bermaaf-maafan secara tertibnya...


Peluk kiri,peluk kanan...oh bapa mertuaku!!



=)



Adik bongsu dan suami dia


Giliran mak ngan ayah pulak.



I dapat duit raya tahun ni....=)





Giliran cucunda dan anak buah salam pulak.

Semoga bahagia selalu..



Dan akhir sekali, juadah di pagi raya.








p/s: Raya tahun ni menguruskan 3 anak...letih mak! Nasib takde drama swasta...eh!


Tuesday, August 06, 2013

Mood ke laut wei!!

Bersiaran di ofis.

Apa ke hei nyer masih kat ofis?? Esok lusa dah raya. Gigih, tekun, workaholic sungguhlah anak menantu macam saya ni...hahahah

Dialog pagi ni,
ubby : Apa yang kita buat kat KL ni yang?
saya : Nak buat macam mana, mencari rezeki di perantauan...hahaha...mood raya tak mari....

Tahun ni persiapan sangat-sangat sederhana. Mana taknya, tayar Forte dah kena tukar 4 biji. Kat situ je dah habis 1k.... Jadi anak-anak, kita bersiaplah apa yang ada. Prinsip tahun ni, "Anak-anak didahulukan, Ibu Ayah pakai apa yang ada"

Bukan orang kampung tahu pun kita pakai baju ke ofis kan. I redha dan redah je.... janji anak-anak dapat baju baru, kasut baru. Ibu pakai tudung lelong AdiJuma RM3 pun dah cun dah. Kata glowing kan...hahahah

Jadi, perancangan pulang ke kampung adalah Rabu malam. Sofea dan Syameel dah selamat menghiburkan hati atuk dan nenek sebagai pengganti diri...cewah, ayat takleh blah. Sabtu lepas, atuk dengan kereta barunya dah datang jemput cucunda kesayangan sebab nak cepat capai milage kereta untuk 1st service. Dari rumah saya, singgah ke Melaka dan terus balik kampung. Seronok lah korang dapat layanan kelas pertama atuk dan nenek kan....oh, sangat cemburu di situ.

Tinggallah Syazwan keceorangan bermanja-manja dengan ibu dan ayah di rumah/ofis. Sabtu datang kerja, semalam balik kul 8 malam, harini belum tahu lagi nasibnya.

Semalam sempat jugaklah kemas baju-baju nak balik kampung. Satu beg besar untuk saya dan ubby, satu beg untuk Syazwan dan 2 beg untu Sofea dan Syameel di mana satu beg baju basahan dah selamat bawa balik Sabtu lepas kan, jadi yang tinggal beg baju raya/baru.

Saya bosan nak buka facebook sekarang. Bengang dengan status orang tak reti bahasa. Nak ikutkan hati memang nak membalas je. Tapi saya tak mahu lah sama-sama berfikiran senteng macam orang tu. Lantak ko lah Labu... Taknak susahkan orang konon, bak sini 300! Asyik kita kesiankan dia, sekarang saya keraskan hati dan tak mahu fikir pasal susah dia lagi. Nak fikir pasal susah sendiri je. 

Ops, lain pulak merapu. Ok lah, SELAMAT HARI RAYA kepada SAUDARA/SAUDARI yang singgah membaca di blog saya. "YANG BAIK JADIKAN TAULADAN, YANG TAK ELOK BUAT SEMPADAN"



p/s: Semoga hari raya kali ini lebih baik dari hari raya yang dolu-dolu....rindu zaman di mana hari raya adalah sesuatu perkara yang paling syiookkkkk dalam hidup.

Tuesday, July 30, 2013

I'm not a SUPERWOMAN!

Hari baik, bulan baik, tapi tak dapat dimanfaatkan sepenuhnya..
Adakah saya mengeluh?
Tidak, kerana saya memilih jalan ini

Tapi...

src

Saya insan biasa,
punya banyak kelemahan,
saya bukan robot juga,
rasanya kalau robot pun boleh rosak.

Dunia, dunia...
Dulu, masa mak ayah besarkan saya,
diorang sama lah di situasi saya,
Sekarang saya pulak yang sedang mengalami situasi yang sama.
Berdasarkan pengalaman,
sampai sekarang pun tanggunggjawab tu takkan selesai.
Dah jaga, didik dan asuh,
Kena kahwinkan.
Dah berkeluarga, bermasalah, balik ke mak ayah jugak.

Amal ibadat ibarat setitis air di lautan luas...
Ya Allah jadikanlah segala tanggungjawab ini,
Amal ibadat yang diredhai olehMu.
Sesungguhnya...
sayalah hambamu yang lemah...

 








p/s: jiwa kacau....orang lain yang punya onar, orang lain jugak yang terbabit sama

Tuesday, July 23, 2013

~_~

Puasa tahun ni memang tak produktif langsung. Rasa tak cukup masa, masa cepat sangat berlalu. Buka memang setakat ni beli je hari-hari. Sekali je kot masak spaghetti utk Sofea n Syameel.

Sampai rumah dah pukul 6.45 ptg paling awal, paling lewat 7.15ptg. Sampai jek memang kelam kabut nak hidang atas meja dengan Syazwan yang melalak tak boleh nak letak langsung. mencabar keimanan sungguh. Solat maghrib bergilir lepas tu sibuk kemas-kemas, masak lauk sahur, tengokkan kerja sekolah anak sambil ubby memang kena jaga Syazwan.

Keletang keletung dah pukul 10 malam, Syazwan nak mengempeng tidur pulak. Solat Isyak (kadang-kadang solat waktu bangun sahur sebab dah terlena) pastu tidurkan Syazwan. Solat terawikh sempat buat hari pertama je, pastu cubaan semua gagal. Niat dalam hati, tapi tak mampu... Pukul 4pg dah bangun siap-siapkan makanan, masak sayur, portionkan susu Syazwan dan kemas beg anak-anak. Skrg pukul 4.30pg baru bangun, terus tak tidur lagi. Sofea n Syameel makan mesti bersuap kalau tak memang lambat dan makan sikit lah. 

Kemas-kemas semua dah terus mandi dan solat Subuh. Ubby dapat tidur sekejap pun jadilah. Pukul 6 kejutkan anak-anak dan ubby yang mandikan diorang. Siap-siap semua, pukul 6.55pg terus keluar rumah.

Setiap hari macam tu. Masa untuk sahur jek. Orang lain boikot PARAM, tapi saya hari-hari PARAM.

Dugaan-dugaan lain pun datang bermacam cara, dengan tayar FORTE koyak dan botak, kena ganti 4 sekaligus. Kopak RM1k, baru berangan nak shopping baju raya....kena tangguh dulu. Last minit preparation lah jawabnya...

Baju raya anak-anak yang penting, kita yang dah tua ni tak kisah sangat....



p/s: fuh kanan fuh kiri....cepatlah hilangkan emosi yang stabil ni....kalau tak asyik sentap je mak!




Thursday, July 11, 2013

2 Ramadhan 1434

Alhamdulillah, semalam Syameel dapat puasa penuh. Nampak lebih bersabar sebab mungkin dah bertambah usia dah faham macam mana puasa tu. Hari ni pujuk untuk puasa lagi.

Semalam layankan dia n Sofea nak Slurpee. Buka makan nasi dagang saya suapkan dua-dua orang sekali, saya dan ubby makan nasi lemak sorang sebungkus dengan apam Malaysia sorang sebiji. Ada juga beli donut dan rebus mini sosej. Tambah dengan air ribena sejuk. Saya minum air kurma merah segera tu. Buat suam-suam.

Masak malam tadi dah pukul 10mlm, garam pulak lupa nak beli. Ubby pulak dah tidur sebab macam tak berapa nak larat. Nak tak nak terpaksalah jugak suh dia beli garam. Kalau tak, sama ada tak masak atau masak tanpa garam.

Menu sahur pagi ni kentang+suhun+carrot+telur tumis air. Sambal cili padi+ikan bilis dan ikan jaket goreng. Suapkan Sofea n Syameel bukan main berselera lagi. Saya cuma makan lauk dan minum ESP je pagi ni. Tak rasa nak makan nasi.

Syazwan pun sibuk bangun jugak. Aduhai...kalau bangun tu nak main-main sendiri takpe, ni dok la nak melekap ngan kita. Keje sikit jadi banyak....Haru-biru jugak la...

Perihal BF

Sekarang ni memang bekalkan fresh EBM 16oz  ke taska. Sehari dapat pam kat ofis paling banyak 12oz, paling sikit 10oz. Nak cukupkan demand, kat rumah akan tandem pam lagi 2 kali sampai cukup 16oz atau lebih.

Stok susu ada dalam 80oz++ awal minggu ni. Tapi, sampai hari ni dah curi 4oz sebanyak 2 kali nak cukupkan bekalan ke taska. Selalu turunkan 12oz, dan naikkan yang baru 8oz. Jadi walaupun curi stok, dapat jugak rotate stok baru. Pam pagi dan pp tgh hari selalunya dapat lah 4 oz, kalau nasib baik dapat lebih.. Petang meang akan dapat dalam 2 -3 oz je. Tapi saya pasrah je, malas nak stress sgt.

Dah dapat exclusive bf 6 bulan dah bersyukur sangat. Lagipun sekarang dah makan macam-macam, jadi kalau sehari campur sebotol ngan susu formula ok je. Badan sendiri nak kena jaga jugak, kang nak kejar semua yang dikendong berciciran pulak. Pada saya, selagi saya dapat kekalkan menyusu badan walaupun campur dengan susu formula dah sangat bersyukur. Saya masih pam 3-4 kali di ofis, balik pun pam jugak dan kalau cuti hujung minggu pun memang kerap bagi susu dan tandem pam lagi.





p/s: macam-macam dugaan bulan puasa ni, semoga saya dapat hadapi dengan sabar....

Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan kali ini...

Salam Ramadhan untuk semua yang singgah baca blog saya....

Sana sini tengok semua update pasal persiapan hari raya...Saya pulak, eh puasa belum lagi!!!

Lagipun mood raya belum mari. memandangkan raya ni bertembung dengan due date data kena keluar, memang lambat lah balik kampung. Bermalam raya di ofis dulu baru balik kampung. Lagi malas, balik kampung pagi raya. 

Terpikir nak hantar budak-budak balik kampung dulu buat meramaikan rumah mak ayah dulu. Syazwan, masih dalam pertimbangan...hehehe...berdua-duaan pulak karang kitorang laki bini. Lagi sayu kot..hahahaha..

Tahun ni Sofea tak sabar-sabar nak tunggu bulan Ramadhan, dia memang takde masalah bab-bab puasa ni. Tahun ni jugak kena latih Syameel belajar berpuasa. Tahun lepas berjaya puasa 2 hari penuh saja. Tahun ni harapnya dapat mengikut jejak langkah Sofea yang mula berpuasa penuh pada umur 5 tahun.

Sahur pagi tadi nampaknya ok saja bangun dan makan. Saya suapkan dua-dua sekali. Pukul 4.15pagi saya dah bangun. Masak bening sawi dan goreng ayam. Nasi dan sambal terung+ikan bilis dah siap masak waktu malam.

Lepas sahur, diorang tidur semula, saya pulak kena lah siapkan apa-apa yang patut. Dapat lelapkan mata dalam kereta masa nak ke ofis. Syukurlah ubby dapat hantar pergi kerja buat masa ni.

Semoga Ramadhan kali ini dapat saya manfaatkan dengan amal ibadat yang lebih baik dari tahun-tahun sudah.

Semoga Ramadhan kalian juga begitu. Amin...









p/s: Dapur lebih banyak berasap dalam bualn ni dari bulan-bulan yang lain. Chef pening nak fikir menu...=D






Monday, July 08, 2013

Result Exam

Keputusan peperiksaan KAFA Sofea. Alhamdulillah, walaupun dapat nombor 4, tapi peratus meningkat. Bab Sirah je lemah sikit. Masa periksa haritu saya berkursus, jadi ulangkaji versi ayah agak longgar sedikit. Heheheh... Lupa nak ambil gambar result akhir tahun lepas.

Berdebar-debar nak tengok keputusan anak. Sampai mimpi-mimpi....Rupanya si anak bertuah ni dah tahu keputusan dia, cuma nak bagi surprise kat ibu ayah dia, dia diamkan sampai hari ni...Bertuah betul! Sekolah pagi tak best sangat jumpa cikgu sebab bukan boleh tengok report card macam ni. Kali ni fight sikit sebab dah ada pembahagian kelas ikut keputusan peperiksaan tahun lepas. Alhamdulillah, Sofea di kelas pertama. =)

 



 p/s : Belajar pandai-pandai anak ibu, untuk masa depan kamu bukan untuk siapa-siapa. Bila jadi orang pandai pula, jangan suka cakap besar tapi habuk pun tara.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...