Monday, March 18, 2013

Weekend

Sabtu - Kebetulan Sofea ada sekolah ganti dan ada perjumpaan dengan guru di Smart Reader Kids, maka panjanglah langkah sampai ke IKEA.

Jalan dah tengah hari maka parking pun penuh, terpaksa parking di The Curve. Takde masalah, lagi panjang lah langkahnya kan...

Pertama-tama sekali cari tempat makan, pusing punya pusing akhirnya ke Chicken Rice Shop jugak. Tekak Jawa kalau tak jumpa nasi memang tak sah...hahaha...marahlah orang Jawa kang! Dah lepas isi perut barulah ada tenaga nak berjalan. Terus ke IKANO solat Zohor dan terus ke IKEA. Tak beli barang apa pun, cuma cari tempat nak letak baju anak bujang kecil ni dan terjumpa pulak meja belajar yang sesuai untuk Sofea. Memang tengah survey meja untuk Sofea buat homework, asyik lah buat kerja kat ruang tamu.

SNILLE Kerusi pelawat IKEAIKEA PS Almari pakaian yg kemas IKEALAIVA Meja IKEA

Beli 3 barang utama ni dan terambil beberapa barang-barang kecil...

Siap beli barang yang dicari, terus ke Chocolate Lounge...Minum petang sambil bersantai katanya....

  Hikmat tangan berbayang!!!
 







 Memang dah lama nak makan benda ni, dulu rasanya ada di One Utama. Tapi masa kami cari tu dah takde pulak atau kami yang tak jumpa.

Nyum, nyum! 

Anak-anak seronok, ibu lagi lahhhhh... 

 Saya dan ubby kongsi je....



 Sesambil tu bagi Syazwan rasa nikmat buah limau....berkedip2 mata tahan masam...padahal taklah masam sangat...



 

Sebelum balik, cuci mata tengok kereta Ford Focus dan Sofea main kamera ambil gambar sana-sini.



p/s : dah lama tak keluar jalan sehari suntuk macam ni. Tangan semua sengal-sengal, ada hati nak singgah Uptown segala, tapi nasib baik tak dapat parking. Adakah ni faktor2 penuaan???  huargghh...


Thursday, March 14, 2013

Perihal Susu Ibu

Dari petang semalam hasil perahan selalunya 4 ke 5 oz, tapi sentap sket sebab hasil jadi 2oz je. Perah dalam kereta on the way dari ofis ke taska anak-anak, dalam hujan ribut tapi ubby yang drive. Stress kah???

Pagi ni, pam pada waktu biasa juga hasilnya 2 setengah oz. Takpe, jam 11pg saya pam lagi dapat almost 4oz. Maka hari ni saya berazam untuk pam 2 jam sekali setiap sesi 20 minit. Tgh hari nanti nak buat 'pam berkuasa'

Saya redha dan tawakkal. Semoga susu untuk Syazwan cukup sehingga 2 tahun nanti...=)

Wednesday, March 13, 2013

It's 9 Years!

13.3.13

Bangun pagi-pagi, kemas beg Doraemon, jumpa satu kotak asing tak pernah nampak. OMG!!! dapat hadiah 
anniversary...HOORAYY!!! 


Oh, tak ada hadiah pun takpe, tapi dah belikan tu memanglah suka kan! Terima kasih ubby, sudah 9 tahun usia pernikahan ini. Semoga berkekalan hingga ke hujung nyawa. Terima kasih juga kerana menjadi pelengkap hidup ini. 

Tetiba tak pandai nak buat ayat...hahaha..

 Dengan rakus sopan hadiah dibuka...comeinya...comeinya!!!

 tak senonoh, baru lepas mandi tu, tak sabar2 nak cuba kan... menitik2 air ada kat tangan


p/s: harus lebih mithali lepas ni...=p. Jom candle lite dinner!

Monday, March 11, 2013

Akikah

 Nak cerita pasal akikah Syazwan, tapi sebelum tu...

JANGAN TIRU AKSI INI!!! (baca ala-ala Abg Aaron di Fear Factor)

Nak jimat masa kononnya. Masa ni kena drive sendiri gi kerja sebab ubby nak Work From Home katanya...Jadi, saya kena hantar anak-anak ke sekolah dan taska/tadika. Malam pulak Syazwan menyusu sebelah jek, maka cik B sebelah rasa berat je. Tak boleh jadi ni, lepas hantar Syameel di SRK, saya terus pasang pam dan drive ke ofis. Dapatlah sebotol 5oz , campur dua-dua belah....=)
 
 Seat belt pakai tau...kalau ada polis tinggal tarik ke dada je...

Pandu dengan berhati-hati...=)



AKIKAH MUHAMMAD SYAZWAN NASREE

Pengertian Akikah 
Menyembelih binatang ternakan yang dilakukan ketika mencukur rambut bayi yang lahir sebagai tanda kesyukuran kepada Allah
Hukumnya sunat muakkad dan wajib jika bernazar

Sebaik-Baik Akikah:
                                        2 ekor kambing untuk bayi lelaki
                    1 ekor kambing untuk bayi perempuan

Akikah afdal dilakukan pada hari ke 7 tapi boleh dikemudiankan asalkan belum baligh. Jika sudah baligh boleh melakukan akikah untuk diri sendiri

      Syarat-Syarat Akikah
  - niat akikah ketika menyembelih
  - menyembelih binatang ternakan yang halal dan tidak cacat
 - menyembelih binatang yang cukup umur
  -   memenuhi syarat-syarat sembelihan

          Daging Sembelihan Akikah
  - tidak wajib disedekahkan kepada fakir miskin
  - sunat dimasak manis dan dibuat jamuan
 - sunat tidak mematah-matahkan tulang akikah
-     mencukur rambut bayi selepas penyembelihan binatang akikah
 - dilakukan hari ke7 kelahiran bayi

     Hikmah Akikah
  -  tanda kesyukuran kepada Allah atas kurniaan zuriat
  - mengeratkan silaturahim di kalangan masyarakat
- mendekatkan bayi yang baru lahir dengan penghayatan Islam
- menghebahkan kepada anggota masyarakat tentang anugerah yang dikurniakan Allah


Alhamdulillah, rezeki anak-anak. Semua telah dapat di akikahkan masa bayi lagi. Semuanya juga menumpang Majlis Maulud Nabi yang setiap tahun di adakan bersebelahan halaman rumah saya sebab ayah saya orang kuat dalam Kumpulan Yassin kampung. Jadi 2 in 1, tak payah nak jemput2 orang lagi, memang ramai orang kampung dah hadir. Cuma tak buat bercukur je sebab rambut Syazwan memang sikit sangat.

 Kambing ni tunggu giliran..

 Atuk yang sembelih.

 Beramah mesra...ni lah kawan-kawan saya =)

 Selingan

 Gotong royong bermula
 Anak-anak dara/bujang seronok tolong basuh pinggan


 Makan tengah hari lepas siap gotong royong. Lauk ayam goreng dan sayur kampung

 Makan malam sebelum ceramah. Masa ni baru makan lauk akikah dan nasi beriani.


 Mak makan kat dapur je...SIL temankan.

 Berbaju Melayu Abang Syameel punya...=) Gigih maksu belikan walker murah nak suh Syazwan naik.

Atuk bagi ucapan aluan dan lepas tu ceramah pun bermula.


p/s: seronok duduk kat kampung. Ada gotong royong, masak ramai-ramai.... sehati-sejiwa je...=)

Friday, March 08, 2013

Majlis Anugerah Cemerlang

23 Februari 2013 - Ada sambutan Hari Anugerah Cemerlang di sekolah Sofea. Alhamdulillah, Sofea juga ada menerima sijil berdasarkan PBS(Penilaian Berasaskan Sekolah) masa Tahun Satu 2012. Maklumlah sekarang dah guna KSSR, jadi memang tiada nombor. Kami dah tengok fail peribadi Sofea, semua kertas ujian yang sekolah buat ada dalam fail tu. Alhamdulillah, keputusannya memberangsangkan. =D

 Budak baik dan comel....duk belakang diam-diam ok!

 Ucapan Perasmian

 Perasmian dengan pukulan gong

 Tu dia...semua nak bersih katanya...TAHNIAH my bushuk mashammm!

Syameel kata nak ambil hadiah macam kakak juga, jadi belajar rajin-rajin ye sayang....



p/s: Ya Allah, syukur ke hadratMu...jadikanlah anak-anakku, anak yang soleh & solehah, cerdik, cerdas dan cergas. Amin...

Wednesday, March 06, 2013

Next....Cuti-cuti PD

Perancangan di saat-saat akhir. Pergi masa hujung minggu lepas CNY. Cari bilik kosong pun last minit dapat. Satu malam pun jadilah. Alang-alang SIL dah turun KL. Jadi, check-in Jumaat 15 Feb dan out u go 16hb. Dan saya terpaksa cuti kecemasan kerana ada urusan keluarga...hehehe



 Jumaat pagi, siap2kan anak-anak dulu. Pastu bagi susu dan terus tidur!!!

 Sengaja pergi awal-awal. Jam 10pg dah sampai PD, lepas sarapan jalan-jalan tepi laut main air. Ikutkan anak-anak ni memang dah nak terjun ke laut

 Kakak dan abang - time tak gaduh sweet je twngok, time gaduh...malas nak layan
 Syameel manja ibu

 Sofea kawan gaduh ibu...but still manja jugak...



Lepas check-in, terus siap2 gi terjun kolam. Kebetulan cuaca tak berapa panas. Kali ni memang Syazwan pun rendam sekali...

Kononnya saya malas nak masuk kolam, jadi ayah dia je yang layankan...

Cucu Atuk J, ada sorang lagi tapi tidur masa ni...




Tuesday, March 05, 2013

Cuti-Cuti JB

Sambil menyelam minum air, yer adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang. hari kejadian adalah masa Hari Wilayah yang lepas. Gambar dah lama dalam kamera, baru semalam terajin nak transfer dalam ext.hd. Sebenarnya masa ni ikut ubby ada kerja di Pasir Gudang, anak-anak lama tak ke kolam katanya. Takde apa-apa aktiviti yang menarik, cuma makan-makan dan jalan-jalan ke Pasar Karat. 

 Enjoy, enjoy jugak...Solat jangan tinggal!

 Sepetang di kolam..Oh! saya dah ibu ber anak 3!

 Tak main lah kolam kecil, mesti nak ke kolam dalam...baru feel katanya... Ayah yang kena jadi lifeguard

 Seronoknya!! Mandilah sampai lebam!

  Ibu layan adik Syazwan jek la...nak rendam jugak tapi kesian masa ni dia selesema.


 Seronoknya mandi kolam, kan ibu???

Makanya,
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
...
.
.
.
.
.
.
.
Ni lah kolam Syazwan...




p/s: dah lama tak tdo kat hotel. Seronok tengok anak-anak gumbira!

Monday, March 04, 2013

Wednesday, February 20, 2013

Sudah 5 bulan!


Alhamdulillah...anak bertuah ni dah genap 5 bulan harini. Pagi tadi kene cucuk 3 serangkai dos ke 3. Menangis sekejap je sebab pastu terus suakan candu dia...hehehe

Berat dari 6.7kg bulan lepas naik 7.2kg. Alhamdulillah, masih fully bf. Kulit dia pun dah semakin ok. Cuma bahagian dada dan perut je masih on, off merah2nya.

Setakat ni tidur malam masih belum terganggu. Cuma gangguan dia nak menyusu tu ok lah kan... kalau meragam tu belum lagi. Harap-harap behave sampai besar.

SYAMEEL

Syameel sakit gigi lagi. Tadi nasib baik ubby boleh teman ke klinik. Boleh sorang satu bawa anak. Ubby bawa Syameel gi check gigi. Ni kali ke dua. Doktor kata gigi geraham dia masih awal lagi kalau nak cabut. Tapi disebabkan dah 2 kali sakit, doktor bagi antibiotik dulu untuk 5 hari dan minggu depan boleh datang untuk dicabut.

Kesianlah si abang ni. Dahlah badan kurus cekeding. Makan banyak tapi tak gemuk-gemuk. Ni lagi lah sakit gigi tak nak makan. Dah bagi amran lepas ni tak nak makan gula-gula/coklat lagi.




p/s: baru anak 3, kalau lagi ramai???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...