Tuesday, December 18, 2012

Perihal Ibu Tenusu

Syukur sangat-sangat sebab dibukakan pintu hati untuk menyusukan Syazwan sepenuhnya pada kali ni. Sofea dulu cuma sempat sebulan sahaja sebab masa tu cetek ilmu penyususan, awal-awal lagi dah campur FM. Syameel pula berjaya sehingga 8 bulan walaupun hujung-hujung tu memang dah campur susu FM.

Saya bukanlah orang yang mempunyai susu yang meriah setiap kali mengepam. Tapi walau dapat sedikit pun saya rasa amat-amat bersyukur. Pengalaman kali ini sangat berharga dan saya akan usahakan sedaya upaya saya dengan izin-Nya.

Sejak dari dalam pantang saya dah mula mengepam susu. Walau 1oz, saya kumpulkan untuk buat stok. Target saya sekurang2nya 3 oz sehari. Masa tu ada 2 bulan lagi sebelum naik kerja. Jadi nanti dapatlah saya kumpul sekurang-kurangnya 50 ke 60 botol x 3oz. 

Alhamdulillah sekarang satu sesi saya boleh dapat 4-5oz. Dapatlah bekalkan keperluan Syazwan esok hari dan buat rotation stok yang lama.Tapi saya selalu lebihkan susu disejukkan daripada dibekukan buat stok sebab saya takut tak dapat memenuhi target untuk esok.


 Depan dalam botol tu susu bulan Oktober...Ada dalam 20 x 3oz, belakang tu guna bekas dadih perahan bulan November dan botol kanan dan plastik tu bulan Disember.

 Close up sket

 EBM untuk bekalan Syazwan dan EBM kecemasan di sebelah kiri. Pum manual dan corong pum elektrik pun duk dalam ni jugak sebab malas nak basuh banyak kali.

 Beg hitam isi cooler box ke pejabat dan beg untuk bekalan Syazwan ke taska.


 Bekalan Syazwan

 Minggu pertama hantar Syazwan saya bekalkan 3oz setiap botol. Minggu ke dua Syazwan terkena jangkitan selesema dari ayahnya diikuti batuk dan demam. Pengasuh kata dia taknak minum sangat, jadi saya kurangkan 2-2.5oz setiap botol. Minggu ketiga ni saya isi semua 2.5oz. Dah 2 hari ni pengasuh tak kata tak cukup, jadi saya maintain dulu macam tu.

Buat masa ni jadual mengepam di pejabat 3 kali sehari, jam 10pg, 1.30tgh dan 4ptg. Kalau ubby hantar ke pejabat, petang jam 6 pun sempat pum dalam kereta lepas ambil Syazwan. Di rumah, saya akan tandem pum masa Syazwan menyusu dalam jam 9 lebih mlm atau 10mlm, kalau sempat jam 12mlm double pum dan jam 3 atau 4 sekali lagi double pum.


 Pam yang saya guna sekarang. Pam manual dari Syameel lagi. Dan dapat satu lagi pam manual dari adik ipar, so boleh rotate guna sebab part dia sama.

Semoga saya bejaya meneruskan perjalanan BF kali ini.AMIN....

Macam-macam Cerita!!!

Alhamdulillah, saya dah mula bekerja 10 Disember lepas. Minggu pertama masuk kerja memang rasa sangat lost. Minggu ni dah fokus sket, tapi ini belum mencabar lagi sebab sesi persekolahan belum bermula. Sofea dan Syameel pula sedang bersuka-ria di kampung.

Nak abadikan kenangan hadiah2 yang baby Syazwan dapat sepanjang saya berpantang. Duit sumbangan pula boleh beli seekor kambing...murah rezeki...=)

 Hadiah 1st batch

Hadiah 2nd batch


Ni budak bertuah yang keluar ikut tingkap...


Posing ngan Abang Syameel, masa ni Kakak Sofea kat kampung dengan Hana.


HARI KELUARGA BAHAGIAN

Ahad lepas, Bahagian saya buat Hari Keluarga. Buat dekat saja, di Wet World Hot Spring Pedas. Seronok sangat walaupun separuh kakitangan je yang dapat hadir. Syameel dan Sofea datang dari kampung. PIL bawakan, nasib baik diorang ok jek nak join.

 Awal pagi...

 Alololo...adik... Ni kes baru jumpa adik...

Sofea n Syameel masuk acara tiup belon sampai pecah..( sila telengkan kepala)

Acara bawa bola ping pong dalam sudu



Syameel dapat no satu tau...hahahah

Acara ibu dan anak, susun puzzle



 Yess!!!

 Acara berendam...dah takleh nak tunggu lagik..
 



 TQVm ibu dan bapa mertua ku sayang... Melayan cucu kecik ni sementara anak menantu bersukan





Monday, November 19, 2012

Diam tak diam esok genap 2 bulan usia Muhammad Syazwan Nasree. Cuti saya pula sudah menjangkau 70 hari. Ada 20 hari lagi sebelum memulakan tugas di pejabat seperti biasa.

Seronoknya menjadi suri rumah walaupun terkejar-kejar memasak, mengemas, membasuh sebab  si kecil ni kadang-kadang tidur tak nyenyak memandangkan kakak dan abangnya ada di rumah.

Syameel suka sangat cium si adik. Marah sangat kalau cakap adik dia tak comel. Kalau adik menangis, dia dulu yang akan datang pujuk....kelakar pun ada...

Sofea pula asyik nak minta dukung adik. Badan adik semangat, tak berani nak bagi Sofea pegang takut terlepas. Kadang-kadang bagi juga pangku sekejap nak puaskan hati dia. =)

Setakat hari ni masih tak meragam teruk. Malam pun nangis nak menyusu je. Lampin basah ke, buang air besar ke, tak jadi masalah utk Syazwan tidur lena.

Saya sedang dalam usaha untuk menyusukan Syazwan dengan susu ibu 100 peratus. Buat stok susu, curi2 bangun tengah malam sebab nak aim sehari sekurang-kiurangnya 3-5 oz. Sekarang ni stok terkumpul ada dalam 40++ x 3 oz. Masih ada 20 hari lagi, harapan saya semoga kali ni berjaya menyusukan anak sehingga setahun sekurang-kurangnya dan visi sehingga 2 tahun. =)


NIP - ponco pemberian Kakak 3. =)


Saturday, September 29, 2012

MUHAMMAD SYAZWAN NASREE



Alhamdulillah, saya dah selamat melahirkan anak ke 3 melalui pembedahan pada 20 September 2012. Bayi lelaki seberat 3.55kg. Overdue 6 hari dari tarikh jangkaan bersalin.

Saya dimasukkan ke wad pada 18 Sept kerana  selepas scan dilakukan, bayi saya dianggarkan seberat 3.9 - 4.1kg dan air ketuban sangat banyak. Masa tu dah overdue 4 hari. Doktor nak induce sebab kalau tunggu lagi takut bayi lagi besar. Saya pasrah je masa tu. Terus call ubby suh balik kampung sedangkan dia baru je balik KL petang semalam. Kesian, tapi saya dah risau dan seram sejuk bila doktor ada sebut pasal ceaser.

Saya mula bercuti pada 3 Sept. 5 hari guna cuti rehat dan start 10 Sept bermula cuti bersalin. Kononnya ambil seminggu awal sebab due date adalah pada 14hb. Sekali sampai 18hb pun tak bersalin lagi.

19 Sept, Rabu - Pagi-pagi lagi  doktor pakar dah datang ke katil buat pemeriksaan. Scan sekali lagi tengok bayi still anggaran yang sama. Masalahnya sekarang saya belum sakit. Hari yang sama juga 2 kali VE dilakukan untuk bantu bukaan jalan. Petang tu dah buka 3cm tapi kepala bayi masih tinggi (belum enggaged). Malam tu saya dah rasa kontraksi tapi sangat sekejap dan takde rasa sakit.

20 Sept, Khamis - Sekali lagi doktor pakar datang dan dia sendiri buat VE, adusss...kepala bayi masih bergerak2 tak dapat dicapai. Bimbangkan bayi berak dalam perut, doktor bagi 2 pilihan.

Pilihan pertama -  pecahkan air ketuban dan bersalin secara normal. Risikonya - tali pusat mungkin keluar dulu sebab kepala bayi tak menutupi laluan dan kalau terjadi bayi mungkin lemas dan terpaksa dilakukan emergency ceaser.

Pilihan kedua - terus puasa dan buat pembedahan pada petang tu juga. Risiko pada ibu seperti darah beku di kaki, komplikasi masa potongan dilakukan terkena pundi kencing atau rahim. Tapi bayi akan keluar dengan selamat.

Doktor pakar susruh panggil suami dan dia terangkan sekali lagi pada ubby siap lukis-lukis atas kertas lagi. Lepas bagi penerangan, doktor suruh kami berbincang. Masa tu saya memang dah sedih dah. Saya nak anak selamat, pada masa yang sama saya takut pembedahan dilakukan.

Lepas fikir masak-masak dan bincang dengan ubby, kami putuskan untuk buat pembedahan. Saya taknak merisikokan bayi yang saya kandungkan selama 40 minggu ++ ni semata-mata takutkan pembedahan. Saya terus disuruh berpuasa dan jam 12 tgh lagi, nurse dah siap cukur bulu roma perut saya, pakai tiub kencing, drip air dan salin uniform pembedahan. Waktu melawat tengah hari tu adalah paling sadis sekali. Ubby dan anak-anak, mak ayah saya, mak dan abah mertua datang. Saya minta maaf pada semua siap mengalir2 air mata. Jam 2.45ptg, katil sorong dah datang, ubby jek yang ada dengan saya sama-sama ikut sampai depan pintu dewan bedah.

Tuhan je yang tahu macam mana perasaan saya masa ni. Masuk je dalam, pindah lagi katil lain, baru sorong masuk ke dewan bedah. Dalam dewan bedah pindah lagi ke katil bedah, kena drip tangan sebelah lagi. Lepas tu, masa nak bius separuh badan di tulang belakang, sekali lagi rasa takut tu melanda.Nasib memang tak rasa sakit apa pun. Lepas tu barulah perjalanan mengeluarkan bayi bermula. Saya asyik la tanya dah keluar ke belum? Sampai lah dengar suara bayi menangis, doktor tengok saya di balik tabir dan bgtau Tahniah, kejap lagi nurse bawa baby, nak bersihkan dulu. Tak lama lepas tu nurse bawa baby dan tunjuk jantina. Alhamdulillah...lega anak cukup sifat. Nurse siap cakap nanti jumpa kat wad ye...

Dalam pukul 5 ptg baru saya disorong ke tempat pengawasan, tapi tak lama dalam 15 minit je. Lepas tu terus disorong ke wad. Semua dah tunggu saya, saya cuma boleh baring tanpa bantal sampai 8 jam. Tak boleh minum atau makan. Hausnya tekak Tuhan je yang tahu. Sofea dan Syameel suka dapat tengok adik, tapi diorang macam kesiankan saya yang terbaring je....sekejap-sekejap tengok saya.


21 Sept, Jumaat - Drip semua dah cabut, malam tadi dapat ubat tahan sakit 2 kali, dengan suntikan di lengan 3 kali untuk elakkan darah beku. Pagi-pagi lagi 2 orang nurse pelatih dah datang bersihkan badan saya. Salur kencing pun dah cabut. Jadi lepas ni kena ke bilik air sendiri. Doktor suruh bangun dan jalan-jalan. Jangan baring ataskatil je. Pertama kali trun katil,ubby yang bantu. Kebetulan dia masuk hantar barang. Jalan ke toilet rasa jauh gila sedangkan dekat je. Sakit toksah cakaplah..

22 Sept, Sabtu - Sakit lagi tapi tak seteruk semalam. Lepas doktor check tempat luka jahitan, buka plaster, doktor kata dah boleh balik sebab saya nampak ok. Seronoknya, sebab kat umah nanti ada orang bantu. Tengah hari dah discharge. Kugagahkan juga berjalan semata-mata nak balik cepat.

Nanti sambung lagi pengalaman berpantang...

Thursday, August 09, 2012

Alhamdulillah, dah masuk 10 malam akhir di bulan Ramadhan. Sedih jugak hati ni, ntah tahun depan dapat jumpa lagi Ramadhan ke tidak....

15 Ramadhan / 4 Ogos 2012 yang lepas, Geng Kakak buat makan-makan berbuka sama-sama. Tempat kat rumah Kakak 3 (pasni dah takleh panggil kakak, kena panggil makcik). Saya dari rumah sempat lah mencuba resepi Pavlova untuk dijadikan dessert, buat muffin kismis juga. Kakak 2 pulak bawak tembikai manis. Kakak 3 pula masak hidangan utama - nasi tomato, ayam masak merah, dalca dan acar darat. Sedap.... 

Dalam pada makan ramai-ramai tu teringat juga kat Kakak 1 yang jauh di Sungkai. Kalau dia ada lagi meriah. Nampaknya tahun depan Geng Kakak akan tukar jadi Geng Makcik&Pakcik sebab 2 memang dah berkeluarga, 2 lagi bakal melansungkan majlis hujung tahun ni.

Hidangan utama


Dessert

Kaum bapa, bakal bapa(kain pelikat) dan bakal suami(baju merah)...

Mak Yongs sibuk siapkan hidangan, masa ni dah buka dah. Kakak 2 tuangkan air.

Dari kiri - Ibu, bakal ibu dan bakal isteri

* Gambar goyang sebab tukang ambil tak basuh tangan, guna tangan kiri pastu gigil-gigil.

Selasa lepas, hantar Kakak 1 ke KL Sentral. Nak balik Sungkai naik ETS. Lepas kerja terus gerak ke KL. Sampai je memang dah dekat waktu berbuka. Kami berbuka di Lilies @ Sooka Central. Ada set buffet tapi kami order ala-carte je. Lepas solat maghrib baru ke KL Sentral, train jam 9.00 mlm jadi tak lah rushing sangat.

Sebelum waktu berbuka. Sofea sekarang kalau amik gambar kena ikut mood dia. Syameel pulak suka buat muka pelik-pelik...

Kakak 1 ngan Mak Yong. =)

Lauk dah ready....tunggu waktu je...

Kawan-kawan semua dah bayar zakat fitrah? jangan lambat-lambat sangat tau, takut terlupa pulak nanti. Semalam kami keluar makan di McD Nilai, sebelum tu singgah Giant dulu cuci mata. Dapatlah baju raya saya ngan Sofea sedondon anak beranak. Jubah yang sama pattern ibu dan anak. Jalan-jalan nampak kaunter zakat fitrah ada kat dalam Giant, terus lah ubby gi bayar takut terlupa. Alhamdulillah, dah selesai apa yang patut.

Sekarang ni tinggal nak beli baju Melayu ubby ngan Syameel dan baju t-shirt n jeans diorang. Saya sepasang pun jadilah. Misi bakal diteruskan Sabtu nanti...sebab petang tu ada Majlis Berbuka dengan kawan-kawan satu batch Palapes NAVY masa kat UiTM dulu.




Friday, August 03, 2012

Apa-apa saja..


Pejam celik dah sampai hari ke 14 berpuasa. Alhamdulillah, saya masih berpuasa penuh. Sofea pun sama. Bulan puasa ni, dapur saya lebih banyak berasap berbanding bulan tak puasa. Berkat bulan mulia ni, dapatlah ubby n Sofea makan makanan hasil air tangan saya. Walaupun sekadar telur goreng simbah kicap...=)

Persediaan berhari raya satu apapun tak buat lagi. Saya cuma tempah kuih 2 jenis untuk umah mak dan MIL, dan 2 jenis kek. Baju, kasut, semua pun tak beli lagi. Ntah bila nak shopping pun tak tau. Mood raya tak mari lagi agaknya. Tahun ni beraya umah PIL. Tapi yang tak bestnya SIL tak dapat balik pulak. Dia balik masa hujung minggu raya tu. tapi sempatlah jumpa sebab pastu dia cuti lama. Kalau saya terbersalin masa tu pun bagus jugak sebab ramai ada.

Semalam
Semalam filter buruk saya pecah. Dah lah air tak bersih. Selalunya kitorang akan ganti benda dalam tu tiap-tiap minggu walaupun sebenarnya baru pasang pun dah kotor. Saya guna yang jenis ni je dulu menggantikan filter hijau tu pecah jugak.


Dahlah saya memang tak suka kalau tadah air warna kuning macam tu, rasa tak bersih je buat mandi. Nasib baik lah air kat dapur untuk memasak memang guna Dr. Azimuth. Sebelum balik kerja tu, 4-5 orang jiran call cakap air bocor keluar dari main paip. Saya ingatkan  sikit jek, rupanya padanlah diorang call, memancut-mancut airnya. Panik jugak, nasib call buat aduan kat SYABAS, cepat jek ada orang datang betulkan. Buat sementara ni mandi dan air tangki memanglah air kuning tu.....

Tak boleh nak beli filter sekarang sebab nak beli baju raya semua. Bonus pun bonus jugak tapi dah ada cagarannya.

Ada macam-macam hal tapi malas nau nak menulis.

Monday, July 23, 2012

Ramadhan 1433 / 2012

Alhamdulillah...diberi peluang untuk melakukan ibadat puasa pada tahun ini. Tahun ni tahun ke 3 Sofea berpuasa, Syameel pulak saya cuba jek suruh dia berpuasa. Memanglah masih muda lagi, baru 4 tahun. Tapi tak salah kalau nak latih awal-awal kan.

Sahur hari petama saya masak ikan cencaru sambal dengan sayur bening jek. Anak-anak makan nasi berlaukkan ayam goreng dan kicap. Disebabkan saya yang suap diorang makan maka, sayur pun saya selitkan jugak. Ubby ke ofis hari tu, kena siapkan tender proposal. Saya lah yang melayan anak-anak kat rumah. Ubby balik pun dah lewat, maka dia lah yang singgah di Bazar Ramadhan beli apa yang patut. Menu berbuka haritu, nasi beriani daging untuk saya dan ubby, anak-anak pula makan nasi ayam.

Ada kejadian haru masa hari pertama Syameel berpuasa. Dia ni bukan jenis suka makan, jadi dia memang tak hairanlah pasal makan-makan ni. Sebelum zohor, saya masuk bilik air. Keluar jek tengok Syameel dah buka tudung saji pegang ayam goreng. Nasib baik dia tanya dulu, "Ibu, Syameel nak makan ayam ni."

Alamak!! terkejut saya. Pujuk dia baik-baik cakap Syameel kan puasa...mana boleh makan. Terus ajak basuh tangan. Dia ok jek, tapi petang dalam pukul 4 tu mulalah merengek nak makan ayam gorenglah, haus lah....Ayah dia tak balik lagi...Sabar jek melayan dia... Tu satu, lepas ayah dia balik, Syameel buka peti sejuk dan membebel-bebel sape habiskan air Yakult dia, saya ingat sampai situ je, rupanya dia dah ambil buah plum dan bawa ke depan. Nasib sempat gigit jek, ayah dia baru perasan. Berkejarlah kitorang suh dia keluarkan balik dan kumur mulut. Ishhh.....memang kesian tapi dah pukul 6 lebih, sayang sangat nak suh buka.

Akhirnya, berjaya jugak habiskan satu hari walaupun macam-macam ragam dia.

Hari kedua, bersahur dengan kari telur, timun dan anak-anak menu sama macam semalam. Sadisnya, masa nak panaskan lauk, gas habis! Baru cadang nak masak sayur kailan masak lemak. Tu yang potong timun je... Nasiblah ada microwave, kalau tak makan lauk sejuk lah pagi tu.

Hari ni Syameel dapat puasa dengan jayanya, cuma petang je masa gi Bazar tu dia nak beli macam-macam. Lepas tawaf dua kali, saya beli murtabak dengan akok, ubby beli mee bandung, Sofea pula beli roti bom dengan puding karamel. Sofea nak beli air asam boi, layankan jeklah...tekak orang puasa, budak pulak tu. Syameel kata nak makan sosej ibu masak cicah sos tomato dan mayonis. Ok, setel! Balik Bazar, beli gas dan sosej Syameel terus siapkan meja. 

Alhamdulilllah, dapatlah Syameel puasa 2 hari. =)

p/s: Cara didik ibu bapa lain-lain, mungkin orang kata saya menyeksa anak kecik, tapi kalau tak latih awal bila lagi nak lentur kan. Alhamduliilah Sofea mula puasa penuh seawal 5 tahun tanpa sebarang masalah.

Thursday, July 19, 2012

Sebulan dua je lagi...

 Lama tak update. Malas nak mengarang. Keje pun boleh tahan banyak. Balik umah dah nak malam. Lepas dinner badan sume dah letih. Ntah apa-apa kemas itu ini dah masuk tidur. Rasa takde masa berkualiti dengan anak-anak dan suami. 

Pagi-pagi dah ke ofis lagi, masa berlalu dengan pantas. Tidur malam tak lena sebab perut besar dan tak selesa. Kat ofis macam zombi sikit. Nasib sekarang ubby sentiasa mencari jalan supaya saya tak payah drive pergi keje. Dapatlah lelapkan mata on da way menghantar anak2 tu kan. Kadang-kadang tak perasan pun dah lepas dua perhentian (sekolah Sofea dan taska Syameel), tahu-tahu jek dah sampai kat lobi ofis.

 Barang-barang baby semua dah complete. Tinggal nak cari pum susu & aksesori dan bra menyusu je nanti. Kali ni InsyaAllah nak bagi susu ibu semaksima mungkin. Dari awal lagi dah tetapkan azam dan ubby pun sokong. Doakan saya berjaya.=). Raya ni memang tengah sarat benar, masa tu saya dah 36 minggu. Tapi kalau ikut sejarah 2 anak yang lepas, semuanya lahir 40 minggu ++. Cadangnya nak ambil cuti awal seminggu je dari tarikh jangka bersalin. Borang pun dah hantar, tinggal tunggu maklum balas je. Saya nak cuti 90 hari. Jadi, lepas raya saya akan naik kerja dalam 2 minggu lagi baru cuti terus.

Selalu baca blog ibu-ibu yang full BF sebagai pembakar semangat dan panduan. Masa pantang nanti kalau tak cukup barang boleh beli online je sekarang. Saya dah pesan mak awal-awal suruh kosongkan peti sejuk beku, jangan beli lauk banyak-banyak, sebab nanti nak simpan stok susu. Mak saya ok je. 

Boring sungguh entry ni, takde gambar-gambar nak upload sebab selalu ambil gambar guna hp ubby je. Kamera bawa tapi bateri asyik lupa nak caj.

Doakan perjalanan kehamilan saya kali ni berjalan lancar dan dipermudahkan semasa melalui proses melahirkan nanti..... 
 



Monday, July 02, 2012

Jalan-jalan, Kenduri-kendara

Minggu lepas (24/6/2012) kami ke Penang. Balik kerja terus bertolak ke sana. Berhenti berkali-kali, kul 3pagi baru sampai rumah SIL. Sempat lagi layan bola sebelum tidur.

Sabtu kami ke Sunway Carnival, melayan budak-budak nak main dalam kandang ni ha.... sebelum tu lunch dulu kat Kedai Bawah Pokok dekat dengan UiTM Seberang Prai. Kat situ memang wajib pergi sebab banyak lauk dan harga sangat berpatutan.

  Seronok diorang sampai 3 jam dalam tempat ni.

 Mak-mak tunggu kat luar je ye..

**********************************************


Khamis malam Jumaat (28/6/2012) pula saya ambil cuti pulang ke kampung. Mak nak buat kenduri doa selamat sebab dia sudah semakin sihat dan keputusan angiogram yang lepas takde apa-apa masalah. Jadi, alang-alang nak buat kenduri tu saya tumpang sekaki buat kenduri doa selamat memandangkan saya pun dah melepasi 7 bulan kandungan.

 Syameel follow Atuk..

 Juadah - Kari daging + Ikan masin + sayur campur + sambal belacan + timun + kuih muih orang bagi + buah belimbing dan tembikai susu.


 Bacaan doa selesai....orang kuat tengah angkat hidangan =)

***********************************************************************

 Jumaat - lepas kemas-kemas semua ke rumah PIL pula. Anak-anak saya jakun sket tengok motor aislrim dengan lagu ni...tengah tido sanggup bangun nak kejar orang ni...=)

 Layan kan yer ubby, beli MAGNUM ALMOND satu untuk mak yong!

******************************************************

Sabtu - ada jemputan Majlis Pertunangan di Muar. Majlis Kakak 1. Majlis jam 11.30 pagi. Kami sampai ngam-ngam 11 lebih tapi pihak lelaki lambat sikit sampai. Dalam jam 2.45ptg baru kami bertolak balik BBST.

 Kena kepit ngan Mak Yongs..


Ubby ada hal di KL, jadi alang-alang dah jejak Kl tu terus ke Mid Valley. Shopping barang baby terus.

 Macam ada pameran Mickey...Mickey di sana-sini kat tingkat atas ni...=)

********************************************************
Ahad - apa lagi, mendobi lah kerjanya. Panas pun cantik jer, terus basuh sekali baju-baju baby. Sampai tak muat ampai. Letihnya....Tuhan je yang tahu...tapi Alhamdulillah, dah selesai dilipat dan disusun. Beg jer belum ready nak letak dalam kereta.






p/s: semua barang dah ready tinggal nak bersalin je September ni. Sangat pantas...=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...