Friday, April 13, 2012

Angiogram

 
Alhamdulillah, Isnin lepas (9/4/2012) mak dijadualkan untuk buat prosedur angiogram. Punyalah takut mak, asyiklah cakap "mak takut lah dik" berulang kali.Saya hanya mampu tenangkan mak dan cerita yang baik-baik sahaja sedangkan saya pun takut jugak. Memanglah risikonya sangat rendah (1% sahaja) tapi mungkin kita adalah tergolong dalam peratusan tu, hanya Allah je yang tahu.

Awal pagi kami dah bergerak ke Hospital Serdang. Mak kena berpuasa mulai Ahad malam.Sampai di hospital mak ke wad harian untuk menyalin pakaian dan bersedia sebelum dipanggil ke makmal untuk membuat prosedur tersebut.

 Sebelum: Nampak cam relax, tapi dalam hati cuak! =)

Dalam jam 9.30pagi, nurse datang dan menyorong mak menggunakan kerusi roda dari wad ke makmal. Saya dan ayah hanya menunggu di tempat menunggu di luar makmal. Berdebar-debar, sekejap-sekejap pintu makmal terbuka. seorang demi seorang yang terdahulu dipanggil disorong keluar. Ada yang guna kerusi roda, ada yang guna katil. Saya dapat agak mesti yang guna katil tu, prosedur dilakukan melalui kaki.

Lebih kurang jam 10.35 pagi, mak keluar dari makmal masa tu saya menghadap ke tempat lain, ayah yang tengok mak keluar tapi ayah boleh tak cam sebab mak pakai topi macam shower cap warna biru tuh. Sampai mak panggil ayah 2 kali baru ayah perasan tu isteri dia. Kelakar betul. Lega gila tengok mak senyum-senyum jek masa keluar tu. Mak kata tak sakit, sakit sikit jek masa cucuk jarum kat tangan tuh. Syukur...Alhamdulillah...

Oleh sebab mak buat melalui tangan, maka waktu rehat hanya 3 jam sahaja. Kalau melalui urat kaki, kena rehat 6 jam dan kaki tak boleh dibengkokkan. Mungkin masa di hospital ubat bius masih berkesan lagi, mak kata tak berapa sakit pun. Bila balik rumah tengah hari tu, mak kata ada rasa sengal dan bisa kat tangan dia. Nurse pesan boleh makan Panadol cuma jangan makan ubat cair darah sahaja sebab taknak berlaku pendarahan kat tempat cucuk tu. Mak pun tak dibenarkan buat kerja berat guna tangan tu sekurang-kurangnya 3 hari.

Selepas: Oklah tu boleh senyum dan borak semua. Lega hati saya!!

Nasib baik saya mohon cuti 2 hari dan Rabu pula cuti umum. Dapatlah mak berehat kat rumah saya sambil saya yang uruskan masak-memasak semua. Ayah nak balik kampung awal tapi saya tak benarkan sampai tempoh 3 hari habis. Saya risau dah balik rumah kampung nanti, mak terlupa dan guna tangan tu untuk buat kerja rumah. Jadi nak taknak ayah terpaksa akur dan Khamis pagi baru diorang balik ke kampung. Masa tu mak dah lebih sihat dan sakit tangan tu pun dah berkurangan.

Semoga Allah berikan mak kesihatan yang baik sepanjang hidupnya. So, sekarang mak hanya sambung ubat yang boleh diambil dari Hospital Segamat dan tak perlu lagi ke Hospital Serdang sebab keputusan angiogram tu - tiada saluran darah yang tersumbat. Semuanya bersih sahaja.
Mak cuma akan sambung ubat darah tinggi ( bp masih terkawal), kolestrol dan kencing manis (paling tinggi bacaan lepas berpuasa hanya 8.9) serta satu jenis ubat jantung sahaja.

Syukur....Alhamdulillah!


Monday, March 26, 2012

Kali ke 3

Tahun ni umur saya bakal mencecah angka 30. Dan Januari lepas saya dapat tahu saya mengandung. Alhamdulillah, walau tidak dirancang dalam waktu terdekat ini, saya percaya ini adalah rezeki dari Allah untuk kami sekeluarga.

Trimester pertama dah berlalu dengan loya, muntah, perut kembung, malas, tak larat, malam jek bateri dah kosong....

Trimester Kedua baru bermula. Kadang-kadang ok, kadang-kadang boleh sakit kepala sehari suntuk. Makan dah ok sekarang. Cuma sarapan jek kadang-kadang main telan jek tanpa nafsu. Janji ada makanan masuk dalam perut waktu pagi.

Dah buat buku pink, dan dah lepas checkup 2 kali. Air gula pun dah minum. Semua berjaya tanpa gagal. Setakat ni takde merah lagi dalam buku pink saya. Bacaan Hb pun dalam 13 mcm tu. Berat masih terkawal. Nurse dah siap pesan, boleh naik 2kg je ye puan setiap bulan.

InsyaAllah, bulan depan baru nak pergi scan tengok nampak ke tidak jantinanya.Saya tak kisah, janji si kecil ni lahir sihat, sempurna fizikal dan mental. 

Doakan saya harungi alam kehamilan kali ini dengan tabahnya...=)

Monday, March 05, 2012

Weekend

Sofea sekolah Sabtu lepas. Sekolah ganti bagi Cuti CNY yang lepas. Sekolah buat Program Hari Kantin Sekolah masa ni. Ibu bapa pun digalakkan hadir selain membeli kupon bagi menggantikan tunai untuk membeli barang-barang. Macam-macam ada, nasi lemak, roti sosej, keropok lekor, nugget, buah potong, air macam-macam kaler, ais krim, dan cenderamata sekolah.
  Sofea dengan kawan dia.

 Ibu Sofea yang asyik lah tukar kupon sebab macam-macam nak beli...=)

 Pengeluar dana....Kopak RM25 beli makanan..=)

Sempatlah balutkan meja untuk kelas Sofea. Dapat dalam 12 meja sahaja. Dah penat n pening-pening. Pukul 12.00 tgh dah balik. Balik pun tak terus ke rumah. teringin pulak nak makan karipap IKEA. So, gamble jek terus ke IKEA dengan Sofea berbaju sukan sekolah. Memang jalan-jalan cari pasal sungguh. Masuk Toys 'R' Us ternampak roller blade kanak-kanak siap padding dan helmet. Rm219.00. Tapi helmet dia macam besar. Beberapa kali gak pikir nak beli ke tak untuk Syameel ni. Tapi macam ishhh tak beli nanti mesti macam menyesal pulak. Elok-elok nak beli satu benda tu, pergi dekat tempat helmet untuk cari helmet Syameel, ubby dan Sofea pun sibuk cuba helmet diorang....Jadilah berbarang-barang dibeli...=)

Boys Adjustable Skate Combo (Age: 4- up;)

Malam Sabtu hujan turun dengan lebatnya, maka tak dapatlah Syameel nak rasmikan. Cuma pakai dalam rumah jek, main atas karpet nak bagi dia sesuaikan kaki dia.

Ahad petang, terus ke Dataran Nilai. Masing-masing nak cuba barang baru...Ibu jek lah tengok je sambil ambil gambar...

Anak beranak in action!


Syameel tak jatuh pun...cuma takdelah sliding sangat. Lebih macam jalan sambil biasakan diri.

Seronok tengok diorang....Saya kena bersara sementara dalam setahun ke..agagagaga!





p/s : Sudah mula ke trimester ke dua, tapi loya ni masih tak hilang-hilang lagi. Malam masih letih dan tak berdaya.Rasa macam menyusahkan orang lain jek...=(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...