Tuesday, April 12, 2011

F1 2011

Bermula dengan tengok Demo F1 di Presint 2 awal bulan haritu, dapat tiket free.Ofismate( En. Hafiz) dapat 2 keping untuk entrance hari Ahad. Dah seronok2 ni tak check pun, ingatkan sama lah dapat 2 keping hari Ahad, sekeping hari Sabtu. Sebab ubby beratur dapat 2 tiket, satu Sabtu, satu Ahad. Mana match nak gi laki bini. Saya pun beratur letak no IC ayah saya dapat satu tiket. Tengok tarikh yang sebelah depan, tak tengok yang belakang.

Sampai hari kejadian baru tengok tiket adalah sebenarnya adalah 2 keping untuk entrance hari Sabtu dan sekeping hari Ahad. Terpaksalah beli lagi satu sebab tiket ada tiga jek. Kalau tahu dah ada 2  tiket untuk Sabtu, boleh jek pegi hari Sabtu....

Dan yang paling sadis, on da way kalut-kalut banyak kete nak masuk parking , ada satu trem ni nak masuk simpang manakala Forte suciku itu statik sebab depan ada kereta. Ntah macam mana trem tu belok dengan rapatnya lalu menyagat bumper Forte suciku.....Nak ikutkan tempat kami beratur belakang kereta lain takdelah menghalang laluan trem tersebut. Banyak polis trafik yang nampak, tapi diorang suh ketepi dan trem tu blah macam tu saja. Polis trafik tu suruh buat report nanti.




Masa dah habis perlumbaan, barulah kitorang pergi ke trem dan teliti satu persatu trem mana yang pecah lampu sebab menyagat bumper kereta tadi. Dapatlah jumpa dan pemandu dia buat macam blur-blur pulak. Dia siap tanya encik nak berapa. Macam mana nak nilai saya pun tak tahu berapa nak nilai.Last-last dia kata, sekejap lagi kita jumpa kat kawasan yang ada banyak trem tak jauh dari sini. Saya akan tunggu dengan penyelia saya.

Tapi dia tak tahu berapa jauh kitorang kena pusing sebab semua jalan dah jadi jalan sehala. Masa jumpa pakcik pemandu tu dalam jam 6.30ptg, kami sampai tempat yang dimaksudkan dah dekat 7.30mlm dah. Ubby dah give up, tapi saya kata kalau lambat2 buat report diorang tak layan buat rugi jek. At least kita dah usaha nak jumpa orang yang bertanggungjawab. Bukan salah kita.
Sampai tempat tu, cari pemandu tadi dah takde. Kami pun pergi lah kat sekumpulan lelaki yang duduk kat situ dan tanya. Memang pemandu tadi ada tunggu kitorang tapi sebab lambat, dia ingat kitorang tak datang. Dan diorang pun bagi nombor telefon penyelia trem tu. Dapat call  tapi dia kata dia perlu uruskan dengan pihak yang bagi sewa sebab pemandu semua adalah di bawah pihak yang memberi sewa. Penyelia tersebut kata akan call ubby pagi esok (Isnin). Sampai ke petang Isnin tak call pulak dan ubby ada sms suruh call semula sebab nak settlekan hal ni cepat.

 wajah-wajah ceria walaupun bumper dah calar!

 
 mula-mula, pasang tempat teduh dulu...
 
 dah siap!

  Seronoknya main...tempat lapang...
 

Penonton adalah sangat ramai....tapi lepas tu tinggalkan sampah sarap...
 
 Bunyi punya lah kuat, tapi budak 2 orang ni boleh membuta...

 Ok, nak balik dah. Nak kenalkan....yang join adalah kakak 1 dan En. Hafiz. Dua-dua sama bahagian....En. Hafiz pegi sorang sebab isteri dia taknak ikut, jadi tiket satu lagi bagi pada kakak 1.

 Hoorayyyy!!! tak panas pun cuaca...
 

Friday, April 08, 2011

Muhasabah diri


Tarikh:     8 April 2011(Jumaat)

Kategori: Hadith

Tajuk:   Panduan Bagi Orang Yang Diuji

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Selamat pagi………………….. senyum selalu………

Semoga Allah mempermudahkan perjalanan hamba-hambanya ini di dalam pencarian
rezeki dengan keredhaaNya jua..........Amin


       Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

       “Tidak ada keberanian yang paling disukai oleh Allah S.W.T selain
dari keberanian hamba menahan kemarahan. Tidaklah seorang hamba itu menahan
kemarahannya melainkan Allah S.W.T. akan mengisi dadanya dengan keimanan.”
                                                                             
Riwayat Ibn Abi Dunya

Intisari:

i) Menahan perasaan marah, memaafkan kesalahan orang lain dan berlaku ihsan
adalah antara sifat yang mesti dipupuk dalam diri setiap manusia kerana ia
boleh menambahkan keimanan.

ii)        Marah umumnya menunjukkan sifat seorang yang lemah kerana gagal
mengawal emosinya sendiri. Ia merupakan tabiat yang sukar dihapuskan.
Apabila marah, kedua mata menjadi merah, urat leher pula kelihatan timbul.
Oleh itu Rasulullah s.a.w mengatakan bahawa kemarahan itu adalah bara api di
dalam hati anak Adam dan ia datangnya daripada syaitan yang dijadikan
daripada api di mana api hanya dapat dipadamkan dengan air. Maka Rasulullah
s.a.w menasihatkan apabila marah, hendaklah seseorang itu berwudhuk
(mengambil air sembahyang).

iii) Imam al-Ghazali pula berkata:” Kemarahan manusia itu
bermacam-macam-macam. Setengahnya cepat marah tetapi cepat tenang.
Setengahnya pula lambat marah dan lambat pula tenang dan setengah yang lain
pula, lambat marah tetapi cepat tenang. Maka yang ketiga inilah yang paling
terpuji.”

iv)       Tidak semua kemarahan itu dilarang oleh Islam. Marah perlu ada
terhadap  perkara yang tidak disukai yang menyalahi kebenaran sebagaimana
yang diajarkan oleh agama atau perkara yang terang-terang dilarang agama di
mana kita dilarang mendiamkan diri jika kehormatan peribadi dan agama
dihinakan.



Glosari
 i. Marah:  Ghadabun (Bahasa Arab)
 ii. Marah: Angry (Bahasa Inggeris)

p/s : Kita semua suka melampiaskan kemarahan. Jadi marilah kita sama-sama mengawal emosi kita supaya iman kita terjaga.

Thursday, April 07, 2011

Hari ni baru masuk ofis. 3 hari berkursus di HQ dan pagi tadi AGM Puspanita. Tengah tuned otak untuk buat keje. Bos kakak dah panggil nak diskas-diskas. Diskas keje yang dia suh saya buat, tapi dia dah buat..... Konon-konon kul 3pm, tengok2 takde pun dia kat tempat. Kul 4.15ptg baru nampak muka. Saya dah pening-pening lalat ditambah dengan aura kemalasan. Saya pun cakap kat dia, esok pagilah.....fresh sket....

So, now saya bermaharajalela membaca blog dan aktiviti membuang masa yang sewaktu dengannya.....

Harap-harap ubby boleh balik awal harini......saya rasa mengantuk sekarang....



p/s: kalau kita tak berapa suka dengan orang, kita mesti akan cipta alasan untuk jauhkan diri dari orang tersebut kan,kan,kan....

Monday, April 04, 2011

TASKA oh TASKA

Sofea mula ke taska sejak umur setahun. Taska pertama adalah Taska Haifa Nasuha (2007) di Taman Desa Saujana di Sungai Merab. Bertahan selama lebih kurang setahun kerana kami berpindah ke rumah kuaters di Presint 14 dan sejak itu, Sofea di tempatkan di Taska Si Comel, MOA(2009). Tak lama di taska tersebut kerana ada yang tak berkenan di mata saya dan Sofea di hantar ke Taska di bangunan KBS.(2009) Taska di sini sangat bagus dengan tempat yang selesa dan aktiviti yang padat. Syameel juga ditempatkan di taska ini selepas tempoh saya berpantang. Pada masa ini kami sudah mula tinggal di BBST, rumah sekarang.

Murah rezeki saya, dinaikkan pangkat pada 2010 dan terpaksa pulang ke HQ. Dan pada masa itu taska di KBS mengalami masalah di antara pengurus dan pekerja sehinggakan pernah ada mogok oleh pekerja-pekerja. Mereka sepakat tidak datang kerja dan anak-anak dibiarkan tanpa guru taska. Nasib ada ibu bapa kanak-kanak lain yang ada no saya. Masa tu saya dah bertugas di tempat baru di Wisma Minlon.

Oleh kerana masalah tersebut, maka saya mencari taska yang berdekatan dengan perjalanan saya ke ofis. Dan bermulalah episod di taska baru. Taska ke 4 bagi Sofea dan ke 2 bagi Syameel. Di sini anak-anak saya dijaga dengan baik. Jika ada yang saya tak berkenan sya berterus terang dengan pengurus taska dan sentiasa mempunyai komunikasi dengan guru yang menjaga anak-anak saya.

Hari ini, guru yang saya senangi mengurus dan menjaga anak saya berhenti kerja secara tiba-tiba. Saya minta penjelasan daripada pengurus taska dan jawabnya dia buat yang terbaik untuk taska jagaannya. Saya tak puas hati tanya pula pada guru berkenaan. Dan jawapannya; pengurus taska sudah tidak mempercayainya lagi. 

Saya dah dengar jawapan dari kedua-dua belah pihak. Dan hati saya sekali lagi tidak senang. Sebelum ni jika ada yang saya tidak berkenan saya telan saja kerana guru yang berhenti ini amat peka dengan penjagaan anak-anak saya. 

Tapi bila jadi macam ni, perasaan saya jadi tak selesa dan saya amat cenderung untuk mencari tempat lain. Dan saya menemui tempat ini. Walaupun sudah pasti akan membayar lebih, tapi nampaknya macam taska ini luas dan bersih. Apapun, saya akak ke sana dulu buat site visit barulah keputusan akan dibuat.

Saya yakin semua ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak-anak walaupun perlu membayar lebih. Wang boleh dicari tapi keselesaan dan keselamatan anak-anak paling penting.




Saturday, April 02, 2011

Muhammad Syameel Nuqman


Happy 3rd birthday to my adorable son. Ibu,ayah dan kakak Sofea sayang Syameel banyak sangat. Semoga menjadi anak yang soleh.

Thursday, March 31, 2011

Gigi Sofea lagi...

Sebelum ni saya pernah buat entry gigi Sofea. Dan pagi ni tengok dalam mulut dia, ada lagi gigi tumbuh sebelah gigi belakang tu. Maknanya, Sofea kena cabut sekali lagi gigi depan yang masih sihat untuk bagi ruang gigi belakang ambil alih takhta. 

"Takkan asyik nak cabut gigi jek..."

Ubby merungut. Abis tuh, takkan nak biar jek gigi tu tumbuh berlapis kan....

Jadi, esok kalau takde aral, minta tolong ubby bawa anak ke Klinik gigi untuk cabut ya....Saya dah banyak sangat time-off bulan ni....

Wednesday, March 30, 2011

EL dan Kliniks

Semalam saya EL.

Saya dah terasa benjolan di leher Syameel sejak minggu lepas. Tapi saya biarkan saja dan monitor pembesarannya setiap hari. Balik kampung haritu tanya2 mak2 dan ayah2. Suh cepat gi klinik check kenapa. Saya rasa benjolan tu disebabkan kudis di kepala dia yang baru sembuh sepenuhnya minggu lepas. Saya tahu memang biasanya kanak-kanak akan ada kalenjar yang bengkak jika terdapat jangkitan pada kulit atau sebagainya. Tapi yang ni lain benar saiznya.

So, semalam saya ke KK Putrajaya. Jam 8 pagi dah duduk kat kerusi untuk daftar. Jumpa doktor dalam jam 9.30pg. Doktor suruh tunggu dalam 7 - 10 hari lagi. Dia pun menyatakan hal yang sama pada saya iaitu kelenjar tu disebabkan oleh kudis yang baru sembuh di kepala Syameel. Kalau lepas ni tak susut juga, dia akan refer ke Pakar di Hospital. Lagipun Syameel takde menunjukkan tanda-tanda taknak makan, atau muntah2 atau cirit-birit....semuanya normal dan dia aktif seperti biasa.

Balik dari KK Putrajaya, saya terus ke Kajang. Pergi Klinik Pakar ENT pula. Saya ni rajin servis telinga anak2 dan suami. Siap beli pengorek telinga yang ada lampu lagi. Sebelum ni Sofea memang pernah mengalami masalah yang sama - tahi telinga pekat dan block di sekitar ruang telinga. 

Masa Sofea dulu saya pakai Cerumol, dan titikkan selama 3 hari. Alhamdulillah, berjaya keluar tahi telinga tu. Syameel ni pulak saya guna cara yang sama tapi masih belum boleh capai tahi telinga tu. Saya jadi risau, selalu jugak panggil Syameel bisik2 nak tengok dia dengar ke tidak. Alhamdulillah masih dengar. 

Sampai di Klinik Pakar ENT, tak ramai orang. Jadi cepat lah jumpa doktor. Doktor Esa nama beliau, sangat baik. Lepas cerita semua pada doktor, doktor terus masukkan kamera dalam telinga Syameel. Memang nampak jelas dan tahi telinga tu taklah sampai block saluran telinga. Dua-dua belah pulak tu. Doktor sampai perli saya, rajin betul mak awak ni check telinga sampai nampak tahi telinga yang block tu. Saya kata sebab dah ada history kakak dia sebelum ni.

Doktor cuba nak sedut keluar tapi tak berjaya. Syameel pulak memang dah biasa saya check telinga dia, maka dia pun behave jek la. Doktor sampai puji-puji lagi bagus budak ni. Tak bergerak pun  atas pangkuan saya cuma jerit sakit je bila mungkin terkena kat dinding telinga dia. 

Akhirnya doktor taknak buat Syameel takut, dia kata cuba titikkan lagi Cerumol selama seminggu. Pastu baru datang lagi tengok macam mana. Syameel dapat gula-gula 2 biji. Seronok dah tu, lupa terus sakit tadi. Kena RM10 jek sebab tak ambil ubat dan buat apa-apa.

Balik tu terus tapau McD, amik Sofea dari taska dan terus balik umah. Sampai umah, semua pakat tdo sampai petang.....Dapatlah saya vacum umah dan lipat kain melambak 2 bakul.


p/s ; nama jek cuti, tapi tak dapat rehat pun.....letih...nak cuti panjang!!

Sunday, March 27, 2011

Balik kampung

Weekend kali ni pulang ke kampung. Ada sambutan Maulidur Rasul peringkat Kumpulan Yasin area umah mak ni. Sumbangan 2 ekor kambing. Majlis pada Sabtu malam Ahad. Saya balik lepas keje, Jumaat malam Sabtu. Plan asal tdo umah PIL dulu baru umah mak saya.

On da way, mak call tanya tdo mana. Bagitau la tdo umah PIL dulu. Pastu mak kata esok pepagi datang cepat sket. Abis kalau sampai umah PIL pun dah kul 11.30 malam, takkan nak cabut pepagi kan....suka lah buat saya rasa serba salah.

Last-last, kekal plan asal. Dalam kul 3ptg hari Sabtu baru saya balik umah mak. Ada ramai orang rewang. Bak kata ubby, kalau saya takde pun bukan takleh jalan majlis....

Keje ofis banyak. Rasa nak nangis pun ada. Risau  selagi belum keluar publication ni.....

Thursday, March 24, 2011

Botol Susu

Semalam lepas balik keje terus singgah Alamanda. Alang-alang dah lambat dan Sofea pun tak sempat nak ke kelas KUMON sebab dah lewat benar. Memang cadang nak beli botol susu BPA free untuk Syameel dan lupuskan yang mana ada sebab dah lama. Lagipun Sofea dah tak minum botol lagi. Dah lama jugak pakai botol-botol lama tu, sebab saya selalu kelaskan mana nak guna untuk gi jalan, mana nak guna di rumah. Dan saya keluarkan secara berperingkat.

Legalah sikit rak botol susu, dan sekarang takleh culas mencuci botol lagi. Selalu longgok je banyak2 baru basuh. Sekarang dah tak banyak, kena lah lepas minum terus basuh kan....
Sofea tanya, "Ni botol baru siapa ibu?"

Saya jawab, "Ni Sofea ngan Syameel punya lah. Tapi Sofea nak hisap susu guna botol susu lagi ke?"

Dia diam jek. Macam malu nak jawab. 

"Takperlah kalau sesekali nak hisap botol susu, Sofea gunalah. Kalau tak asik Syameel je lah yang guna." saya terangkan pada dia.

Sebenarnya nak jugak tuh, tapi dia malu nak jawab. Garang kan ibu dia...hehehhe....tapi taklah sekejam sampai tak bagi anak minum dalam botol. Memanglah dah besar...tapi kalau dah teringin sangat tu, ibu bagi jugak ler....

 Botol susu yang ada - Sofea+Syameel. Semua dah selamat masuk tong sampah.


Ganti dengan ini. Dari kiri untuk jalan-jalan dan seterusnya 2 lagi untuk pakai di rumah dan di taska. Brand Baby Kiko.

Petang esok nak balik kampung. Jadi malam ni macam-macam keje lah menanti saya. Nak lipat baju, kemas beg...ingat nak sental bilik air sekali....tak suka tinggalkan umah sepah-sepah. Harap takdelah plan tergempar malam ni ke mana-mana.

Syameel dah beberapa malam asyik bocor jek pampers dia. Walhal taklah penuh sangat. Dia memang dah tak pakai pampers siang hari. Tapi kadang-kadang terkucil jugak kat taska. Saya selalu bekalkan baju lebih sebab takut terkucil tuh la....

Pukul 4pagi tukar, kul 6pg bangun basah seluar baju dan tentunya katil saya juga. Nasiblah saya dah alaskan toto sebab taknak kena kat tilam walaupun dah ada mattress protector. Selalunya tengah malam dia akan lari tidur bilik saya menyelit. Jadi dah beberapa malam ni saya asyik lap jek toto tuh. Kali ni nak kena hantar dobi jugak nampaknya toto tu sebab was-was pulak...bersih ke aku lap2 jek ni.

Saya syak dia tak sesuai lagi pakai pampers saiz L tuh. Next beli pampers nak beli XL pulak. Pakai malam je pun. Dah jimat dah sekarang ni.....

Lari tajuk pulak entry ni, tapi alang-alang dah tulis tu kan...

p/s: Sofea & Syameel minum susu ILHAM sekarang. Alhamdulillah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...