Ni bukan dalam hati ada taman tau...ni dalam hati mendongkol....semalam dah call semula company tu mintak batalkan kad tu. Dahlah dah siap charge dalam credit card, pantas betul diorang nih. Tak peduli lah cemana pun nak batalkan jugak sebab dalam hati ni memang rasa semacam jek.
Semalam petang Orang tuh cakap dah buat cancellation. Tapi pagi ni call nak tahu cemana dengan amaun yang dah charge tu, dia tengah meeting pulak. Tuhla....next time kena hati cekal sket. Letak jek telefon kalau dapat call-call yang seumpama tu.
So, kawan-kawan beringatlah. Jangan jadi macam saya. Sekarang menyusah diri pulak.
update 3.04pm : Baru call company tu, kata dah cancel charge pada card credit. Kalau tak hari ni esok clear lah pada credit card. Takpe, saya tunggu dan lihat....
Wednesday, March 23, 2011
Tuesday, March 22, 2011
Panazzzzzzz
Minah 'nongkrong' ni kadang-kadang memang membakar hati dan perasaan aku tau! Boleh pulak dia kata kat Kakak 2 yang aku buat keje senyap-senyap pastu simpan sendiri....Habis tuh, buatpe aku share fail dengan dia? Mangkuk hayun sungguh! Ni yang buat aku hangin dengan dia nih!!! Kalau tak tau aku buat pe, buat pe ngaku2 depan Bos 'kami' sedang buat ini...ini... hallo....kami itu adalah aku tau! Kau tau buatpe kat ceruk tu pun aku tak tau! Kerja print paper jek...
Ya Tuhanku sabarkan lah hatiku ini....jangan sampai aku buat drama pulak kat bahagian ni....
Dan baru sebentar tadi menerima panggilan dari Service Card Centre Prestige Platinum Vacation (M) Sdn. Bhd yang menawarkan Prestige Platinum VIP Card dengan Voucher dan macam2 lah kelebihan jika memiliki kad ini. Dan saya tidak dapat cara untuk mengatakan tidak ( di mana selepas itu call ubby dan ubby kata nape tak letak jek telefon) dan bersetuju untuk menerima kad itu dan tebanglah RM599 bagi mengaktifkan kad tersebut.
Walaupun RM599 tapi amat besar nilainya bagi saya buat masa ini, walaupun dengan memotongnya dari kredit kad tapi masih kena bayar juga. Ubby ampunkan daku kerana tak pandai nak menghandle perkara ini. Walaupun kakak 1 dan kakak 2 sudah berkali-kali melambaikan tangannya mengatakan tidak. Tapi saya rasa kurang ajar untuk mematikan talian begitu sahaja.
Jadi untuk menyedapkan hati saya yang gundah gulana ini saya anggapkan ianya adalah sesuatu yang positif. Oleh kerana kad ini percuma seumur hidup mungkin nanti akan ada gunanya. manalah tahu nak makan angin ke obersee ke, nak gi umrah ke, ubby nak kena travel gi Switzerland ke...kan ubby kan....
p/s : kenapa lah semua benda ni nak jadi masa ni????
Cerita di suatu pagi
Sejak makan JRD ni celik lah jugak mata saya masa dalam kereta pagi-pagi tu. Kalau tidak memang bantai membuta jek lah. Ubby ajk berbual pun saya jawab melalut-lalut.
Minggu lepas, di suatu pagi yang indah...cewah! Dalam perjalanan ke ofis sambil-sambil mendengar SINAR tu, ada lah seorang suami ni dia kata isteri dia kat rumah biasa-biasa saja, takdelah manja-manja dengan dia. Pertama kali dia bawa isteri dia pergi bercuti, semasa percutian barulah isteri dia tunjuk kemanjaan dia pada suami tu.....
Kata KE, kena bawak gi bercutilah selalu, baru isteri suka dan bermanja-manja. Maknanya dia rasa dihargai sebab dapat berjalan-jalan....
Kata ubby, " sayang, walaupun ubby tak bawa sayang gi bercuti, ubby sebenarnya sangat-sangat menghargai sayang tau...."
Sayu saya dengarkan ubby cakap macam tu, ubby....jalan-jalan bercuti pun kalau ubby tak sayang saya tak guna jugak. Jadi, biarlah kita jalan-jalan gi kerja sesama, balik kerja sesama....jalan lah jugak tuh....Janji kita bahagia...anak-anak pun tak komplen....
Anak-anak tu senang jek, kita buka kolam depan umah, terus lupa nak gi bercuti2...hahahahha
p/s : I love u, ubby!
Minggu lepas, di suatu pagi yang indah...cewah! Dalam perjalanan ke ofis sambil-sambil mendengar SINAR tu, ada lah seorang suami ni dia kata isteri dia kat rumah biasa-biasa saja, takdelah manja-manja dengan dia. Pertama kali dia bawa isteri dia pergi bercuti, semasa percutian barulah isteri dia tunjuk kemanjaan dia pada suami tu.....
Kata KE, kena bawak gi bercutilah selalu, baru isteri suka dan bermanja-manja. Maknanya dia rasa dihargai sebab dapat berjalan-jalan....
Kata ubby, " sayang, walaupun ubby tak bawa sayang gi bercuti, ubby sebenarnya sangat-sangat menghargai sayang tau...."
Sayu saya dengarkan ubby cakap macam tu, ubby....jalan-jalan bercuti pun kalau ubby tak sayang saya tak guna jugak. Jadi, biarlah kita jalan-jalan gi kerja sesama, balik kerja sesama....jalan lah jugak tuh....Janji kita bahagia...anak-anak pun tak komplen....
Anak-anak tu senang jek, kita buka kolam depan umah, terus lupa nak gi bercuti2...hahahahha
p/s : I love u, ubby!
Monday, March 21, 2011
Tak suka
Raya tahun lepas, adalah seorang kenalan saya masa belajar dulu nak datang beraya ke rumah. Saya excited la, org nak dtg beraya kan....rupanya ada udang di sebalik mee....malam dia datang tu tak goreng mee, just tapau sate jek...ngan kuih raya. Maklumlah hari kerja masa tu.
Dia nak ajak saya join biznes, ala....yang buat loan RM20K tuh, biznes MLM yang glamer tuh. Dia kata dia buat part time jer. Jadi nak lah sama-sama ajak saya join...kongsi maklumat katanya....
Ubby memang dari awal lagi tak minat benda-benda macam ni. Bila husband kawan saya ni mula buka mulut cakap pasal tuh, ubby mula lah pandang-pandang kat saya. Dan saya buat-buat dengar jek lah.
Tapi kan, yang tak tahan tu tak payah lah nak libat2kan pahala-pahala nikan (maksud saya ayat-ayat keagamaan ni). Walaupun suami saya dalam bidang marketing, tetapi kalau bab MLM ni memang dia tak suka. Pendek kata, walaupun kami peramah tapi kami masih tak cukup tebal muka untuk mengajak saudara-mara atau sahabat taulan untuk membincangkan soal biznes ni.
Anak dia sampai dah meragam jugak lah sebab dah pukul 11 lebih malam masa tu. Esok nak keje lagi nih....Kami pun bagi kata putus nak pikir dulu. Selang beberapa hari selepas itu, kawan saya ni sms tanya samada saya dah buat keputusan ke belum. Maka saya jawablah kami tak setuju /tak bersedia nak join.
Boleh pulak dia sms balik
" Bila agak2 ko blh bersedia? Komitmen makin hari makin bertambahkan...hehehe...Xpelah, aku tak paksa ko pun, aku nak offer kat ko je...syok jugak kalau jd share partner, bleh gerak sama-sama"
Fine, dapat ceramah di situ, ubby kata ko tahu ke duit aku banyak ke sikit? Seolah-olah macam ubby ni tak mampu nak sara anak bini....
Rezeki Allah kan di mana-mana. Mungkin tu cara usaha dia, tapi bagi kami lain pulak caranya. Jadi ayat mula-mula dia tu menyentapkan saya jugak lah kan....
Dan yang sebenarnya nak bagitau hari ni dia ada bagi mesej di Fb saya untuk tengok CDM yang masuk paper tuh. Pendapatan mencecah 6 angka sebulan. Alhamdulillah itu rezeki dia.....
So, pada kawan saya tu, semoga berjaya dengan apa yang dia usahakan. Saya suka jek kawan-kawan saya senang....saya tumpang gembira je.
Friday, March 18, 2011
Sofea
Sofea telah selamat mencabut gigi susu pertamanya. Gigi ini terpaksa dicabut walaupun masih elok dan belum bergoyang kerana sudah ada pengganti yang tidak sabar-sabar untuk merampas takhta. Buat pertama kalinya disyorkan oleh rakan sekerja untuk mendapatkan rawatn di Klinik Pergigian Hulu Langat di Bangi. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan tak semena-mena kakak 2 juga berjaya mencabut gerahamnya yang senget. Selamat RM 48 kerana telah mendapatkan temujanji di klinik swasta, tetapi saya berkeras untuk mengajak kakak 2 mencuba nasib di klinik kerajaan tersebut yang hanya melibatkan kos RM2 sahaja.
Thursday, March 17, 2011
Wednesday, March 16, 2011
Wanita
Kasihan kaum wanita. Mungkin terlalu banyak bebanan kerja, keperluan keluaraga, tekanan emosi, fizikal dan mental menjadi penyebab kepada KEMURUNGAN.
Tapi, anggaplah ini semua cabaran dalam menjalani kehidupan seharian. Fikirkan matlamat dan ganjaran yang kita akan perolehi kemudian nanti. Bersihkan hati, berfikiran positif dan ceria selalu!!!!
Wanita Malaysia dihimpit kemurungan?
Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN
bintu.rahman@utusan.com.my
Foto NOOR AZLINA JAAFAR
bintu.rahman@utusan.com.my
Foto NOOR AZLINA JAAFAR
Menurutnya, dianggarkan 73 juta wanita seluruh dunia mengalami episod kemurungan major setiap tahun.
"Ia lebih ketara di negara-negara maju di mana peningkatan kes bunuh diri banyak berlaku. Kini, penyakit ini mula menular ke negara membangun dan tidak ketinggalan Malaysia juga dilihat semakin ke arah itu," kata beliau ketika menyampaikan ucapan sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa di hospital tersebut baru-baru ini.
Katanya, sebanyak 13 peratus wanita yang mengalami proses kelahiran mengalami masalah mental termasuk kemurungan setiap tahun.
Pada peringkat yang lebih teruk, ia mengundang perbuatan bunuh diri yang kini dilaporkan menjadi antara tujuh punca kematian untuk wanita berusia 20 hingga 59 tahun di seluruh dunia.
Menurutnya lagi, dalam satu kajian yang pernah dijalankan oleh Universiti Arizona terhadap 166 pasangan berkahwin mendapati, wanita melalui episod stres yang tinggi berbanding lelaki.
Bercerita mengenai punca masalah yang semakin meningkat itu katanya, desakan hidup dan persekitaran sebenarnya menjadi penyebab utama.
Namun seandainya seseorang bijak melalui setiap stres yang dialami, mereka mampu menjalani hidup dengan lebih berkualiti.
Jelas Dr. Nor Hamidah, kesihatan mental sama pentingnya dengan kesihatan fizikal.
"Mengambil berat tentang kesihatan mental membantu kita untuk merasa lebih sihat secara fizikal. Begitu juga sebaliknya kerana kedua-dua perkara ini saling berkait," katanya.
Beliau turut menasihatkan mereka yang mengalami masalah supaya ambil masa untuk rehat dan berani untuk berbincang mengenainya bersama saudara atau teman terdekat.
"Anda sendiri mungkin sedar dengan perbezaan diri apabila mengalami masalah mental seperti kemurungan. Malah rakan-rakan terdekat juga pasti akan sedar mengenainya. Seandainya ada yang menasihati anda agar bertemu pakar untuk mendapatkan rawatan, jangan tunggu lagi," katanya.
Menurut beliau, kerja, keluarga dan kawan-kawan memberi kesan kepada kesihatan mental dari sudut kebaikan dan keburukan. Justeru katanya, setiap individu perlu pandai mengimbangi kerjaya dan kehidupan mereka agar sihat mental dan fizikal.
Nikmati kehidupan sewajarnya
Kata Dr. Nor Hamidah, kesihatan mental yang baik membantu kita menikmati hidup dan menangani masalah dengan sewajarnya.
"Ia menawarkan rasa nikmat kehidupan dan memberi kita kekuatan dari dalam. Seperti kita menjaga badan melalui pemakanan yang betul dan melakukan senaman, kita boleh lakukan sesuatu untuk menjaga kesihatan mental," katanya.
Mampu untuk bercakap mengenai masalah yang dialami dan membuat keputusan secara berhemah mengenai kesihatan mental sendiri adalah langkah pertama terbaik buat mereka yang mengalami masalah tersebut.
Kemampuan untuk bangkit kembali daripada masalah atau kesukaran dan menangani dengan bijak adalah peranan terbaik dalam menjaga kesihatan mental yang baik, kata beliau.
Menurutnya, membuang segala perkara negatif juga membantu bagi mengelak diri dibelenggu masalah. Setiap individu juga katanya perlu mengubah perspektif diri ke arah menjalani hidup yang lebih sihat mental dan fizikal.
"Kita tidak boleh mengelak perkara yang tidak diingini daripada berlaku, tetapi kita boleh belajar bagaimana untuk melaluinya," ujarnya.
Pelajari bagaimana untuk menangani stres dengan segera merupakan langkah yang bijak, apatah lagi andai ia melibatkan masalah kerja.
Kumpulan sokongan
Hospital Gleneagles Kuala Lumpur menubuhkan kumpulan sokongan yang dikenali sebagai "Women to Women Wellbeing Tea-Talks" yang bertindak sebagai platform untuk berkongsi pengalaman dalam pelbagai cabang berkaitan isu kesihatan.
Pelbagai topik akan dibincangkan dalam suasana santai dan ia percuma untuk mereka yang berminat.
Sesi pertama akan dimulakan pada 30 April ini dengan tajuk "Hidup Dengan Kanser Payudara" oleh Dr. Harjit Kaur dan Dr. Nor Hamidah sendiri akan bercakap dari sudut kesihatan mental.
Sunday, March 13, 2011
=D
HAPPY 7th ANNIVERSARY!!!! Semoga rumahtangga kita kekal bahagia hingga ke hujung nyawa...AMIN...
**tahun depan Sofea dah masuk sekolah, tahun ni saya dah risau nak pikr cemana agaknya anak dara saya masuk Darjah 1...
Monday, March 07, 2011
=(
Dah berusaha, tapi masih macam tu jugak. Nak buat cemana....Last-last masam muka....
p/s: bukan gambar saya...gambar en.G
Thursday, March 03, 2011
TINIHANI
Hari ni, Tini yang minat aktiviti kraf di temubual di rancangan Wanita Hari Ini, saya yang dapat tahu semalam tak sabar betul nak tengok dalam www.tonton.com tapi sadisnya akaun masih takleh nak login. Nasib ada kawan-kawan upload video kat fb ngan blog. Dapat gak tengok. Tini yang minat menjahit dan sangat kreatif dah melangkah selangkah lagi ke hadapan. Saya doakan awak terus maju dan apa yang diimpikan tercapai. Saya tumpang teruja dan gembira....
Subscribe to:
Posts (Atom)



