Friday, February 11, 2011

Kadangkala terlalu banyak perkara yang nak kita lakukan/kejarkan dalam satu-satu masa. Dan tanpa kita sedari, lain yang kita kejarkan banyak pula yang kita telah tinggalkan. Masa pula terlalu cepat berlalu hinggakan mahu memejam mata sesaat pun rasa sayang. 

Tanggungjawab di ofis, di rumah, diri sendiri, keluarga dan macam-macam lagi. Kadang-kadang rasa tak mampu untuk dipikul. Emosi berat, otak dah letih.....Terlalu banyak yang keinginan perlu dilunaskan tetapi kekangan juga sangat hebat!

Dan......




SAYA KELELAHAN!!!!

Sunday, February 06, 2011

Banjir 2011

Saya mula bercuti pada 31 Jan hingga 2 Februari di mana saya akan bercuti selama seminggu sekali dengan cuti umum Tahun Baru Cina. Saya pulang ke kampung Sabtu, 29 Jan 2011. Sampai di kampung pun dah petang dan terus pulang ke rumah PIL sebab mak ayah saya ke Perak ada urusan. Hujan tak berhenti-henti turun sepanjang perjalanan.

Ahad pagi saya ke rumah mak ayah saya, masa tu air di laman dan di longkang memang penuh. Tapi biasa lah kan dah hujan tak berhenti-henti memanglah ada air. Saya start mengemas rumah mak dengan mengangkat karpet-karpet naik ke tempat tinggi, meletakkan barang-barang di bawah ke atas katil. Petang tu dalam jam 5 petang saya pulang semula ke rumah mertua untuk mengambil beg pakaian kerana cadangnya mahu tidur di rumah mak ayah saya malam tuh. Lagipun mak ayah saya dalam perjalanan pulang ke rumah.

Mulanya saya mahu tinggal saja di rumah dan ubby pulang ke rumahnya mengambil beg pakaian, tapi ubby marah sebab takut banjir dan tak lepas ke rumah saya pula. Masin mulut dia, lepas maghrib kami ke keluar dari rumah mertua ke rumah mak ayah saya dah tersangkut di tengah bandar kerana air sudah melimpah dengan derasnya di jalan raya. Maka tak dapatlah saya pulang ke rumah mak ayah saya. Masa tu mak ayah baru sampai di Gemencheh.

Mak ayah tak lepas balik sebab air Sungai Kelamah dah melimpah ke jalan. Nak ikut jalan Bahau pun tak boleh kerana ada tanah runtuh. Terpaksalah mak ayah tidur di dalam kereta semalaman di Stesen minyak Shell Gemencheh. Esoknya, Isnin - 31 Januari 2011, ayah cuba juga mencari jalan ke Segamat. Dan terpaksalah melalui jalan jauh sehingga ke Muadzam dan patah balik ke Segamat. Petang baru selamat sampai ke rumah mertua dalam keadaan letih kerana berjalan jauh dan tidur tak selesa.

Selasa, 1 Februari 2011 - Lepas subuh mak dah ajak ayah balik ke rumah. Saya tak sampai hati nak biar diorang pergi berdua terus ajak ubby ikut. Anak-anak tinggal je dengan mak mertua saya. Sampai di bandar, masih belum boleh lalu untuk ke rumah mak saya. Tapi kenderaan seperti Hilux dan seumpamanya dah boleh lalu. Terus call bapa mertua saya, kebetulan nak dijadikan cerita bapa mertua saya baru tukar Merc dia dengan Hilux. Kami pun meredah lah air di jalan. Tinggalkan kereta ayah saya di bandar. Akhirnya selamat merempuh air dan terus ke rumah. Sepanjang jalan memang teruk sangat pemandangan.....sedih, sayu...semua ada....

Masa mula-mula sampai rumah....


Sebab dah pernah kena sebelum ni...dah dapat bayangkan betapa penatnya nak mencuci rumah.....

Depan rumah...

Nasib baik saya masukkan motor ayah ke dalam kawasan ni, kalau tak....tak tahu lah ke mana hanyutnya....

Buaian di tepi rumah, tersangkut kat tunggul kayu kalau tak...bye-bye...

Kawasan belakang tepi rumah.

Paras tingkap ke tiga...paras dada...

Ruang tamu

Ruang tengah ke dapur

Bilik 2...barang atas katil tak basah pun...ajaib kan...mungkin tilam tu floating kot....

Bilik mak ayah.....barang atas katil basah sume...tilam ni tak pandai floating...

Dapur...basuh pinggan mangkuk, periuk pion...macam kenduri....

Garaj kereta.

Aktiviti mendobi


 hari ke -4 ...

Masih lagi banyak barang bertimbun tak kemas!

Tilam sume buang dan bakar....pasni pakai toto jek

Barang-barang yang sudah di cuci.

Separuh langsir dah siap dicuci...tunggu untuk dilipat..

Pinggan mangkuk macam kenduri

Saya sambung cuti kecemasan selama 3 hari. Badan pun tak tuned lagi nak kerja nih...malam jek seram sejuk demam....Ini adalah kewajipan saya membantu mak ayah saya. Yang penting nyawa selamat. Barang-barang hilang/rosak boleh diganti. Puas hati saya dapat tolong mak ayah sehingga selesai....

Thursday, January 27, 2011

Sabar

Beberapa hari ni, saya bersama 'team' adalah sangat bersabar dengan 'makhluk asing' yang nongkrong tu bak kata Kakak 2. Macam-macam kerja dia delegate pada kami bertiga. Bertimpa-timpa lepas satu, satu. Dan yang bestnya sebab dah takde keje sangat, dia tu asyik lah sekejap2 tanya ini dah siap?, itu dah siap?

Yang paling best, kalau tanya dia apa-apa sume dia tatau! Update minit pun salah. Nasib lah orang lain perasan dan nak tanya pada Kakak 1, kalau tak, ke laut ler minit tu....buat kena marah bos jek.

Pagi ni tak nampak pulak bayang dia. Rasa aman jek buat keje. Otak pun tak berserabut.

Semalam sehari suntuk di HQ, duduk sebelah staff BTM betulkan sistem yang sedang dibangunkan. Penatnya otak...walau siap makan kacang lagi sambil menunggu dia buat coding. Hasilnya...tak selesai jugak. Ntah mana silapnya. Harap2 hari ni dapatlah dia solvekan problem tuh...amin....

Tuesday, January 25, 2011

Blog saya juga masuk tahun ke 6...walaupun bersawang-sawang, tulis ikut mood...sebaya Sofea blog nih. 

Ingat lagi mas tuh baru masuk keje. Cik Tulip, saya dan kak Nurul mengisikan masa-masa terluang dengan mengexplorekan diri membaca blog. Kemudian masing-masing pun gatal jugak tangan menulis blog. Masa tu saya pregnantkan Sofea, Cik Tulip dan Kak Nurul masih anak dara...sekarang masing-masing dah anak 2! hahaha. Ofis masa tu kat Wisma Tani, Lebuhraya Mahameru nun, bilik share 2 orang. Asal update jek berebut membaca. Keje pun keje jugak tapi memblog...TETAP!!

Kepada rakan-rakan yang mengikuti blog ini, berjuta-juta lemon TERIMA KASIH diucapkan. kerana sudi membaca catatan hidup saya. Melalui blog ni jugak dapat mengeratkan sillaturahim, bertukar-tukar pandangan dan bertambah kawan baru.

Friday, January 21, 2011

Cuti Thaipusam 2011



Tangan mak terkena minyak panas.Gara-gara terlupa tutup api dapur gas. Nasiblah kuali bertutup. Kalau tak mesti dah terbakar dapur umah kampung. Tapi Alhamdulillah, semakin pulih dan luka terbakar tak dalam sangat. Puas hati dapat balik kampung tengok sendiri.

Sambil menyelam minum air, sempat singgah kebun ayah. Pondok melepak dah siap. Raya Cina nanti bolehlah berBBQ di kebun. Atas bukit, angin banyak...syiookkk....


Ayah terlibat dengan projek tanaman pisang dari Jabatan Pertanian. Semoga projek tu berjalan lancar....


Sambil melepak, sambil makan durian. Durian dari pokok kebun PIL. Kali ni tak banyak menjadi. Jadi macam emas lah buah tu, pantang gugur.....Durian kawin, isi tebal...menjilat jari....Harap-harap masih bertahan sampai Raya Cina buah dia. SIL dari Penang dapatlah merasa....harapnyalah....


Seronok duk sini....siap lepak-lepak tidur lagi.Pondok kemain luas. Anak-anak seronok berlari. Tak sabar nak cuti panjang Raya Cina ni....heheheheh...

Tuesday, January 18, 2011

11.1.11

Tahun baru, azam baru, semangat baru. Saya ada buat jadual untuk anak-anak. Saya juga nak anak-anak sihat dan gembira. Jadi, ada masa terluang tahun 2011 ni, saya nak bawak anak-anak bersenam. Anak-anak sihat ibu dia pun sihat jugak. Selasa minggu lepas kuatkan hati pergi jugak walaupun masa tu lah nak keje banyak, masa tulah nak meeting bagai. Tapi berjaya jugak mengeluarkan peluh setitik dua...

Taska Sofea n Syameel di Presint 15, kalau perasan depan Kamdar tuh ada satu taman untuk berjogging dan ada permainan jugak. Jadi anak-anak dara geng merayap ofis saya pun nak turut serta. Anak-anak saya panggil Kakak 3. Sebab ada 3 orang kakak yang rajin melayan karenah adik2 dia ni ha.....bagi excuse panggil kakak sebab lum kawin. hahahahah


 Bukan main gumbira lagi budak2 nih dapat bermain!

 

 Posing tetappppppppppp!!!!!hehehehe...Gambar atas kiri ; dari kiri, saya, kakak 2, kakak 1, Sofea & Syameel dan kakak 3.


kakak 2 beria2 mengeluarkan peluh dan kakak 3 yang melayan Syameel main kejar-kejar.


Harap lepas ni ada masa terluang boleh terus gi sini lagi. Nak get ready baju sukan jek lam kete.....Hari yang available - Selasa, Khamis dan Jumaat petang. Jom, jom kita sihatkan badan!

Monday, January 17, 2011

7.1.2011

Alhamdulillah...genap usia ubby 34 tahun pada tahun 2011 ini dengan kesihatan yang baik, keluarga yang bahagia, pekerjaan yang stabil dan anak-anak yang comel. hiks...comel ker anak-anak ai??heheheh

Sambutan kecil-kecilan je di SR. Kek pun sepotong sahaja.Makan 4 orang adalah sangat bahagia!


Ubby dengan black forest cheese

 Anak-anak yang excited terlebih.

 
Selamat Hari Lahir Ubby....Love u....

Favourite dia tu -Tomyam kung!

Dessert please...


Sebenarnya, keje banyak kat ofis. Sampai umah dah letih melayan suami dan anak-anak. Jadi, masa untuk mengupdate catatan di sini TIADA. Pukul 10pm dah shut down.....Sabar ya cik Tulip.....saya cuba yang terbaik! cewah!!!

Saturday, January 08, 2011

Sambutan Tahun Baru Yang Tak Dirancang

Kebetulan Hari Jumaat 31/12/2010 adalah hari cuti peristiwa. Kebetulan juga ubby sudah merancang ke JB kerana urusan kerja pada hari Jumaat tersebut. Hotel sudah ditempah. Minit-minit terakhir dibatalkan maka kami terpaksa juga ke JB dan kerja ditunda pada hari Isnin berikutnya.

Maka bercutilah kami di JB sambil menyambut tahun baru. 3 hotel check-in. Dan bestnya kebetulan PIL pun ada meeting kat JB. Dapatlah jumpa dan duduk sekali kat hotel yang sama.


JUMAAT / 31 Dis 2010

 First hotel - Hotel Naza Tallya - sempatlah layan bunga api dari bilik sebab malam tahun baru kan....

 
 View dari bilik tingkat 10 - Hotel Naza

 
Lobi Hotel Naza

Gambar mandi kolam kat hotel nih ada kat dalam hp ubby. Sofea lah palin suka dok sini....sebab ada kolam kicik dan kolam besar....

SABTU / 1 Jan 2011

 Hotel Kedua - Favourite FIL ni, Hotel Crystal Crown.

  Ini kolam ana yang punya...serius takde orang pun mandi! kitorang jek...

   Lobi Crystal Crown



Dan malam minggu tersebut, kitorang cari kedai sotong kangkung. Rupanya dah pindah ke dalam sebab jalan kat tepi laut tuh sedang dilebarkan.... Kakak, jangan terliur eh...kat Padang Kota ada banyak...

AHAD / 2 Jan 2011

 Hotel yang terakhir adalah Hotel Selesa di Pasir Gudang. Ada promosi tinggal semalam free semalam. Tapi tak amik pulak sebab ingat keje ubby sekejap jek. Rupanya sehari suntuk menunggu lam kete masa ubby tengah buat keje hari Isnin tuh. Tak berani nak ke mana-mana sebab takut tersesat.Kat Pasir Gudang kan banyak kilang....

Kat hotel nih kena sengat lebah masa mandi kolam. Terpijak sebenarnya....nasib kat tapak kaki....tapi takde apa-apa lah yang memudaratkan.Yang penting bukan anak-anak yang kena.

Ok demikianlah cerita basi saya di awal tahun. Ada lagi nih. Nanti update yer...hehehehe

Friday, January 07, 2011

Happy New Year 2011

fuh kanan, fuh kiri...berabuk bersawang blog saya ni. Lama sangat tak update. 

Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua yang datang singgah di blog saya. Semoga apa yang anda azamkan tercapai!

Nanti saya update cerita-ceriti basi saya eh!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...