Wednesday, November 03, 2010

Setiap hari ada jek penyakit nak melanda (macam banjir pulak). Semalam tengok karpet kat ruang tamu macam sakit hati, jadi kul 10.30malam saya memvacumkan seluruh kawasan ruang tamu (macam umah besar jek ayat) dan membuang segala isi perut vakum.



Hasilnya dari malam tadi adyik terbersin dan pagi ni hidung, tekak, mata dan kepala sebelah kiri ni rasa semacam jek. Rasa sangat tak larat. Dari duduk ke bangun, mesti kepala dan mata ni sakit....



Ikut hati nak baring jek......dahler buntu kepala otak duk ofis ni. Tak tahu nak ikut arahan siapa. Rasa terumbang ambing.









Esok ada janji temu dengan doktor untuk buang gigi bongsu yang terbaring nih dengan cara pembedahan kecil. Ikut kan hati...memang lah takut...tapi kalau makanan asyik terselit jek, mana tahan. Lama dah sebenarnya nak cabut gigi nih, dari Sofea lum lahir lagi. Tapi, asyik lah tertangguh dari hari ke hari, tahun ke tahun. Sekarang nih, dah taknak tangguh lagi sebab tak larat dah asyik nak korek gigi lepas makan. kalau tak penat lidah ni asyik mencungkil tempat tuh. Takut kang ada jangkitan lain pulak kat geraham sebelah dia.


Harap-harap sume berjalan lancar. nampaknya balik kampung weekend ni tak dapat ler nak makan-makan dengan gembiranya.....

*picture - credit to Mr.Google

Tuesday, November 02, 2010

Mata

Dari pagi kening mata sebelah kanan asyik menggerenyet. Rasa tak selesa sangat. Rutin hari Selasa, kena drive sendiri sebab ubby main badminton petang nanti dengan kawan-kawan dia di Subang. Nasib ada soundtrack MAGIKA dalam kereta jadi anak-anak adalah sangat seronok melayan lagu dan tak buat hal.
Semalam tdo awal tapi mimpi ntah apa-apa telah membuatkan minda saya ni penat. Bangun pagi tadi rasa malas sangat ditambah lagi dengan cuaca sejuk sebab malam tadi hujan. Kejap lagi nak ke klinik gigi bawa Sofea tampal another gigi dia yang berlubang kicik tuh. Kena terpacak awal di depan pintu klinik, jadi mudah lah untuk merempuh masuk dan terus menuju ke tempat ambil nombor. Hehehehe...dahsyat tul....

Monday, November 01, 2010

Lately tersangat malas nak update blog. Keje tak ler banyak mana tapi perasaan jek down sket sebab bos tak kisah pun saya buat keje apa.....Sume kena amik initiative syok sendiri, dan bos atas bos saya pulak suka-suki jek apa-apa direct tanya kat saya. Jadi pakah tugas bos di atas saya? Bengang jugak...rasa macam saya pulak bos dia . Saya dah foward keje-keje saya pada dia, bukan nak semak. Kot lah saya taram jek calculation sume tuh. Dahlah tak amik tahu pun segala-mala sampel kes yang saya pilih. Nanti di kemudian hari nak cakap banyak, memang saya pelempang sorang-sorang ( aci dak???)

Dah ler nak mintak data kalah peminta sedekah. kalau jadi peminta sedekah pun sah-sah dah kaya. Ni puas ler hantar e-mail bagai....masing-masing buat dekk jek. Nak ke saya datang dari meja ke meja? Susah sangat ke nak foward data tu sedangkan tu dah memang keje diorang dan data tu bukan nak kena buat semula ke hapa....data tu sekali harong jek nak hantar dengan ke bahagian satu lagi...

Sangat bersabar..buat keje syok sendiri....Lantak lah! Geram!

Monday, October 25, 2010

Bowling - Alamanda

1 Oktober yang lepas, bahagian tempat saya bekerja mengadakan satu perlawanan bowling suka-suka antara staff. Alhamdulillah, penyertaan sangat bagus dengan adik2 sambilan pun ramai yang turut serta. 3 games setiap seorang. Sampai luka tangan sebab kualiti bola yang dah pecah-pecah.....sakit tangan tau.

 main ntah apa-apa....posing jek lebih....

 
gambar kanan bawah (saya,tudung kuning dan biru, tudung putih belakang tu bahagian lain tapi utk bab selain kerja...dia on jek) - itulah ahli-ahli seksyen saya bukan saja bekerja, bergossip, bershopping, jalan-jalan cari makan dan macam-macam lagi.....



Friday, October 15, 2010

Just another cerita basi di Ramadhan yang lalu

Ramadhan yang lepas, walaupun dalam bulan puasa Bahagian  saya telah mengadakan satu sesi berkaitan dengan SKT. Oleh kerana Bos CNY saya amat suka membuat aktiviti luar di Genting maka bermula dari jawatan E27 dan ke atas telah dikerah untuk menjayakan program sperti di gambar. Tahun lepas lagi haru, masa menyambut 1 Ramadhan lagi program ini diadakan. Oleh kerana saya sedang melatih Sofea berpuasa, maka saya tidak mahu meninggalkan keluarga saya bersahur dan berbuka bersendirian di rumah. Semua saya angkut juga ke program ini. Biarlah bayar lebih janji kami sekeluarga bersama-sama.

 Sesi bermula petang Jumaat hingga ke malam. 

 Siang puasa, malam dapat keropok pun berebut dua beradik....

Saya menghadiri program manakala si ayah dan anak2 buat aktiviti masing-masing

Alhamdulillah, sahur walaupun tak sesedap mana tapi oleh kerana suasana sejuk, maka tiada masalah bilamana hari kedua kami langsung tidak turun bersahur. Hari Sabtu program dapat dihabiskan awal, maka dapatlah kami berjalan-jalan mencuci mata.




 Cable car = serik takmau naik lagi...ngeri....


Berbuka puasa di Pizza Hut, tapi layanan macam s*al.....sedangkan waktu tu dah pukul lapan dan dah tak ramai pelanggan sebab kami solat dan berbuka dnegan air mineral jek dulu. Semua pekerja macam tak peduli dengan pelanggan. Malu jek sebab semua melayu. Orang asing tengok, macam ni gamaknya orang Islam berpuasa....kerja pun main-main. Kami dapat bread stick yang penuh majerin bertepek-tepek sampai naik geli nak makan. Next time takdelah.....pangkah Pizza Hut Genting!

 
 Dah malam, no outdoor, cuma mainan indoor jek...
 


Ahad, sebelum balik sempat lah jalan-jalan sekitar hotel. Sofea sibuk nak naik kuda tapi takde pulak kuda kat sini.


 Sebelum turun singgah memetik strawberi di kawasan berdekatan Hotel Seri Malaysia. Apa nama tempat dia pun lupa. Tapi anak-anak sume enjoy!

Cerita Hari Raya Aidilfitri 2010

Sebelum raya haritu macam-macam aktiviti yang dibuat untuk memeriahkan suasana taman tempat kediaman saya. Persatuan Taman telah mengadakan satu pertandingan jalan yang paling ceria sempena menyambut hari raya. 

Maka bertungkus-lumus lah ahli-ahli di jalan saya menghias sekitar rumah dan jalan. Semua rumah diwajibkan memasang lampu lip-lap. Dan pada hari pemarkahan di buat, pondok saya diangkut ke depan jalan masuk ke jalan rumah kami untuk menjadi hiasan. 

Seronok sampai pukul 2 ke 3 pagi anak-anak bermain di luar macam suasana kampung. Sambil tu bapa-bapa memasang lampu lip-lap terpanjang di depan jalan masuk dan ibu-ibu pula tukang pemberi komen dan semangat....hehehehe....

 Dua budak kicik ni memang pantang dapat keluar...tak hengat donia!!!!
 

Malam sebelum balik ke kampung, sempat lagi Sofea menginai kaki dan tangan. Ni sume gara-gara teacher di taska yang memakai inai juga sempena nak menyambut hari raya.....Kami pulang beraya pada hari Rabu malam Khamis. Lambat sangat rasanya sebab ubby baru masuk kerja di tempat baru, dan cuti dia pun hanya beberapa hari sahaja. 

Balik terus ke rumah PIL dulu, lepas bersahur bersama pagi tu baru kami pulang ke rumah mak ayah saya. Alhamdulillah, walaupun ada kejadian2 makan hati berulang jantung, tapi kami masih boleh menahan kesabaran bagi mengelak terjadinya drama-drama swasta yang tidak bermutu.

Raya pertama cuaca amat mendung, lepas sembahyang raya dan bersalam-salaman dengan keluarga di sebelah saya, kami terus ke rumah sebelah ubby pula. Sebelum sembahyang Jumaat kami sudah berada di rumah saya semula. Melayan tetamu yang tak henti-henti. Sangat letih dan tak kering tangan pada waktu ini.

Raya kedua, awal pagi lagi mak ayah dah ajak balik ke kampung mak saya di Melaka. Lepas subuh dah gerak.Saya tak mengajar anak-anak saya untuk berkurang ajar pada saudaranya. Sikit pun saya tak pernah bercerita keburukan saudara dia pada mereka. Jadi terpulanglah apa orang nak kata. Anak-anak saya bebas memilih nak naik kereta siapa dan nak jalan dengan siapa kerana itu adalah saudaranya sendiri.

 Sebelum gerak ke Melaka, kamera saya cikai sahaja.....tak macam orang yang kamera canggih sampai bagi anak main-main jek..duit banyak kan....

Raya ketiga masih di rumah mak ayah saya. Petang raya ke empat baru lah ke rumah sebelah ubby. Rumah dekat2...apa nak kecoh kan...tu pun siap kena sound dengan ubby sebab masa nak balik umah sebelah ubby tu lah, pakcik ni nak datang, pakcik tu nak datang.....takkan nak tunggu kan...PIL pun dah tak sabar nak umah dia ramai-ramai anak2 dia yang tiga kerat tu berkumpul.....Jadi ubby kata, kim salam jek lah kat diorang, kalau nak tunggu lagi, sampai esok subuh pun kita tak gerak-gerak...tak kecoh kata ko???

Hari Malaysia tu saya dah balik ke BBST dah. Mana taknya, Jumaat esoknya ubby kena keje. Redha jek la....Mencari rezeki katakan....

Isnin 20hb, saya mula bekerja semula. Sepatutnya masih cuti tapi Bos tak bagi sebab nak buat preparation kedatangan Mat dan minah salleh dari UK.

Dan selama dua minggu itulah kebizian tahap maksimum melanda membuatkan saya terpakasa membasikan cerita raya saya di atas....Bukan menarik pun, tapi dah kata tulis blog, mahulah kena update jugak kan???

 Inilah antara gambar sepanjang pakar runding dari UK ni berada di Malaysia.

Wednesday, October 13, 2010

1st visit




Alhamdulillah...setelah lama bercerita tentang 'keindahan' di dalam bilik di Klinik Pergigian, akhirnya semalam berkesempatan membawa Sofea membuat pemeriksaan gigi. Siap beli berus dan ubat gigi sebab rawatan untuk kanak-kanak adalah pada waktu petang Selasa dan Jumaat. Bila petang, mestilah lunch sume kan, sebelum jumpa doktor kenalah bersihkan gigi dulu.

Sebenarnya dari pagi dah pergi dah, tapi sebab kanak-kanak memang dah dijadualkan petang, terpaksalah saya saja yang menjalani pemeriksaan. Kononnya nak time off saja, berkesudahan terpaksa amik EL sebab kena berulang-alik ke Hospital Putrajaya (Pakar Bedah Mulut). Kes saya telah di rujuk ke Klinik pakar kerana minor surgery akan dijalankan untuk mengeluarkan gigi bongsu saya yang tumbuh baring. Dan telah dijadualkan pada 4 November ini....Lepas surf internet pasal pembedahan ni, rasa ngeri pulak nak buat. Tapi, kalau tak buang lagi menyusahkan pulak kan......Harap-harap semuanya berjalan lancar la.....


Berbalik pada cerita Sofea tadi, awal-awal kami dah tunggu depan pintu klinik sebab nak rebut nombor cepat. Dapat lah jugak nombor awal sebab masuk jam 2 ptg, 2.30 ptg dah siap. Duduk jek Sofea atas kerusi tu, dia pun dengan rela hati buka mulut untuk doktor periksa. Geraham dia ada lubang. Saya memang dah lama nak bawa gi klinik gigi dari nampak kaler coklat2 kat geraham dia tu sikit, sampai dah merebak besar. Teruk lah saya asyik tangguh-tangguh......

Dan penyelesaiannya doktor terpaksa buat tampalan, ikut saya, saya suruh doktor tu cabut jek biar tumbuh baru. Tapi doktor tu kata nanti lambat nak tumbuh. Nanti dalam umur 10 - 12 tahun, tercabut lah sendiri.....Tu pun dapat tampal satu jek sebab doktor taknak rawat lama-lama, taknak bagi kanak-kanak fobia....ada lagi satu lubang kecil sebenarnya di geraham lagi satu, tapi doktor suruh datang lagi lain kali. Kena cepat gak tuh, takleh tunggu lelama. tengoklah kalau ada kelapangan saya suruh ayah dia pulak bawa.


Sebab tak sakit, Sofea dengan seronoknya bercerita pada ayah, teacher di taska,kawan-kawan dia  pasal pergi klinik gigi. Harap-harap sampai besar lah dia rajin nak jumpa doktor gigi. pasni Syameel pulak nak kena biasakan gi klinik gigi.....

Wednesday, September 29, 2010

Kemaskini cepat

Sangat sibuk selepas naik cuti raya. Sempat baca blog orang jek....tu pun skip jek memanjang. Melayan  consultant dari UK yang datang selama 2 minggu. Kemudian kena berkursus pulak dari 27 - 29 hb, esok nak masuk ofis melayan karenah bos-bos dan konsultan ittew.......nanti lah lepas reda-reda nanti kasi update pepanjang sket...







Sekian.

Monday, September 13, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Alhamdulillah...segalanya berjalan lancar. Walaupun janggal masih terasa.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.


Berhati-hati di jalanraya!

Thursday, September 02, 2010

Ya Allah....pejam celik dah nak penghujung Ramadhan.... Saya dah tak tau nak masak apa untuk sahur dan tak tahu nak beli apa lagi untuk berbuka. Kadang-kadang tu buntu nak pikir nak makan apa untuk bersahur. Kalau saya sorang, roti pun dah cukup. Ni kesian kat ubby dengan Sofea. Pagi tadi dah buntu sangat, goreng bihun jek. Tu pun cuma letak telur dengan sawi jek. Tak meriah langsung....hehehehe...Sofea pulak saya goreng telur, masukkan nasi dan bubuh kicap sekali gorengkan dengan telur tu. Laju jek dia makan.

Dah nak cuti raya ni, keje kat ofis boleh tahan banyak jugak. Keje saya asyik terbengkalai dan buat benda lain. Last2 saya pun lupa keje saya dah sampai mana. Bos atas saya balik dari banci pun tak tau bila. Dia ada bagus jugak, tapi pening pulak nak melayan karenah dia lagi. Adoi...sepanjang kerja saya belum lagi dapat bos yang bagus, best.... Naik cuti raya jek nanti ada konsultan dari NZ nak datang. Ni tengah sibuk buat preparation, tentatif program, bajet, transport, surat menyurat, book tarikh sana-sini, booking restoran/hotel......phewww!

Ubby dah mula kerja di tempat baru. Bidang yang sama, tapi jenama yang berlainan. Lebih mencabar sebab company baru setup. Dia lah kerani, dia lah ofis boy, dia lah nak buat sale.....pendek kata...sume dia. Dan bos baru dia pun ok, bagi kepercayaan penuh kat dia. Harap-harap biarlah panas sampai ke petang. All the best untuk ubby!
Last week balik kampung, konon nak cuti sampai 5 hari, tapi ubby kene kerja pulak 30hb tuh. Nak tak nak kena balik umah jugak Ahad malam. Nasib SIL sekeluarga ikut sekali. Tahun nih diorang beraya kat Utara jek, sebab cuti dah tinggal sangat sikit. Tapi takleh percaya SIL tu, ikut nak balik, dia balik jek....heheheh

Baju raya anak-anak tahun ni beli sangatlah last minit....Mana taknya, cuti merdeka haritu baru terhegeh-hegeh nak ke OU, punyalah ramai si kapir laknat ni bershopping jugak....nak parking punyalah susah....Lepas ke OU, sambung lagi ke IKEA pulak.....Buka kat SR, pastu terus balik umah. Letihnya badan toksah cakapla....Esoknya keje pulak...aduyaiiiii!!!!

Saya start cuti raya 8hb ni. Harap tahun ni takdelah babak-babak drama swasta lagi....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...