Friday, February 22, 2008

Enjoy!!

Menunaikan janji memasukkan gambar2. Gambar-gambar sejak 1 Febuari 2008 hingga yang terkini.

Baru balik dari kenduri di Chemor, Perak. Singgah di Subang Parade.


Depan Fitness Centre di Subang Parade.


Sofea ngan pose special...

Sayang ibu....

Majlis perkahwinan sepupu ubby di Mersing. Tdo di Seri Malaysia Mersing.
Jom berenang....

Kuak dan kuak!!

Ubby bertungkus lumus tolong hias bilik pengantin. Ada mandur belakang tuh...


Ibu mertua, mak n saya...
Sepetang di Rock Garden, Segamat.

Ayah jgn lah pegang....

Tunggu turn dengan sabar...

Pose sebelum menggelungsur...panjang que kat belakang tuh!!
Last week (17 feb 2008) Naik train dari Segamat ke KL.....

Bye atuk2 n nenek2 n maksu.....

Bye Sofea.....

Senyum....

Dalam train ada lcd tv.....citer Rambo lagi tuh!

Anak beranak layan citer Rambo

Naik bas ke rumah. Jakuns sket sbb first time dapat naik. Selalu kena naik teksi 11 hinggit sebab bas takdok nak ke Presint 1*....

Saya gemuk!!!!

Wednesday, February 20, 2008

Adui....

Nak upload gambar, camera masih ubby pakai....nak update, malas pulak. Ni update ler jugak...Saya sebenornya tak berapa sihat ni...sejak awal minggu ni, penyakit baru datang pulak, sakit kepala sebelah kiri yang berdenyut2 kalau di layan. Puas dah buat tak layan, tapi tak boleh. Kalau sujud waktu solat tuh, rasa sangat sakitnya. Satu lagi, macam nak kena asma pulak, malam2 tdo tekak ni bunyi semacam jek. kiut, kiut....bior betul, saya tak pernah kena asma sebelum ni. Masa mengandung ni ada sekali la guna nebulizer masa krismas haritu sbb batuk seharian dan doktor kata kahak pekat tak keluar. Itu ler pun sekali jek...takkan pembewakan budak kot. Atau environment umah saya yang banyak habuk, sbb ubby pun dua tiga menjak ni batuk jugak.

Sejak dua menjak ni rasa macam perut ni mendadak besarnya. Saya pun dah start solat duduk sbb bila dah duduk, susah nak bangun.Pinggang toksah cakap lah, memang selalu sakit....Pergerakan baby alhamdulillah...sangat lah aktifnya sampai ubby pun ngeri bile letak tangan kat perut.

Sofea sangat suka lah cakap2 ngan adik dia ni. Adik, dah malam lah...adik jom jalan lah...memacam lah. Siap kata, nak bagi adik pakai baju princess la...anak,anak...kelakar pun ada.

Tuesday, February 12, 2008

Buat apa cuti lama???

Cuti CNY yang lepas, rasa macam saya yang lelebih cutinya. Mana taknya, last week je saya tak ke ofis seminggu.


4 Feb 08

Nak dijadikan cerita, pagi tu Sofea mcm nak kena sakit mata. Saya pun cuti la, kebetulan memang ada check up kat Klinik Putrajaya hari tu, kena la bawak dia sekali. Tapi pukul 10 pg tu mata dia tak la merah. Pagi2 je tahi mata bertempek2 sampai tak leh buka. Balik dari klinik, lepak2 jek kat rumah. Malam tu mata dia dah start merah, terus la ke klinik dan saya pun tak berapa sihat mintak le mc dr doktor untuk esok.

5 Feb 08

Best sungguh cuti2 Malaysia ngan Sofea. Ubby bukan main cemburu lagi. Gi keje, tapi dalam tengah hari dah balik sbb dia kata ofis dia half day. Kitorg pun bersiap la n terus balik kampung. Esok ngan Isnin depan saya mmg apply cuti sbb ubby pun cuti.

6 Feb 08

Pagi2 dah bangun, hari ni kena gerak ke Mersing sebab sepupu ubby buat kenduri kahwin. Kitorg ni kena lah meramaikan majlis kan...bukan tolong banyak pu, tolong sibuk jek ngan perut terboyot2 nih. Ubby jek kena tolong banyak2 sbb double saya tak dapat nak tolong...huhuhu....Malam tdo di Seri Malaysia je sbb malas nak bersesak2 kat umah makcik ubby.

7 Feb 08

Hari langsung majlis tu. Saya tolong sikit2 jek, pastu duduk jaga anak kat dalam umah. Sepupu ubby pun buat simple jek, belah lelaki katakan, just makan beradab jek. Takde pelamin2 nya....By 2.30 org sebelah dah berangkat balik ke Perak. Tinggal la melayan tetamu jemputan aja.....Dalam pukul 6 kitorg pun balik semula ke Segamat....Lepak jugak la....

Hari-hari seterusnya saya melepak jek kat umah mak n MIL. Jalan2 dalam bandar, gi shopping2 apa yang tak patut....Dan Isnin 10hb baru la balik ke Putrajaya semula. Tu pun subuh2 hari kitorg balik sbb plan asal nak balik petang Ahad, tapi keadaan jalan raya tidak mengizinkan.....

Dan hari ni baru lah saya mula masuk ofis dan menjalankan tugas seperti biasa.....

Wednesday, January 30, 2008

Orang baru

Yang ditunggu akhirnya tiba.....Saya dah tambah 'org baru' dalam keluarga saya....Yang baru lagi satu akan lahir akhir Mac, tapi yang baru ini...huhuhu...sukanya saya...bukan dapat kat saya pun, tapi sekurang2nya mengurangkan bajet bulanan saya dan ubby. Maklumlah minyak petrol bakal naik harga kan....Baru ambik petang semalam. Masih panas lagi gitu...huhuhu...

Weekend

Ahad lepas birthday Aimi, anak buah saya. Mak dan ayah saya datang sejak Jumaat malam lagi. Seronok jugak, makan ramai2....saya cuma tempahkan cupcakes dan fruit tarts dari Kak Sya je. Saya nak upload gambar tapi kamera dah abis bateri pulak....So, nantikan ye....esok saya bagi letak gambar2 k....
Update 31 Jan 2008

Hasil tangan Kak Sya....sampai tersalah kowtim lagik tuh...

Posing dulu...jgn sentuh kek!

Ya Allah...panjangkan umurku...tambahkan lagi akalku...huhuhuh..nak mkn kek ni cepat...

Amin.....

Cute tak saya, ibu?? nak semayang nih...

kroih....krrroooihhhh....

Say cheeseeeee!!!!

Thursday, January 17, 2008

Pagi ni ke klinik desa dulu check up untuk Sofea. Bukan apa pun, cuma timbang berat n makan ubat cacing.

"kita nak gi mana ni, ibu?"

" Nak gi klinik la, check Sofea.."

" Mana ada, ibu lah gi klinik, ibu sakit pinggang!" sambil buat muka n jeling mata.


Pandai jek budak sekarang ni. Alert betul. Memang saya sakit pinggang. Mungkin sebab perut dah besar. N last nite, ubby tampalkan koyok kat pinggang saya sebab tak selesa sangat nak tdo malam tadi. Itu yang Sofea ingat pagi ni saya yang nak ke klinik.

Weekend ni adalah untuk saya dan family kecik saya. Tak bagi sape2 datang sebab banyak benda nak buat. Tapi Sabtu pagi tu rancang nak cari sikit2 barang untuk baby walaupun barang2 Sofea mcm baju tu ada lagi. Nak beli gak sepasang dua yang baru....Kali ni bersalin guna Set Salindah. Lum tahu mcm mana. Setakat hari ni, krem kaki mmg jarang kena n badan rasa segar jugak. Tak macam masa Sofea dulu, selalu krem kaki n rasa nak demam aje.

Kemungkinan besar baby kali ni juga adalah baby girl. Sebab masa scan haritu mmg tak nampak sebarang tanda2 baby boy...Doktor siap kata lagi...tak jumpa bird nampaknya puan....huhuhu....tapi saya tak kisah....boy pun ok, girl pun ok...Tidur malam saya sudah mula tak lena sebab tak selesa sangat dengan sakit pinggang sampai ke kaki. Bila bangun pagi lagi susah nak turun katil. Kalau baring pun kena atas tilam, tak boleh dah nak baring2 kat atas karpet jek...manja betul, kata ubby.

Esok dah hari Jumaat. Cepat betul masa berlalu. Baru hujung minggu dah nak jumpa hujung minggu lagi. Memang lah suka cuti...tapi bila pikir2 dah nak dekat waktu bersalin ni...Seram jugak...walaupun dah ada pengalaman.




Rasa baru jek bersalinkan Sofea, dah nak masuk 3 tahun bulan April ni...

Monday, January 14, 2008

Jalan-jalan cari pasal

Weekend kali ni, my PIL datang pulak. Dah dua kali weekend jadual full....lum ada masa untuk diri sendiri dan keluarga kecil saya. Last week my parents yang datang. Diorang sampai hari Sabtu tengah hari. Saya telah mengasapkan dapur dengan memasak burung puyuh sambal, sup cendawan dan ikan siakap kukus. Tak ambik gambar pulak sbb busy teramat.


Ahad kami ke One Utama, jalan2 cari pasal. Huhuhu...cari baju jalan Sofea sebenarnya. Dah sempit2 baju yang beli masa raya tu tak hal baru berapa bulan. Cepat betul membesar anak dara ku ini....Dapat jugak dua pasang seluar n tshirt MIKI, kat Padini punya kedai. Pastu MIL pulak belikan sepasang lg t-shirt n seluar Baby KIKO...rezeki....


Balik dari One-Utama singgah pulak ke Alamanda. Kebetulan Drypers murah, apa lagi, kasi borong jugak lah 2 pack walaupun yang lama masih banyak. Takleh lepaskan peluang...kena pandai berbelanja....heheheh....susu jek takde. Kalau tak mahu kopak jugak.... Balik dari Alamanda, terus lunch di restoran kegemaran...apalagi Restoran Awea la.... Makan2 sampai kenyang.....


Balik umah, singgah kedai hardware, beli tong2 besar nak takung air sebab proses penyelenggaraan tanki besar akan dijalankan sampai Khamis ni. Ntah cukup ke tidak airnya.....nasib le...Darurat sangat, pegi mandi umah abang.


PIL balik esok pagi....Saya ngan ubby , tak ambil cuti pun....keje macam biasa....

Penang Village, Alamanda

Makan makan di Penang Village, Alamanda meraikan kepulangan rakan sekerja ke negeri asal pada Jumaat yang lepas. Dia seronok balik kampung...kitorg yang sedih pulak...hehehe....so, kami adakan makan2 menggunakan duit persatuan suka2 kami dan menjamu selera di sini...


Antara yang terawal sementara menunggu aunty2 lain....

Dah ler sedondon baju dia....

Yang diraikan yan hujung tuh....

Fish fillet with manggo sauce

Udang apa ntah...saya lupa nama dia...

Foo Yong Omelet...kalau tak silap...

Cendol

Manggo Ice...

Rojak buah kegemaran saya....sedap....

Friday, January 11, 2008

Sofea, Aimi, Farhana

Kali ni nak update gambar Sofea pulak.....

Ini budak, kalau baby Farhana ada, org lain takleh tgk...abis sume dimarahnya....
Jom makan bubur...
Lambat sgt pakai sudu...

Aimi pun ikut gak...

Hehehe...sedapnya....Sofea cun...dia kata

Peragawati untuk baju2 yang nenek As buat.....


Hai, saya Sofea Nafeesa...umur saya 2 tahun 9 bulan....Saya cun....hehehe..tapi bila angin tak baik datang...dia selau kata" Saya botak, saya gemuk"

Tuesday, January 08, 2008

Uish...

7 Januari 2008

Semalam birthday ubby. Saya telah membuat penghantaran cupcakes surprise ke ofis untuk dia. Dan sukanya ubby bukan main lagi. Orang ofis ubby sampai bagi angpau kat dia. huhuhuhu...dah tua pun dapat ang pow kata dia.


Hari ni

Nak kasi upload lagi gambar dah basi nih....

Jalan-jalan cari pasal....

Nyum, nyum...udang bakar...

Jalan-jalan di Pattaya

Nong Nooch Tropical Garden


Cantiknya...saujana mata memandang

Shopping kat exibition OTOP

Akhirnya...dapat gak sijil....muka dia mcm Thaksin


Jambu mawar...mahal ni...3 biji jek dekat sepoloh inggit

Tak tau nak kelaskan sebagai apa...kuih ke, manisan agaknya...dalamnya kacang, luar jelly tapi cantik sgt...


Penat jalan-jalan, lunch kat atas bot nih...

Ni antara menu atas bot....

Wednesday, January 02, 2008

Hepi New Year 2008

Saya lambat menaip entry tahun baru....Azam tahun lepas alhamdulillah...tercapai. Dan tahun ni azam saya nak meningkatkan taraf ekonomi keluarga saya. Banyak perkara bakal berlaku tahun ni. Rumah baru bakal siap, baby baru bakal lahir, tambah lagi satu transport utk keluarga kecil saya, hantar motor kesayangan saya pulang ke kampung untuk kegunaan abah ke masjid dan beberapa perkara lagi.Sebenarnya banyak azam dan cita-cita saya yang masih belum tercapai, antaranya...walau setua mana pun saya nanti, saya tetap mahu menggenggam segulung ijazah. Sekarang ni, masa jek yang tak mengizinkan....InsyaAllah...ada masa dan rezeki nanti saya akan sambung semula impian saya.

Selamat Tahun Baru Semua!!!Semoga tahun ini akan membawa kebahagiaan kepada semua..AMIN....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...