Friday, February 16, 2007

BAGUS!

Keseronokan hari ini seperti dalam gambar. Sangat gumbira sebab next week cuti seminggu dan bercuti2 Malaysia ke Langkawi walaupun last minit baru dapat hotel. Esok gerak ke rumah SIL di Sberang Prai dan Ahad baru bertolak ke Langkawi. Sure ramai giler umat kat Pulau Langkawi apalagi masa nak naik feri. Tapi, takpe yang penting...aku GUMBIRA!!!!

Kepada yang melawat blog ini; Selamat Bercuti dan Semoga GUMBIRA selalu.....

Tuesday, February 13, 2007

Black

Baru bercerita tentang Black. Semalam, aku angkat badannya yang telah kaku. Keadaannya aman seperti biasa, seolah-olah sedang beradu dengan enaknya. Tak sangka.....aku sedih, ubby lagi sedih....ajalnya sampai di situ sahaja. Usianya baru setahun 27 hari. Tak tahu apa penyebabnya, yang pasti ubby kini telah kehilangan si Black kesyangannya.

Sofea

Jahitan di dahi sudah dibuka, semalam. Seperti biasa, tangisan taknaknya mengalahkan apa. Lega rasanya bila luka itu nampak pulih seperti biasa. Cuma, parut itu akan menimbulkan pelbagai persoalan dari nenek-nenek dan atuk-atuknya kelak. Kami..........biarlah rahsia....



Monday, February 12, 2007

Hmmm...

Cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar dah sampai ke pertengahan Febuari. Minggu demi minggu berlalu dengan pantas sekali. Serasa aku, masih belum ada apa-apa progress dalam kerja aku tahun ni.

Weekend kali ni tak se pack weekend yang lalu. Sabtu, ubby keje sampai petang. Aku cuma melepak dengan Sofea. Kemas umah sikit-sikit. Malamnya kami dinner di Alamanda dan window shopping sampai kul 9. Lepas tu melepak-lepak di depan Masjid Putra.
Ahad pulak jiran sebelah bagi ikan keli. Apalagi, masak lemak cili api lah. Alhamdulillah....Tak keluar ke mana pun. Lepak kat umah tgk DVD.

Boring sungguh hidup aku......

Friday, February 09, 2007

Blog

Hari ni tangan gatal nak mengexplore blog ni dan dah tukar layout lagi. Agaknya memang diorg ni nak suruh guna layput yang sedia ada agaknya. Takpelah nanti kalau senang aku oter lagi apa yang patut supaya aku rajin mengupdate blog aku.

Sofea

Sofea semakin sihat dan lukanya pun makin pulih. Semakin manja, macam mana nak dapat adik lagi satu nih? hehehe...

CNY

Berangan nak cuti seminggu sebab ubby kena cuti seminggu. Nak jalan2 cari pasal (sbb perabis duit) tapi tak tau lagi ak sibuk ke tidak. Cuti dah apply takut last minit ada meeting lah, apa lah, terus plan aku hancus..

Thursday, February 08, 2007

OFIS

Ntah apa keje yang aku buat,
Kepala makin sarat,
badan pun bertambah berat,
Meja penuh sarat,
satu pun tak berangkat,
Apa perlu aku buat,
supaya jadi pekerja hebat?
Bukan aku tak ingat,
sumpah pun dah diangkat,
Tapi apa nak buat,
aku macam tak minat,
Minda pun dah naik kulat,
takut terus jadi karat.......

Wednesday, February 07, 2007

Semalam

Petang semalam, kami menukar filter air di luar. Anak beranak sume kat luar. Sofea pun bukan main suka lagi! Tapi malang tak berbau kan. Aku memang menyesal sangat2 sebab perkara ni.

Sofea jatuh kat longkang dan dahinya berdarah. Ngeri aku tgk mula2. Kami bergegas ke klinik yang terdekat kat area Desa Pinggiran Putra, nak dijadikan cerita...Klinik 'Biru' ada emergency kes, dan kami ke klinik lagi satu. Malangnya doktor pulak takde. Adus..paniknya aku masa tu, dengan anak yang menangis lagi. Kami terus berkejar ke Klinik M*d*v**** di area P16. Nasib doktor ada.

Alhamdulillah...doktor dengan tenang membalut Sofea dengan selimut dan memulakan rawatan. Dua jahitan di dahi bagi menutup luka terkoyak. Sedih sungguh aku tgk. Masa rawatan, Sofea menangis siap jerit "taknak,taknak!!!". Senyum doktor tu dengar. "Pandai cakap dah rupanya" doktor tu kata. Aku ngan ubby pegang Sofea dengan air mata yang berlinang2. Tak sangka perkara macam ni boleh berlaku.

Kesian Sofea... Bila tgk luka kat dahi tu, aku sedih. Kalau lah aku dukung dia masa tu, mesti tak jatuh kan? Aku menyesal sangat-sangat. Tapi aku redha..ada hikmh disebaliknya....
Gambar di sini

Tuesday, February 06, 2007

CUTI

Cuti 4 hari cepat jek berlalu. Jadual hujung minggu sentiasa padat. Takde ruang untuk berehat dan berbincang2 dengan ubby pasal masa depan.

Khamis; menyelesaikan hal-hal di satu tempat dan terlajak sampai ke Genting. Tak plan pun, just jalan2 n hiburkan hati. Sofea bukan main suka lagik!

Jumaat; Niat di hati nak keje, tapi sebab malam tadi Sofea meragam, muntah, n tak nyenyak tdo..terpaksa cuti. Lagipun badan dia macam suam2 jek. Ada aura nak demam lah tuh. So, sepanjang hari melepak kat umah dengan Sofea.

Sabtu; Kemas-kemas umah dan keluar makan di Alamanda sementara menunggu MIL & FIL datang. Malam, ubby belanja dinner kat Awae Tomyam. Makan busat ooo..aku yang tukang order…

Ahad; Pegi kenduri nikah di Keramat, balik singgah ke C4 Wangsa MAju n Tesco Ampanng. Mencari Gamat Healin. Bukan main hot lagi sekarang. Sume kedai kehabisan stok. Sebelum balik umah, tunjukkan MIL&FIL umah contoh yang kami beli. Nampak semua puashati. Diorg balik dalam pukul 6 petang. Kitorg terus keluar dinner kat Mama Chop Papa Grill kat Bangi.

Padat….Letih…

HIBURAN

Tgk ABPBH2006. Bagus Mawi menang! Tapi yang aku heran orang Melayu-Islam sekarang ni….perasan diri macam duk kat Hollywood pulak, pakaian memang lah tak menutup aurat. Yang pakai tudung pun tak sedar diri. Astaghfirullah…Dah pakai pakaian terdedah macam tu, naik pentas nak bagi ucapan, Bismillah…. Nampak janggal dan tak sesuai langsung. Macam mana lah orang Islam nak maju kalau benda remeh macam ni pun tak ambil berat…TAK PAHAM,TAK PAHAM.. Aku pun bukan lah baik sangat tapi ntahlah….

Wednesday, January 31, 2007

Mak

Hari ni birthday mak. Rindu mak walaupun baru jek dtg jenguk aku Sabtu lepas. Sorry banyak-banyak sebab tak dapat balik n celebrate sesama sebab ada hal yang tak dapat dielakkan. Aku dah berangan nak belanja mak makan ikan bakar kat Serkam..Takpelah..tunggu nanti aku balik next week InsyaAllah...

Aku adalah anak yang paling kurang kena marah/leter berbanding abang ngan adik perempuanku. Aku anak emas mak. Aku tak pernah melawan cakap mak. Seingat aku, rotan pun tak pernah kena. Mak selalu menyebelah aku, makan pun selalu aku akan dapat lebih. Bukan diskriminasi, tapi memang mak sangat sayang kat aku. Aku bangga jadi anak emas mak. Ingat lagi masa PMR dan SPM dulu….aku kurang baca buku sebab rutin harian yang padat membantu mak dengan keje rumah dan sebagainya. Mak aku tak macam mak orang lain, mak aku sakit kaki. Kaki dia tak berapa kuat akibat peristiwa semasa zaman kanak-kanaknya. Tapi Alhamdulillah…berkat taat setia yang tak berbelah bagi membantu mak aku, aku berjaya mendapat keputusan yang agak baik juga.


Aku ngan mak sangat rapat. Maklah segala-galanya bagi aku walaupun masa lepas SPM aku masuk UiTM berjauhan dari mak. Walaupun aku ada ramai kawan2 tapi semua tu tak setanding mak sebagai kawan baik aku. Aku ngan mak takde rahsia. Zaman remaja aku sume dikongsi bersama mak. Boyfren, cinta monyet, sedih, gembira, segala-galanya aku ceritakan pada mak. Dan sekarang pun kalau boleh segala hal aku nak ceritakan pada mak, tapi apakan daya.....takkan hal rumahtangga aku pun nak susahkan mak, nanti jatuh air muka ubby aku. Dulu aku pegi dating pun mak temankan. Aku pulak tak malu nak menceritakan segala-galanya pada mak. Bila balik dari UiTM, kami akan berbual sampai ke pagi kat bilik mak, sampai ayah halau suruh borak kat luar sebab ganggu dia tidur. Last-last kami borak kat ruang tamu dalam gelap. Cerita pasal segala-galanya, menangis, ketawa….walaupun gelap.


Sekarang ni dah tak macam dulu. Bukan aku tak sayang mak. Sayang aku masih macam dulu, tapi aku terpaksa kurangkan manja-manja aku pada mak sebab tak semua benda boleh aku ceritakan macam dulu. Aku tak mahu nanti terlepas cakap pada mak perkara-perkara yang menjadi rahsia rumahtangga kami. Mak sedar tu semua dan cuba sesuaikan diri. Alhamdulillah..mak memang memahami. Kesian kat mak, kalau boleh diulang masa lalu, aku taknak dewasa, taknak kawin….tapi semua tu kan kalau….

Realitinya, aku kini sudah dewasa, mempunyai keluarga sendiri dan bermacam tanggungjawab yang terpaksa aku pikul sendiri. Harapan aku Cuma satu, biarlah satu hari nanti anak2 aku akan membalas seperti apa yang aku buat pada mak.

Mak, I LOVE U SO MUCHHHH!!!

Friday, January 19, 2007

Kucing

2,3 kucing berlari,
mana nak sama si kucing belang,
2,3 boleh kucari,
mana nak jual si kucing 2 ekor....

Aku ada 3 ekor kucing kat umah, nini,chumba n black. Tiga2 sihat dan mendapat suntikan setahun sekali. Masalahnya sekarang, kami semakin sibuk n tak larat nak jaga tiga2 ekor. Ingat nak lego 2 ekor, nini n black. Harga murah2 jek...Kalau ada yang berminat...sila lah bgtau ye.



Nini Black

Wednesday, January 17, 2007

A lot of things to think. Macam-macam hal yang berlaku sejak dua menjak ni. Letih dibuatnya. Sampaikan tahun baru pun tak perasan….How busy I am. Sekarang dah mula busy di ofis menjalankan rutin seharian seperti biasa…Lum sempat nak pikir pasal azam lagi...

Banjir

Tak sangka Bandar Segamat akan tenggelam,
Tak sangka umah aku akan tenggelam jugak separas pinggang,
Kesian kat mak ayah,
Abis semua kenangan lama aku tenggelam dalam air,
Seminggu membersih rumah tak siap-siap,
Abis kembang semua tangan kaki,
Mencuci, mengemas, membuang, dan segala me….
Rela dalam paksa….buang semua tinggalan kenangan,
Buku2 lama, semua ada sentimental value…
Nak buat macam mana…
Dugaan…..

Foto di
sini.

Bos

Tahun baru, bos pun baru.
Tambah kerja baru,
Rutin pun baru,
Semua pun nak baru,
Aku yang haru….
Nasib tak biru….

Sofea

Dulu kecik sekarang dah besar,
Dulu merangkak, sekarang dah berlari,
Macam-macam ragam,
Macam-macam auta,
Kena banyak bersabar,
Kena banyak berdikari,
Bukan senag nak mebesarkan anak…
Sekarang baru mengerti….
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...