Wednesday, January 31, 2007

Mak

Hari ni birthday mak. Rindu mak walaupun baru jek dtg jenguk aku Sabtu lepas. Sorry banyak-banyak sebab tak dapat balik n celebrate sesama sebab ada hal yang tak dapat dielakkan. Aku dah berangan nak belanja mak makan ikan bakar kat Serkam..Takpelah..tunggu nanti aku balik next week InsyaAllah...

Aku adalah anak yang paling kurang kena marah/leter berbanding abang ngan adik perempuanku. Aku anak emas mak. Aku tak pernah melawan cakap mak. Seingat aku, rotan pun tak pernah kena. Mak selalu menyebelah aku, makan pun selalu aku akan dapat lebih. Bukan diskriminasi, tapi memang mak sangat sayang kat aku. Aku bangga jadi anak emas mak. Ingat lagi masa PMR dan SPM dulu….aku kurang baca buku sebab rutin harian yang padat membantu mak dengan keje rumah dan sebagainya. Mak aku tak macam mak orang lain, mak aku sakit kaki. Kaki dia tak berapa kuat akibat peristiwa semasa zaman kanak-kanaknya. Tapi Alhamdulillah…berkat taat setia yang tak berbelah bagi membantu mak aku, aku berjaya mendapat keputusan yang agak baik juga.


Aku ngan mak sangat rapat. Maklah segala-galanya bagi aku walaupun masa lepas SPM aku masuk UiTM berjauhan dari mak. Walaupun aku ada ramai kawan2 tapi semua tu tak setanding mak sebagai kawan baik aku. Aku ngan mak takde rahsia. Zaman remaja aku sume dikongsi bersama mak. Boyfren, cinta monyet, sedih, gembira, segala-galanya aku ceritakan pada mak. Dan sekarang pun kalau boleh segala hal aku nak ceritakan pada mak, tapi apakan daya.....takkan hal rumahtangga aku pun nak susahkan mak, nanti jatuh air muka ubby aku. Dulu aku pegi dating pun mak temankan. Aku pulak tak malu nak menceritakan segala-galanya pada mak. Bila balik dari UiTM, kami akan berbual sampai ke pagi kat bilik mak, sampai ayah halau suruh borak kat luar sebab ganggu dia tidur. Last-last kami borak kat ruang tamu dalam gelap. Cerita pasal segala-galanya, menangis, ketawa….walaupun gelap.


Sekarang ni dah tak macam dulu. Bukan aku tak sayang mak. Sayang aku masih macam dulu, tapi aku terpaksa kurangkan manja-manja aku pada mak sebab tak semua benda boleh aku ceritakan macam dulu. Aku tak mahu nanti terlepas cakap pada mak perkara-perkara yang menjadi rahsia rumahtangga kami. Mak sedar tu semua dan cuba sesuaikan diri. Alhamdulillah..mak memang memahami. Kesian kat mak, kalau boleh diulang masa lalu, aku taknak dewasa, taknak kawin….tapi semua tu kan kalau….

Realitinya, aku kini sudah dewasa, mempunyai keluarga sendiri dan bermacam tanggungjawab yang terpaksa aku pikul sendiri. Harapan aku Cuma satu, biarlah satu hari nanti anak2 aku akan membalas seperti apa yang aku buat pada mak.

Mak, I LOVE U SO MUCHHHH!!!

Friday, January 19, 2007

Kucing

2,3 kucing berlari,
mana nak sama si kucing belang,
2,3 boleh kucari,
mana nak jual si kucing 2 ekor....

Aku ada 3 ekor kucing kat umah, nini,chumba n black. Tiga2 sihat dan mendapat suntikan setahun sekali. Masalahnya sekarang, kami semakin sibuk n tak larat nak jaga tiga2 ekor. Ingat nak lego 2 ekor, nini n black. Harga murah2 jek...Kalau ada yang berminat...sila lah bgtau ye.



Nini Black

Wednesday, January 17, 2007

A lot of things to think. Macam-macam hal yang berlaku sejak dua menjak ni. Letih dibuatnya. Sampaikan tahun baru pun tak perasan….How busy I am. Sekarang dah mula busy di ofis menjalankan rutin seharian seperti biasa…Lum sempat nak pikir pasal azam lagi...

Banjir

Tak sangka Bandar Segamat akan tenggelam,
Tak sangka umah aku akan tenggelam jugak separas pinggang,
Kesian kat mak ayah,
Abis semua kenangan lama aku tenggelam dalam air,
Seminggu membersih rumah tak siap-siap,
Abis kembang semua tangan kaki,
Mencuci, mengemas, membuang, dan segala me….
Rela dalam paksa….buang semua tinggalan kenangan,
Buku2 lama, semua ada sentimental value…
Nak buat macam mana…
Dugaan…..

Foto di
sini.

Bos

Tahun baru, bos pun baru.
Tambah kerja baru,
Rutin pun baru,
Semua pun nak baru,
Aku yang haru….
Nasib tak biru….

Sofea

Dulu kecik sekarang dah besar,
Dulu merangkak, sekarang dah berlari,
Macam-macam ragam,
Macam-macam auta,
Kena banyak bersabar,
Kena banyak berdikari,
Bukan senag nak mebesarkan anak…
Sekarang baru mengerti….

Tuesday, November 14, 2006

Kerja

Kerja-kerja dijalankan seperti biasa. Ada ke takde kerja aku memang pekerja setia yang sentiasa berada di meja. Walaupun kadangkala kemalasan menguasai, aku tetap kuatkan semangat untuk ke tempat kerja.

Cuti

Disember ini aku akan bercuti panjang. Aku akan menjadi orang kuat bagi membantu MIL melaksanakan perkahwinan adik iparku. Aku redha….walaupun aku tak dapat ke Bangkok kerana tarikh yang sama dengan majlis tersebut. SS kata Bos yang calonkan nama aku, tapi nak buek camno…

Open House

Open House di rumah berjalan dengan lancar walaupun hanya dibantu oleh kakak iparku yang baik. Walaupun hujan rebut di luar, tetamu masih ramai yang hadir. Walaupun hampir2 kehabisan ayam goreng (8 ekor) tapi nasib baik ubby sepantas kilat membeli 3 ekor lagi sebagai tambahan. Semua dapat makan, walaupun menu hanya nasi ayam + mihun goreng + kek + kuih raya + buah limau + lengkong yang bertukar menjadi jelly lembik.

Jalan Raya

Masih lagi meriah berjalan raya ke rumah yang masih belum dilawati. Bak kata kak Uda aktiviti mengutip cukai setahun sekali masih dijalankan. Hehehe..jgn marah aaa….

Canggung

Kecanggungan tahap cipan masih melanda. Aku tak tahu sampai bila tapi aku pasti ia takkan berubah seperti dulu lagi. Aku serik, ku sangka panas sampai ke petang…rupanya ribut di pagi hari. Aku sedih, aku terluka, tapi aku masih ok, masih.

Kondangan

Jemputan kahwin semakin banyak menjelang cuti sekolah ni. Ramai betul yang membina masjid. Ku doakan semoga berkekalan bahagia sehingga ke anak cucu. Nasihat aku, jangan membazir…..menjadi raja sehari tak semestinya harus berbelanja seperti anak raja juga!

Friday, November 03, 2006

Hari ini

Segalanya telah pulih seperti biasa walaupun bukan 100%. Aku masih lagi rasa terluka dengan apa yang berlaku. Tak pelah...Lama-lama nanti ok lah.

Benci

Masalah remeh tapi bila terbuku dihati buatkan aku bengan dan sakit hati. Tak tahu sampai bile ia akan berakhir. Dah cuba berlagak seperti biasa tapi nampak canggung dan aduhai....sabar lah lagi.

Weekend

MIL dtg hari ni dgn SIL. Nak shopping untuk majlis kahwin SIL bulan 12 ni. Apa aku nak masak minggu ni?? hehehe..susah2 makan siap2 baru balik umah.
Selamat berhujung minggu sume!

p/s: Fotopages dah update...sikit jek...

Thursday, November 02, 2006

Test,test..

Buah hati pengarang jantung ... intan payung ...bila gi kerja rasa anak balik cepat...manja....nakal...kelakar...

??

Perasaan

Kita harus berpijak di bumi nyata. Dalam menjaga hati semua orang kita tak sedar bahawa sebenarnya diri kita cukup terluka. Tapi ianya satu lumrah kehidupan yang tidak dapat kita elakkan. Dalam tak sedar kita memendam perasaan, satu hari nanti...pasti satu ledakan yang dahsyat akan berlaku. Sabarlah hati...

Semalam

Suasana sangat dingin. Beku. Tak pasti apa yang patut aku lakukan. Aku dah cuba buat sebaik mungkin tapi, aku sendiri sakit hati dengan kedinginan itu. Last2 aku diamkan diri dan buat hal aku sendiri. Aku bosan! Aku marah! Tapi aku taknak tambahkan lagi kebekuan tu. Biarlah aku berdiam diri.

Hari ni

Masih beku. Segala rutin seolah2 satu komitmen, penuh kepura-puraan. Aku masih bersabar dan harapan aku cuma satu...biarlah kesabaran ini tidak sampai ke penghujungnya....

p/s : tulis en3 ala2 cik tulip...jgn marah

Wednesday, November 01, 2006

Selamat Hari Raya..

Segala persiapan hari raya berjalan lancar. Aku ngan ubby cuma buat sepasang dua baju baru. Paling mewah raya kali ni sape lagi kalau bukan budak bushuk masham tuh--->Sofea....Semua keperluan dia awal2 lagi aku dah sediakan...Last week cuma belikan kasut jek kat Mid Valley. Baju2 dia aku dah beli sikit2 dari 3 bulan yang lepas, tapi semua bajet besar sikit..

Raya tahun ni aku di rumah mertua. Tapi tak kisah lah..sebab umah dekat jek, lepas makan n bersalam-salaman dirumah mertua, kami ke umah mak ayah aku pulak...Raya tahun ni pack sikit sebab raya pertama ke Mersing beraya ke family sebelah FIL, tdo semalam dan esoknya terus ke kubur dan ke Kota Tinggi, Skudai, Pontian dan tdo di Rengit. Start dari Skudai adalah family sebelah MIL. Balik hari raya ketiga terus ke rumah parents aku. Dah ada tetamu menunggu....Konon nak terus beraya kat kawasan kampung malam tuh jugak, tapi memandangkan semua keletihan dan tetamu tak putus-putus datang, plan ditunda ke esok pagi.

Pagi raya ke empat, 3 keluarga(parents aku, abang n family, aku n family) bergerak beraya kat kawasan kampun. Umah nenek2 sedara, makcik2, pakcik2 dan seangkatan dengannya...Lepas solat Jumaat sambung lagi ke rumah jiran2 terdekat. Sebelum maghrib, semuanya selesai....

Raya ke lima, pagi2 lagi kami dah bergerak ke Melaka sebab aku lum lagi beraya di Melaka. Pakcik makcik sebelah mak aku ramai kat sini. Nampak gaya tahun ni aku tak sempat nak beraya ke rumah pakcik makcik belah ayah aku yang jauh2 tu. Masa suntuk sangat. Macam touch n go jek sebab raya sendiri without my parents....satu rumah dalam 15 minit macam tuh. Tengah hari jek dah selesai adalah dalam 6 buah rumah....Mak ayah dah tunggu kitorg kat umah makcik aku. Tengah hari tak kemana, landing kejap sebab Sofea tdo sampai lepas asar baru lah bergerak lagi ke 3 buah rumah iaitu rumah makcik n sepupu2 aku. Lotih den....Dalam kul 11 malam kitorg bergerak balik ke Kl sebab sok pepagi mak ayah nak ke Johor. Kitorg tak dapat nak ikut sebab Isnin dah nak naik keje. Sampai Kl kul 12.45 pagi. Kemas2 sikit then masing-masing terbongkang keletihan....

Hari Ahad aka raya ke enam, bangun lambat kul sebelas. Basuh baju sampai 3 trip pastu lunch di Alamanda n beli barang2 dapur sket takut ada org datang. Petang abang n family datang bertandang ke rumah sampai malam. Lepas isyak baru diorg balik. Aku apalagi macam biasa lah, gosok baju keje aku n ubby then bedebum tdo…

Thursday, October 05, 2006

Hampir...

Ada kemajuan, segalanya di peringkat akhir..Mungkin boleh kot disiapkan by this week..mungkin..harap2 menjadi...

RAMADHAN 10

Ubby dapat gaji, so bermewah2 la buka hari ni....berbuka di Secret Recipe dengan menu set Black Pepper Grilled Chicken+White Coffee+Brownies(Apple cheese cake) for ubby and Meatball Spaghetti+Hot Choc for me and Apple Kasturi Juice untuk pencuci mulut. Tak sempat nak snap gambar sebab Sofea menakal tak hengat dunia.

RAMADHAN 11

Plan nak goreng mee tapi sebab ubby orang yang bertimbangrasa (kasi puji sket) so berbuka di 'Awae' dengan menu Tomyam Campur+Kailan Ikan Masin+Telur Bungkus+ Nasi Putih. Air Tembikai Laici Giant for both of us. Macam biasa lah..makan dengan tak khusyuk sebab Sofea pun nak itu nak ini... tQ ubby kerana memahami sebab lately Sofea buat perangai jek tiap2 malam.

Thursday, September 28, 2006

HaRi InI

RAMADHAN 4

Semalam buka dengan lauk ikan talapia merah masak sambal(beli jek)+asam pedas(reheat)+bendi celur. Ubby makan nasi, aku cuma makan pizza (reheat) yang tak abis arituh. Aku malas nak makan nasi, nanti kenyang sanga jadi malas pulak. Ubby dah tolong basuh baju petang tadi sebab dia balik awal. Alhamdulillah...kurang keje aku kat umah. Sofea pulak macam biasa, takleh berenggang langsung dengan aku sampai masak pun dukung dia. Ayah dia nak dukung sambil tgk aku masak pun dia taknak. Aduhai anak....

Kenapa bulan puasa ni rasa macam tak cukup tido jek? sedangkan tido macam biasa?

RAMADHAN 5

Hari ni masih lagi tak dapat nak siapkan keje aku. Komputer staff aku masih belum siap dibaiki lagi. Lagipun data pembetulan dari DOA belum dapat lagi. Buhsan tahap gaban aku sampai sempat lagi bersnooker kat atas meja nih. Sempat jugak lah tersengguk2 sebab tak tau nak buat apa. Bos pegi meeting kat luar, apa nak jawab nih kalau BPP'06 nih tak siap2 lagi? Adoi la...macam2 hal pulak masa dah ujung2 nih. Nampak gaya macam nak kene keje jek Sabtu ni. Tapi tgk lah esok, kalau tak boleh gak memang lah aku kena datang ofis Sabtu yang berbahagia nanti...

Petang ni cadang nak buka lempeng cicah sambal goreng. Tak tau nak buka makan apa kalau pgi bazar Ramadhan pun....Nak buat air durian belanda.....uishh....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...