Monday, September 11, 2006

It Happened....

Dah lama aku tak menulis. Akhir2 ni banyak perkara berlaku. Segalanya adalah diluar kawalan. Dan aku…seperti biasa masih lagi berada di bawah ketempurungan diri sendiri yang tak mahu bangkit kerana jiwa telah ku didik dengan sifat kebencian di kawasan ketempurungan ini. Aku masih di sini tercari2 jalan keluar dari daerah ketempurungan ini. Aku sesat, ya..masih sesat. Tak pasti mana arah tuju hanya mengikut rentak kaki yang tak bermata.( lain macam jek bunyi)

5 September 2006, takkan aku lupakan tarikh keramat ini yang akan kusemat segala dendam kesumat mengalahkan perwira di medan perang. Sape berani pukul ubby??? Itulah yang terjadi…Di petang yang agak bising aku bersama adik2 iparku pergi mengusha kad kahwin di area Pudu. Ntah macam mana…..sms ku berbunyi…”yang, call balik” Aku terus buat call ubby….”ubby kena pukul!” jantung aku dah tak keruan masa tu.Tah tau lah selaju mana degupannya mengalahkan orang yang berlari pecut 100m. Tak abis cakap lagi sebab ubby kata doctor dah panggil dia. Aku tak sedap hati? Kenapa kena pukul? Siapa yang pukul? Kenapa ubby sasarannya? Berkali2 aku mendail semula untuk menghubungi ubby tetapi tak dapat, mungkin ubby masih di bilik rawatan.
Aku bersabar…cuba berfikir secara waras..walau hakikatnya..aku ingin terbang ke tempat ubby. Adik2 iparku menenangkan aku. Tak lama kemudian aku try call balik, ubby pun ceritakan dari mula sampai akhir…
Ubby sebenarnya nak ke Maybank di Bangi. Lepas parking kereta, dia pun jalan kaki ke bank. Lalu pulak belakang satu kereta ni yang tiba2 nak ‘gostan’ dengan lajunya. Ubby pun apa lagi, berlari2 anak lah dia terus ke depan pintu Maybank. Macam biasa, dia pun tgk lah kat kete tu…Bengang pun ada, ‘gostan’ tak tgk belakang. Ntah macam mana tiba2 pemandu kete tu keluar…”hoi apa tengok2,!” (ceh macam aku ada kat tempat kejadian jek, but seriously I can imagine that) Ubby pun buat tak tau jek la. Tak semena-mena, dia datang terus hayun tangan ke muka ubby. Empat kali tanpa henti dan ubby tak dapat nak berbuat apa2. Semua org kat situ tergamam.Pukulan yang terakhir adalah di perut dan membuatkan ubby terduduk. Masa tu baru lah ada sorang abang ni datang dan leraikan. Mamat gile tadi ni terus marah2 kat abang tuh, “ko jgn masuk campur!” Nasib dia tak hentak abang tu jugak. Lepas tu dia terus jek blah dengan kete dia tu. Kesian ubby..baru lah ada org tolong papah dia masuk dalam bank. Tak pasal2 jadi pelanggan VVIP kat situ. Bengkak jugak mata ubby sebelah kiri bersama luka mungkin tercarit cincin budak giler tuh.
Aku sampai terus ke balai polis Bandar Baru Bangi sebab ubby tengah buat report kat situ. Menitik jugak lah airmata aku tengok keadaan ubby…walaupun tak seteruk mana tapi aku memang sebak.

Pengajarannya, air yang tenang jangan disangka takde buaya. Tak pasal2 pulak kena gigit dek buaya tu, lagi pulak kalau buaya tu otak mereng.

Monday, August 07, 2006

Y ME?

It's hard to statisfy everyone. Y it happened to me? Is it my fault? Last week (30 July) kami pulang ke kampung as usual. Sebelah pihak pesan, suruh balik ke umah pihak sana dulu sbb pihak sini keje hr sabtu nanti tak puas nak main2 dgn Sofea. Aku pun pujuk la ubby supaya balik umah pihak sana dulu.... dia setuju. Senja hari sabtu tu, kami pun berangkat lah ke umah pihak sini. Still it my fault. "Ingat balik sini petang tadi.....Kitorg tungu dari ptg nak ajak gi KFC" Malam pun bukan tak leh nak pegi kan? Aku buat bodo jek lah. Malas nak panjang2 lagi. Ubby keluar n tapau KFC for us. Esoknya pukul 6 lebih kami pun bertolak balik KL. Perasaan tak puas hati pihak sini tu masih ada. Tapi kami balik jugak sbb taknak tersangkut dgn jam. Singgah sekejap kat umah pihak sana just to say goodbye, but Sofea pulak jatuh masa tgh main2 ngan atuk nenek dia. Keadaan jadi kalut sbb ada sedikit benjolan kat kepala dia n dia nangis meragam sbb masa yg sama dia ngantuk jugak. Takkan nak terus cabut balik je kan? kitorg stay lah sekejap sampai lepas maghrib.
Disebabkan itu, kami lambat sampai ke KL dlam kul 12 gitu. Someone called, "Baru sampai?apasal lambat, kan keluar umah cepat tadi?" What should i do? aku diam jek lah. Kami laki bini tak tdo malam dibuatnya. Rumah dekat sedaerah pun susah kan. Aku rasa taknak balik kampung lagi lepas ni, kalau ada sape2 rasa nak tgk anak cucu...silakan datang ke KL. Aku give up.
Weekend kali ni pulak kami ikut ke Alor Setar. Ia jadi macam satu tamparan hebat sbb pada masa yg sama ada pakcik yg sakit, dan pihak sini mintak kitorg jgn ikut pihak sana sedangkan pihak sana mmg dah ajak dari minggu lepas . Aku buntu. Tapi sebab panas hati, kami pergi jugak ke Kedah. Sampai malam tadi agak penat. Aku ingat malas nak gi keje tapi kalau kat umah pun, pihak sana masih ada lagi. Nanti kena ikut pulak gi KL sebab diorg nak gi Sogo. So, bangkitlah aku gi keje. Aku call pihak sini sebab semalam sebenarnya pihak sini turun Kl jugak. Ntah macam mana, takde angin,takde ribut,perbualan kami jadi tak best sbb every words yang pihak sini cakap macam nak marah aku. Aku sabar jek dengar tapi lagi aku pendam hati aku luka bernanah, mana taknya pihak sini seolah2 nak salahkan aku jek. Aku buntu. Aku sedih. Sampai hati taknak faham perasaan aku. Aku ni nak jadi anak yang baik tapi dalam masa yang sama aku jugak kena jadi isteri yang patuh n hormat pada suami dan dalam masa yang sama jugak aku kena jadi menantu yang baik. Susah hati aku......Apa aku nak buat? Aku sedey oooo...

Wednesday, July 26, 2006

me, myself

How are u? I'm really not ok! I'm not sick but my feeling is not very well. Everythings going wrong. Don't know why.....what should i do?

Friday, July 21, 2006

NAPE EKK???

Sepanjang minggu ni, setiap pagi aku rasa tak sihat n pening kepala. Nape ek? Aku tak pregnant. Pening macam naik bot tuh, rasa melayang jek. Semuanya start last weekend haritu masa aku tgh kemas rumah, tiba2 rumah berpusing then aku terus baring. Selasa lepas mc, gi klinik sbb selsema melampau, check darah sume ok jek. Ntah lah apa yang tak kena aku pun tak tau. Risau sbb tiap2 pagi rasa tak best mcm ni.

Sofea pulak kena bisul kat kepala. Bukan satu or dua tapi banyak. Makcik kat taska tu kata tu namanya 'bisul api' mmg tumbuh byk. Lepas satu, satu Sofea ni..darah kotor ke? Pagi tadi start selsema pulak. Maybe jangkit dari aku kot? Waduh2 risau bangat nih....

Dah hujung minngu lagi...cepat betul masa berlalu.this week, takde plan lagi nak gi mana2. Mungkin lepak2 je kat umah. Selamat berhujung minggu semua...

Tuesday, July 11, 2006

WANITA

Dapat dari seorang kawan....just want to share with everyone.
Nasihat khas untuk perempuan2 zaman sekarang...

Apabila kamu berkawan dengan lelaki,
Ingatlah ada dua pilihan terbentang
Yang Pertama..
Kamu jadi seperti kelapa..
Mudah diperoleh..
Diparut.. Diperah..
Dan diambil santannya..
Lepas tu hampasnya dibuang...

Yang Kedua..
Kamu menjadi sebutir mutiara..
Berada di dasar lautan..
Tersimpan rapi..
Dilindungi kulit..
Bukan senang nak melihat..
hanya orang yang bertuah..
Berusaha menyelami dasar lautan..
Dapat memperolehnya..
Harganya mahal sekali..
Dan ia akan tersimpan selamanya..

Jadi..Kamu pilihlah samada hendak menjadi kelapa ataupun mutiara..

Di sebalik santan..
Apa lagi mendapatkannya.. menjadi penyedap makanan.. diperah segala kenikmatan.. dengan mudah jatuh menjadi titisan.. akhirnya habis kari dimakan.. pulut panggang sisa habis ditelan..dan santan hilang tak jadi ingatan.. yang terasa lazat hanya kari dan pulutpanggang.. orang tak kenang jasa santan..

Mutiara..
tertanam di dasar yang paling dalam.. sukar andai mengharap jadi perhatian kerana dilapisi kulit yang keras menghadang.. namun kiranya ditemui insan.. akan menjadi permata hiasan.. terletak tinggi di cincin idaman.. atau di leher nan jinjang.. atau di lengan menawan.. makin lama mutiara tertanam.. makin tinggi nilaian..

OLEH ITU..TENTUKAN YANG MANA SATU PILIHAN..

Menjadi santan.. mudah jadi perhatian.. tapi hanya sebentar jadi santapan.. kemudian hilang segala nikmat dan pujian..Menjadi mutiara.. sukar ditemukan.. namun bila dihias indah gadis perawan.. hilang ia.. tangisan mengiringi berzaman..

wallahua'lam..

Monday, July 10, 2006

Aku Pasrah...

HARAPAN – Fadzli Zainal

Doaku agar kaukan selalu bahagia,
Agar kau temui insan tulus menyayangimu,
Lepaskanlah diriku kerna keredhaanmu,
Bukan kerna dendam jua bukan kerna kau terpaksa,

Ku tinggalkan memori bersamamu,
Kuundur diri bersama harapan.

Chorus:

Tidak kesampaian cinta kita,
Kubawa harapan kupendam rahsia,
Ku dikejauhan mendoakan,
Agar kau bahgia tiada lagi duka.
Daku rela mengundur diri,
Ku pasti dikaukan fahami ...

Tiada penyesalan kasihku korbankan
Andai telah tertulis kuterima ini bukannya kupinta,
Oh pergilah dikau diiringi keikhlasanku,
Cuma pengalaman mengisi kekosongan mimpiku...

Lagu ni sedikit sebanyak mengimbau kembali kenangan lama. Segalanya takkan berubah walau menitis airmata darah sekalipun..Aku PASRAH...Biarlah rahsia tetap menjadi rahsia dan kenangan lalu menjadi pengalaman.Semoga kau bahagia menghadapi hari-hari mendatang.

aku emosi

Friday, June 30, 2006

1/2 tahun.

Pejam celik,pejam celik, dah 1/2 tahun masa berlalu untuk 2006. Masa terlalu cepat berlalu sampai tak sedar apa yang aku dah buat 1/2 tahun yang lepas tu.
Ubby balik harini. Tq pada
cik tulip n imankirana yang sudi menemaniku semasa ketiadaan ubby.

Kerja-kerja di ofis seperti biasa,cuma aku bengang tunggu data yang tak sampai2. Puas dah calling2 sana sini. Tapi apa nak buat dah org kata belum lengkap, takkan aku nak naik antu pulak. Date line ujung bulan 7 ni. Risau bangat aku. Nanti tak tercapai pulak azam aku tahun ni.

Aku nak kuruskan badan, tapi dalam masa yang sama aku kuat makan. Tak dapat nasi macam tak selesa rasanya. Agaknya perut ni dah mengembang kot?? sebab tu nak kena makan nasi jugak. Allegic baru tahun ni, tak boleh makan ayam. Kalau makan jugak, puas lah aku meggaru pelipat tgn n kaki ni sebab naik gatal2. Tak dapat lah makan KFC lagi....Chicken foldover....Ayamas...ooohhh....ruginya....

Oklah aku dah nak start buat2 sibuk ni....selamat bercuti hujung minggu...Minggu ni aku nak rehat puas2!!

Wednesday, June 28, 2006

Tinggal

Hari ni kena tinggal. Ubby kena gi outstation ke Perak, Kedah n Penang. Dah lah Sofea dengan perangai baru, kuat menangis, kuat merajuk. Rasa macam tak mampu nak handle sorang diri. Ikutkan hati aku, nak jek ambik cuti dan ikut ubby. Tapi keadaan tak mengizinkan, lagipun aku kena simpan cuti sbb adik ipar aku nak kawin ujung tahun ni. Dan kalau ada rezeki dalam pertengahan bulan tujuh ni nak gi Langkawi. Tu nak kena cuti lagi tuh. Tak masuk lagi kalau Sofea demam ke, ada emergency kat kampung ke...banyak nak kena pikir tuh.
Aku ajak tulip ngan imankirana teman sebab aku ni penakut.hahahaha..ketawakan aku!Nasib baiklah diorang setuju menemankan aku selama 2 malam. Kalau tidak...tak tau lah aku.
Baru-baru ni aku balik kampung. Ayah aku demam panas n tonsel bengkak. Kesian ayah aku sampai kena cucuk kat klinik sebab badan panas sangat. Kalau gaji aku banyak, aku suruh jek ayah tinggal keje dia, biar aku tanggung belanja kat umah. Tapi, tulah kalau...
YA Allah, selamatkan lah perjalanan suamiku. Semoga selamat pergi dan selamat pulang. Aku yang tinggal ni usah dirisaukan. Pandai lah aku menjaga diri.

Wednesday, June 14, 2006

Chicken pox

Genap setahun sebulan, Sofea kena chicken pox...tak sempat nak ambik suntikan chicken pox pun. NAsib baik tak teruk sangat sbb kat muka tak kena, cuma kat belakang jek banyak n celah2 pelipat kaki n tangan. Dalam mulut pun ada jugak. 2 hari taknak mkn n minum sgt sbb sakit dalam mulut. Aku pun dapat mc jugak 2 hari. Memang aku tak berapa sihat masa tu. Terus balik kampung sebab aku risau Sofea asyik menangis sepanjang malam. Kat kampung, mak n ayah aku sibuk la sebab cucu kesayangan dia sakit. Kesian jugak tapi mana lagi nak mengadu.
Aku terpaksa tinggalkan Sofea kat kampung seminggu sebab parut dia belum baik lagi, takut berjangkit dengan budak2 kat taska pulak. Rindunya kat anak aku. Nasib mak mertua aku hantar cepat, hari Khamis 8hb tu dia dah sampai kl hantar Sofea.
SOfea balik, tapi aku pula sibuk ngan sukan. Hari Jumaat pagi dah kena pergi Shah Alam. 3 hari 2 malam kat sana. Tapi aku balik jugak sabtu malam lepas game sebab kesiankan Sofea.
Lepas dinner penutup Ahad tu aku terus balik umah. Hari Isnin tak kerja n abiskan masa puas2 ngan Sofea.

Monday, June 12, 2006

Happy Birthday - 24

Tua dah aku rupanya...Hepi besday to me. Aku sekarang sudah berumur 24 tahun dan mempunyai seorang suami,29 dan seorang anak berusia setahun ++. Seorang isteri yang bekerja.Kadang2 masak, kadang2 makan kat kedai je.( nasib ubby tak kisah ) tapi sentiasa make sure rumah kemas, bersih dan teratur sebab aku ni cerewet. Tq pada mak,ayah,abang,kakak ipar,kawan baik aku Aien, yang wish besday kat aku.Tq jugak pada cik tulip n en.D yang bagi aku bantal comel sbb diorg kata aku kuat tdo,kak nurul bagi coklat n teddy yg comel,makcik sorg ni bg aku tudung n keronsang.
Tahun ni tahun ketiga sambut besday dgn suami dan tahun kedua sambut besday dgn anak. Ubby belanja dinner kat Secret Recipe. And,surprise!!!!ubby belikan rantai berloket gabungan 3 jenis batu dari koleksi 'Diamond n Platinum'. Seronok lah jugak, bukan selalu dapat surprise2 mcm tu.hehehehe. Aku gumbira..lalalala....nanti senang aku upload gambar rantai tuh k.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...