Wednesday, October 14, 2020

PKPB di SElangor, WP KL dan WP Putrajaya

PKPB

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula 12.01 tengah malam tadi. PKPB akan dilakukan selama 2 minggu iaitu sehingga 27 Oktober nanti. Selepas pengumuman dibuat kelmarin, ada juga segelintir yang panik dan mula beratur membeli bekalan. Mungkin mereka risaukan bekalan buat anak-anak yang bakal tinggal di rumah kerana sekolah akan ditutup selama 2 minggu. 


Temujanji & rawatan

Bulan Oktober ni penuh dengan temujanji di hospital. Temujanji ayah dan diri saya sendiri. Ayah dijadualkan untuk membuat pembedahan membuang pterygium di mata. Saya pula akan menjalankan prosedur suntikan steroid bagi masalah slip disc. 

Kami kena buat swab test Covid, ayah kena buat ujian darah, ECG, x-Ray dan penerangan dari doktor bius. Pengalaman buat swab test tidaklah seteruk seperti yang digembar-gemburkan. Tiada sebarang rasa sakit pun semasa sampel di ambil. Mungkin bila semua dah fikir ujian tu sakit, maka sakitlah jadinya.

Semoga dipermudahkan urusan kami sekeluarga, saya nak sihat seperti biasa supaya dapat khidmat mak, ayah dan mertua dengan lebih baik.


Kerja sekolah anak

Mesti ibu bapa mula tertekan dengan pesanan kerja rumah anak-anak. Kasihan juga guru-guru yang perlu membuat kelas secara dalam talian. Bagi saya, saya akan cuba sehabis baik memberikan kerjasama bagi memenuhi keperluan guru dan anak-anak. Banyak cabaran bila berada di rumah. Masa tu lah nak makan, nak main, nak tidur, nak mandi dan sebagainya. Bagi ibubapa yang bekerja dari rumah, dapatlah memantau anak-anak. Bagi yang perlu hadir ke pejabat, berbakul-bakul pesanan sebelum meninggalkan anak-anak di rumah.

Bagi keluarga yang tidak ada kemudahan internet/laptop/hp di rumah, kita buatlah apa yang termampu supaya anak-anak tidak ketinggalan dalam pelajaran. Ibu bapa kena pastikan anak-anak tidak terleka dengan menonoton televisyen di rumah sepanjang hari. Pastikan anak-anak solat di awal waktu dan membuat latihan bagi subjek-subjek matapelajaran.

Apapun, kita perlu harungi pengalaman ini bersama-sama. Berfikir positif, insyaAllah dipermudahkan urusan kita semua.






Monday, October 12, 2020

I'm not PERFECT

Menjadi seorang anak, isteri, ibu, kawan, pekerja dan sebagainya bukan perkara yang mudah. Terlalu banyak watak yang perlu dimainkan dalam waktu yang sama. Kadangkala ianya amat membebankan.

Jangan menilai kehidupan orang lain, tetapi seringkali apa yang dibaca ditunjukkan di media sosial seringkali menghambat emosi kita.

Teknologi adalah satu kelebihan yang boleh digunakan sebaiknya. Cara saya, kalau jiwa dan fikiran kacau, saya jauhkan diri dari media sosial. Kalau masa aman dan tenang boleh lah kita tengok. 😅😅😅😅

Kita hanya hamba yang serba kekurangan, mengeluh kesah, mengenang nasib dan menangis adalah perkara biasa kita buat. Cari lah kawan yang dipercayai untuk berkongsi rasa. Jangan pendam dan simpan seorang diri.


Luangkan masa untuk buat apa yang kita suka. Tetapi, jangan ambil kesempatan dengan peluang 'me time' yang kita dapat.

Sentiasa ingatkan diri kita apa yang kita lakukan kerana Allah. 




Saya tulis apa yang saya lalui, boleh jadikan pedoman pada yang terbaca blog ini.

Semoga kalian semua dikurniakan kesihatan mental dan fizikal yang terbaik dan dipermudahkan urusan perjalanan hidup yang sementara ini. 💗

Thursday, October 08, 2020

IKUT-IKUTAN?

Orang beli EO,

Awak nak beli EO,

Orang beli basikal,

Awak nak beli basikal,

Orang isi borang asrama,

Awak nak isi borang asrama,

Orang pakai baju tak payah gosok,

Awak nak pakai baju tak payah gosok,

Orang tidur atas tilam bayar bulan-bulan,

Awak tidur atas tilam bayar bulan-bulan,


Lagi apa?

Sudahnya?

Boleh baca, boleh tengok, boleh fikir.

Tepuk dada, tanya selera, eh tanya poket juga!


Tuesday, January 22, 2019

AHLAN WASAHLAN 2019

Lama benar tidak mencoretkan sesuatu di sini. Facebook, IG dan Twitter benar-benar menghanyutkan blogger-blogger hebat yang mencoretkan kisah mereka berserta gambar.

Anak-anak sudah semakin membesar, cara dan rutin hidup juga kini berbeza.

Pejam celik sudah 10 tahun lebih menginap di kediaman sekarang. Walaupun kecil, namun aku bahagia mendiaminya. Kesibukan tugas dan rutin harian membataskan waktu kami sekeluarga menghabiskan masa di rumah.

Usia menginjak, suami telah mencecah angka 4 dan aku juga berada di hujung 30-an. Anak-anak juga telah mencecah ke angka belasan.

Pengalaman mendewasakan, namun aku hanya hambaNya yang kerdil. Sesungguhnya, akhirat yang dikejar, dunia ini adalah cuma sekadar persinggahan.


Thursday, June 02, 2016

Sudah 4 bulan lebih rupanya....

Assalamualaikum,

Lama tiada apa-apa coretan di sini.
Sibuk katanya.

Allah bagi ujian tanda sayang pada 17 Mac 2016.
Ayahku diserang stroke pendarahan.
Alhamdulillah, masih banyak bonus dan diskaun.
Mahu abadikan coretan itu di sini.

Tetapi....

Bukan hari ini.

3 hari lagi,
Ramadhan bakal tiba.
Walau 3 hari, semoga di beri kesempatan menyempurnakan ibadah istimewa ini pada tahun ini sekali lagi.

In sya Allah.

Semoga kalian semua sentiasa berada di bawah rahmatNya.

Amin.

Thursday, February 11, 2016

FEBUARI 2016


Rasa baru je menjejak ke tahun 2016. Dah habis sebulan dan masuk bulan ke dua. Alhamdulillah, perjalanan persekolahan anak-anak berjalan lancar. Syazwan pun dah semakin seronok berada di alam persekolahan tadika. Rajin nak membaca, nak suruh ajarkan.

Rutin harian masih sama pada tahun ini, cuma selepas maghrib semua kena mengaji Al-Quran/ Muqaddam kecuali hari Isnin dan Rabu. Lepas solat Isyak baru buat homework dan ulangkaji.

Sehingga awal April, rutin setiap pagi Sabtu kena ke Putrajaya, saya mengikuti kursus Haji sebagai persediaan kerana membuat rayuan untuk turut sama menyertai ibu dan ayah yang mendapat tawaran mengerjakan haji pada tahun ini. In sha Allah, jika ada rezeki.

Sofea pula, pertengahan Februari ni mula menyertai kelas malam anjuran sekolah setiap Selasa dan Khamis. Ubby lah yang akan bertapa di Putrajaya sambil menunggu anak dara habis kelas. Selagi ada upaya kami usahakan supaya anak-anak tahu bahawa kami, ibu bapa sentiasa ada bersama-sama mereka memberi sokongan penuh untuk menuntut ilmu.






Thursday, December 17, 2015

HAIRAN

Hairankan bila,
masalah tu datang dari engkau,
lepastu engkau tak boleh nak selesai,
minta tolong orang,
orang dah tolong,
sampai korbankan masa bertahun-tahun,
lepastu engkau tak boleh nak hadap,
engkau babitkan orang lain,
lepastu engkau jadikan diri engkau pula mangsa,
dan orang yang tolong engkau tu pulak penindas.

Lepas tu pula,
bila semua orang dah cop orang yang tolong engkau penindas,
engkau pulak yang nak terasa itulah, inilah,
agaknya engkau ni tak perasan?
Semua masalah tu bermula daripada ENGKAU????

Engkau ingat orang tolong engkau tu takde masalah lain ke?

Hairan...hairan...hairan....

geleng...geleng...geleng....kepala!

Monday, December 14, 2015

DINNER OFIS 2015 - TRADISIONAL GLAM


Sambutan penutup tahun 2015 ofis saya diadakan di Kelab Tasik, Putrajaya. Tema Tradisional Glam. Tak tahu nak pakai baju apa, jadi bincang dengan ubby meh kita cuba baju nikah. Mujur muat!!

 

  Baju nikah 11 tahun yang lalu. Tarikh nikah 13.03.2014

Lepas kata-kata aluan, kita makan dulu!

 Persediaan untuk persembahan, kumpulan kami mula dulu.

 

 Persembahan tradisional - Dikir 'Berat'


 Sporting join peragakan pakaian. =p

Tak sangka ubby dapat anugerah Lelaki Bergaya.

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Banyak dapat hadiah. Cabutan bertuah pun dapat. Semua orang enjoy. Cuma kali ni tak bawa anak-anak je rasa sunyi sikit. Orang lain sibuk kejar anak, kitorang buat-buat sibuk je. 



Monday, November 30, 2015

STATUS

Saya bukanlah insan sempurna, saya akui memang banyak melakukan kesilapan. Tapi proses kehidupan, kalau tak buat silap memang tak perasan. Ingatkan diri sendiri je betul!

Boleh je nak postkan status 'menganjing' di FB, saya dah pernah buat pun dan ada yang terasa hati. Saya tujukan pada orang lain, tapi orang lain yang sentap. Dan akhirnya saya padamkan saja.

Sekarang ada je yang buat juga tapi tak tahulah tujukan pada siapa, tapi statusnya sangat menepuk air di dulang..... Kalau saya tersentap, yang update status haruslah kena pada diri dia juga kan. Unless, dia tak sedar diri...hehehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...