Monday, January 19, 2015

Suami - Isteri

Suami,

Satu hari,

Jika tiba-tiba isteri buat perangai.... fahami lah....

Mungkin perkara itu kecil sahaja bagimu, tapi sebenarnya ia benar-benar mengganggu emosi, membebankan benaknya.

Percayalah, dia telah cuba sedaya upaya mengawal emosi di depanmu dan anak-anak.

Betapa susah selalu menahan perasaan, menahan nafsu demi mengutamakan kesejahteraan keluarga.

Kerana sukar untuk meluahkan secara berdepan, kerana pada dirinya mungkin perkara itu akan dianggap remeh olehmu.



Suami,

Jika ia mencalar egomu, isterimu mohon ampun dan maaf.

Sesungguhnya menjadi manusia yang melakonkan pelbagai karekter ini melelahkan!


Luahan hati,

Insan bernama Isteri,
Kampung Sebelah Nun Di sana.





p/s: Ni luahan jiran kampung sebelah bukan luahan saya.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...