Kejadian dulu mengecewakan,
Kejadian dulu melukakan,
Kejadian dulu membuakkan kemarahan,
Kejadian dulu menjadi perantaraan.
Kejadian dulu, kau dipertahanhan,
Kejadian dulu, aku dipersalahkan,
Kejadian dulu, ego kau terus bertahan,
Kejadian dulu, aku derita perasaan.
Kejadian dulu,
Aku meminggirkan diri,
Sangkaku itu yang terbaik,
Namun ku kuatkan hati untuk beralah,
Ku pulang jua memohon maaf sebagai pesalah.
Kejadian dulu,
Hubungan kekeluargaan retak,
Aku sebagai orang asing di rumah ibubapaku sendiri,
Segalanya menjadi canggung,
Menjaga hati takut tersinggung.
Kini,
kau temui bahagia,
Kau gembira tetapi tahukah kau?
Ibubapamu sengsara,
Dan akhirnya aku masih lagi menjadi pesalah!
Kini,
Aku tidak mahu menanam hasad di hati,
Tetapi peluang diberi kau persiakan,
Kerana egomu di awang-awangan,
Peluang datang kau sia-siakan.
Kini,
Kau harus sedar,
Apa yang sedang dan akan berlaku,
Kau akan aku salahkan!
2 comments:
shida, pandai jugak ko bersajak.. syabas bettteii.. ;p
saya kan jiwang...hahahahha
Post a Comment