Wednesday, July 26, 2006

me, myself

How are u? I'm really not ok! I'm not sick but my feeling is not very well. Everythings going wrong. Don't know why.....what should i do?

Friday, July 21, 2006

NAPE EKK???

Sepanjang minggu ni, setiap pagi aku rasa tak sihat n pening kepala. Nape ek? Aku tak pregnant. Pening macam naik bot tuh, rasa melayang jek. Semuanya start last weekend haritu masa aku tgh kemas rumah, tiba2 rumah berpusing then aku terus baring. Selasa lepas mc, gi klinik sbb selsema melampau, check darah sume ok jek. Ntah lah apa yang tak kena aku pun tak tau. Risau sbb tiap2 pagi rasa tak best mcm ni.

Sofea pulak kena bisul kat kepala. Bukan satu or dua tapi banyak. Makcik kat taska tu kata tu namanya 'bisul api' mmg tumbuh byk. Lepas satu, satu Sofea ni..darah kotor ke? Pagi tadi start selsema pulak. Maybe jangkit dari aku kot? Waduh2 risau bangat nih....

Dah hujung minngu lagi...cepat betul masa berlalu.this week, takde plan lagi nak gi mana2. Mungkin lepak2 je kat umah. Selamat berhujung minggu semua...

Tuesday, July 11, 2006

WANITA

Dapat dari seorang kawan....just want to share with everyone.
Nasihat khas untuk perempuan2 zaman sekarang...

Apabila kamu berkawan dengan lelaki,
Ingatlah ada dua pilihan terbentang
Yang Pertama..
Kamu jadi seperti kelapa..
Mudah diperoleh..
Diparut.. Diperah..
Dan diambil santannya..
Lepas tu hampasnya dibuang...

Yang Kedua..
Kamu menjadi sebutir mutiara..
Berada di dasar lautan..
Tersimpan rapi..
Dilindungi kulit..
Bukan senang nak melihat..
hanya orang yang bertuah..
Berusaha menyelami dasar lautan..
Dapat memperolehnya..
Harganya mahal sekali..
Dan ia akan tersimpan selamanya..

Jadi..Kamu pilihlah samada hendak menjadi kelapa ataupun mutiara..

Di sebalik santan..
Apa lagi mendapatkannya.. menjadi penyedap makanan.. diperah segala kenikmatan.. dengan mudah jatuh menjadi titisan.. akhirnya habis kari dimakan.. pulut panggang sisa habis ditelan..dan santan hilang tak jadi ingatan.. yang terasa lazat hanya kari dan pulutpanggang.. orang tak kenang jasa santan..

Mutiara..
tertanam di dasar yang paling dalam.. sukar andai mengharap jadi perhatian kerana dilapisi kulit yang keras menghadang.. namun kiranya ditemui insan.. akan menjadi permata hiasan.. terletak tinggi di cincin idaman.. atau di leher nan jinjang.. atau di lengan menawan.. makin lama mutiara tertanam.. makin tinggi nilaian..

OLEH ITU..TENTUKAN YANG MANA SATU PILIHAN..

Menjadi santan.. mudah jadi perhatian.. tapi hanya sebentar jadi santapan.. kemudian hilang segala nikmat dan pujian..Menjadi mutiara.. sukar ditemukan.. namun bila dihias indah gadis perawan.. hilang ia.. tangisan mengiringi berzaman..

wallahua'lam..

Monday, July 10, 2006

Aku Pasrah...

HARAPAN – Fadzli Zainal

Doaku agar kaukan selalu bahagia,
Agar kau temui insan tulus menyayangimu,
Lepaskanlah diriku kerna keredhaanmu,
Bukan kerna dendam jua bukan kerna kau terpaksa,

Ku tinggalkan memori bersamamu,
Kuundur diri bersama harapan.

Chorus:

Tidak kesampaian cinta kita,
Kubawa harapan kupendam rahsia,
Ku dikejauhan mendoakan,
Agar kau bahgia tiada lagi duka.
Daku rela mengundur diri,
Ku pasti dikaukan fahami ...

Tiada penyesalan kasihku korbankan
Andai telah tertulis kuterima ini bukannya kupinta,
Oh pergilah dikau diiringi keikhlasanku,
Cuma pengalaman mengisi kekosongan mimpiku...

Lagu ni sedikit sebanyak mengimbau kembali kenangan lama. Segalanya takkan berubah walau menitis airmata darah sekalipun..Aku PASRAH...Biarlah rahsia tetap menjadi rahsia dan kenangan lalu menjadi pengalaman.Semoga kau bahagia menghadapi hari-hari mendatang.

aku emosi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...